Translate

Showing posts with label jagalchi market. Show all posts
Showing posts with label jagalchi market. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

[ South Korea 6: Jagalchi Market, Busan ]

haaa..taktau la bila entry South Korea ni nak habis kannn... dah masuk setengah tahun dah ni..tapi tak jugak habis-habis... biasalah..dah update ikut suka hati perut kan.. hehehe

so...sekiranya korang ke Busan.. antara tempat "wajib" pergi.. Jagalchi Market. takde beza pun dengan market-market kita nih.. cuma oram kata..Jagalchi Market ni melambangkan Busan..yang femes dengan hasil laut. dan kalau korang nak makan seafood yang best..sini lah tempatnya.  ke kot tetibe nak beli sotong kering, ikan masin bawak balik kann.. haha

kalau nak ke Jagalchi Market nih..

Direction:

Get off at Nampo-dong Station, Line 1, Exit 4, walk towards Dried Seafood Market (5 min) 


ataupun

Get off at Jagalchi Station, Line 1, Exit 10, walk in direction of Agricultural Product Department Store. (From the exit, turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street). Walk towards Sidonga Market (5min)


Sistem train dekat Busan ni lain sikit dari Seoul. jadi kad t-money tu tak dapat nak guna kat sini. korang kena beli tiket dekat mesin tiket dekat station.

rupa paras beliau.

nampak ikan besi nih.. maknanya dah sampai lah tu...
patutnya ada pintu gerbang..
tapi tak jumpa la pulak
entah dekat mana beliau menyorok

hasil laut bumi Tuhan...
wahhh ayat..puitis nak mampuihh
hidup lagi tu.. jangan buat main..

Busan.. I'm in love!

perlu caption lagi ke? hahaha

dah tepi laut..mesti la ada kapal ye dok..

Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street


haaa..dekat Jagalchi Market tu jugak.. kalau korang jalan straight je ke depan.. korang akan sampai ke Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street. sapa-sapa yang suka shopping tu..mesti dia senyum lebau kalau mari sini.

di sebabkan setiap tahun, bulan Oktober ada Jagalchi Cultural Tourism Festival.. suasana memang meriah gila. kena pulak masa kitarang pergi tu.. ada Film Festival sekali. pehh.. mana-mana pergi nampak orang jek. sesak gila.

pandang kanan..orang

pandang tengah ada ahjussi tengah posing

pandang kiri makwe mata sepet

pandang belakang..nampak kepsi

acara penutup
Iced Caramel Macchiato,
Paris Baguette
fashion street ni aku tak tau la berapa luas dia.. kitaorang jalan dekat 2-3 jam sampai nak tercabut tempurung lutut..tak jumpa-jumpa jugak hujung nya.. jadi.. shoppaholics!! ini lah sorga anda! get ready won nye ajee.. haha

Monday, February 13, 2012

[ makan sedap di Busan, South Korea ]

kalau korang ke Busan..dan merayau-rayau di sekitar Jagalchi Market... aku suggestkan..korang try makan dekat satu kedai nih. amboi..sedap bukan main. teringat-ingat lah dia punya kesedapan tu. hahaha [over!]
cer bayangkan depan korang..terhidang lauk super sedap..berasap-asap lagi.. memang fresh atas dapor. dia letak selungguk dapur tu atas meja.


close up sikit... tunjuk isi ikan yang lembut, gebu, manisss...ditambah dengan sos [macam sambal tumis pun iye] yg lazat nak mamp! *dan air liur pun berjejeran*

sebenarnya kan..ikan ni la yang dia masak tu...jangan tanya nama..sumpah tak tau apa nama ikan ni..

rupa paras beliau ada iras-iras belut sikit. kan? tapi rasa dia memang sedap. manisssss... mungkin sebab fresh kot. 

tak lengkap lah hidangan kalau tak ada banchan [side dish] kan. ni adelah ssambap. bahan utama: daun kkaennip/sesame leaf, yang di makan bersama dengan bawang putih mentah, sepotong cili muda, ssamjang [spicy paste]

ada kubis + mayonis apa tak tau. macam wasabi pun ada. tapi tak pedas

sotong pun ada! jadi sume mende nih..letak atas daun kkaennip tadi..gulung..dan makan. daun tu ada rasa mint sikit. tapi takde la tahap rasa makan ubat gigi. siriyes sedap!

kos untuk hidangan ni..dalam 42,000won. sangat berbaloi untuk 3 orang makan. untuk 4 orang makan pun buleh. sebab portion dia memang banyak. disebabkan ada lauk..jadi kami mintak tambah 3 mangkuk nasik. 1 mangkuk nasik harga 1,000 won. so total semua dalam 45,000won. kira kos sorang makan 15,000won jek. sangat murah dan berbaloi-baloi!

jadi..sekiranya korang ke Jagalchi Market..jangan lupa cari kedai ni. cant remember the exact location tapi rasanya dari port dekat Jagalchi market tu..belok ke kanan. jalan dalam 5 minit ke depan. located dekat bangunan ni. kat bangunan tu ade sign  바다횟집 [Badahoejib]. make sure ada sign ni ye.

ni pintu depan kedai tu...

tapi kalau tak perasan jugak.. nah..korang tengok la sign ni..hahaha memang good betul.


ok. sekarang wa rasa lapaq. cis!

Friday, February 10, 2012

[ siri geli hati di South Korea: episod Busan ]

ok. tak tau bila entry koriya nih nak siap. tak de spirit nak taip. lagi pun wifi dekat rumah bukan main buat perangai.

memang kalau nak kira..banyak perkara menarik yang berlaku kat kami masa trip ke Korea aritu....tapi antara peristiwa yang paling aku ingat bila kami kesesatan dalam nak cari Blue Backpackers Hostel di Busan.

jalan punya jalan sampai tak tau kat mana. kemudian kami nampak la dengan satu kedai dobi. macam cerah masa depan je nak tanya arah tuju. ok..giliran aku pulak masuk tanya.fuh..bismillah.

aku:
annyeonghaseyo ahjumma
hi, makcik

ahjumma:
ne, annyeonghaseyo
yee, hi

aku:
ahjumma...yeogi..[tunjuk alamat dekat skrin henpon] eodie issseubnikka?
wahai makcik..sini....ni dekat mana?

ahjumma:
[pandang aku. ambik phone] yeoboseyo? yeoboseyo?
 hello? hello?

aku:
ani ahjumma.. yeogi..yeogi.. eodie issseubnikka? [sekali lagi aku tunjuk skrin henpon]
 bukan makcik..ni sini ni..kat mana?

ahjumma:
[ambik phone] yeoboseyo? yeoboseyo?!
hello? hello?!

aku:
[terus rasa nak hentak kepala dekat mesin basuh. ni agak2 berdosa dak kalau aku cekik makcik ni? tekanan perasaan betul.]
address..address..
makcik...wa tanya alamat tu kat mana..alamattttt...bukan suruh jawap taliponnnn!!!

ahjumma:
[bagi balik henpon sambil letak jari secara cross kat mulut. tanda taknak cakap apa2 dah]

aku:
ne.. kamsahamnida
mekasih la makcik oiii

kalau ikutkan hati..memang aku lipat ahjumma tu sumbat dalam mesin basuh dia! --; ke aku yang salah ayat tanya?

fell in love with Busan
Busan..wa pasti datang balik. tungguuuu...

ahjussi in Busan port, near Jagalchi Market
berdekatan Jagalchi Market.

rupanya ni adalah permulaan pada masalah utama kami kat Busan. nak tau menda..tunggu aku sambung nanti. kalau rajin. kehkehkeh