Translate

Thursday, September 30, 2010

[ petua lancar mengaji ]

masa dulu..nenek bagi petua. untuk lembutkan lidah supaya lancar mengaji, sedap berzanji, amalkan makan 7 kuntum bunga mayang kelapa. pagi-pagi sebelum embun kering, cari 7 kuntum bunga mayang kelapa. tapi dengan syarat, mesti cari kuntum yang dah terbuka dan bukaannya menghala ke arah kiblat.

kutip sambil berselawat

satu

dua

tiga

emp....


hareyy!! terpegang taik ayam!!

ni lah rupa mayang kelapa tu kalau sapa-sapa yang jakun...
hahahaha~
rembat dari lebai gugel

Wednesday, September 29, 2010

[ september 29th ]

pagi ni
pandang cermin
..alhamdulillah...

setting senyum molek-molek


"selamat hari jadi hani"

=}

hapdet:

♥ untuk doa & ucapan sempena birthday semalam..dekat wall fb, sms, mms, nyanyi lagu live [mekacih cd!! =)], call..semua²lah..terima kasih ye sahabat.. =)

♥ Alfatihah untuk Allahyarham Khai yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. moga rohnya di tempatkan di kalangan kekasih² Nya..aminn [boleh klik sini]

Tuesday, September 28, 2010

[ yu ni seksi lah.. ]

bila hasben orang kabor gitu sambil senyum² cipanzir [cipan + khinzir] dan tengok atas-bawah-bawah-atas...






dan-dan tu jugak aku rasa nak bagi siku, pelempang, tumbuk rusuk, paranawei, silambam secara berkala kat dia!!

rasa tercabul tahu tak!



p/s: tapi dalam kepala ada jugak terselit...ke baju aku terkoyak dekat ketiak?? nasib baik le idak. pheww.. =_="

Monday, September 27, 2010

[ raya kan sebulan ]



majlis "hiv" [ampeh wak ejam!!] malam sabtu lepas.
office punya open house.

guna henpon jek. jadi kualiti harap maklum lah ye. memang macam kap lam ya nga sikit.
sempat pulak posing ambik gambar time tengah mem-video :P


p/s: mood isnin =_="

Friday, September 24, 2010

[ persefahaman itu penting ye.. ]

tak...aku tak nak cerita pasal persefahaman dalam relationship..yang itu korang pun terer..kan..kan..ini pasal dalam game ye. tak kira lah dalam badminton ke, tennis ke, pingpong ke, galah panjang ke...persefahaman antara team mate atau partner adalah sangattttt penting ye. baru lah buleh sukses. game pun smooth.

jadi... buat partner aku dalam game badminton untuk mix double semalam..aku nak kata...






sakit bodoooooo kau libas kepala aku dengan raket!!!!! T__T

Thursday, September 23, 2010

[ VIP yang HIV ]

tengah decorate buku programme untuk event malam sabtu ni..datang sorang member opis..

dia: kak..kad spesel ni sape je yang dapat?

aku: yang reben purple untuk staff, yang bunga tu untuk HIV.......

dia: ???? HIV??? hahahahahah!! bahaya aihh..

aku: VIP lah..V.I.P!





mana datang lah kaitan HIV dengan VIP nih..haihh.. =_="

Wednesday, September 22, 2010

[ kata kunci kata ]

takde idea nak menghapdet...jadi masa ni lah skodeng2 stats blogger dengan nuff... buleh tengok traffic..

[korang kan bijak..pandai2 la ketik bagi beso]

meh tengok keyword apa yang deme cari bawak sampai ke blog aku ni..

ini dari nuff....hahahahahaha!! ko cari menatang hamende ni weii..sedap main?? main hamende..batu seremban? hahahahha! tapi tetap tak buleh lawan keyword dak hamzah...kan hamzah kan...hahahha


ini dari stats..owh...terharu ai..hahahaha.... ;P [perasan nak mapuh mung ni..macam kau sorang nama hanie..]

tak sangka..blog hampeh jibraun macam ni pun ada orang sudi buang masa baca..kan....feeling2 international uolls...hahaha

terima kasih untuk anda..ye anda..haa..anda jugak..ye..ye..anda..semua readers blog ni.. ;">

Tuesday, September 21, 2010

[ makwe-makwi dan bunga ]

aku..bukan pesen makwe yang bila kau kasi bunga akan jadi melting. kirim salam lah! dari bagi bunga lebih baik kau bagi mocha frap without cream. dah sah-sah aku rasa kau lah pakwe paling hensem dalam dunia. paling romantika d amour. haha!

tapi orang dah bagi..kita ambik saja lah... kan :P




motip tunjuk kaki??? tak de ape..ahakss

p/s: lupe nak kabo..itu bunga dari client lah! tokey kebun bunga kat cameron.. xP

Monday, September 20, 2010

[ wajah rahsia hati ]

bak taipan Fedtri Yahya dekat fesbuk:

Wajahmu yang sebenar terserlah ketika tidur. Hipokrasi tidak terjadi ketika tidur.


haaa...korang jangan nak skodeng time aku tido pulak. sebab sah-sah lah aku akan nampak sangat comel! hahahaha...






p/s: berdebar dalam menghitung detik pertambahan umur minggu depan. apekah?

Saturday, September 18, 2010

[ dalam hujan petang itu ]

bila tengah sedap-sedap cuci kereta..hujan pulak turun selebat-lebatnya..memang potong betul dia punya feel..baru nak jadi rajin..terus tergendala.

dah la kereta aku tu sikit lagi nak jadi macam lori hantu angkut tanah merah [dalam erti kata lain....buruk dan huduh nak mampuih sampai nak mengaku kereta sendiri pun buleh naik segan]

tengah sedap-sedap layan main game ulor dekat henpon mak tetiba abah panggil suruh tengok kereta. seriyes betul bunyinya!

haa..kacau! aku lupa tutup tingkap ke?? ke lupa tutup pintu?? tapi mana ada orang basuh kereta bukak pintu tingkap segala..kan..

"haa..ngape abah..ngape??" laju-laju aku berdiri sebelah abah dekat depan pintu. seriyes aku gabra! hujan lebat gini buleh jadi kolam ikan keli jugak kereta tu karang..abah tunjuk ke kereta.





"tu ha...cer nengok. aje bersinor betui kereta tu dalam hujan kan..memancor-mancor kilatnye......" abah terus bantai gelak.


abaaaahhhhhhhhh!!! terus aku blah..

"takmau kawan dengan abah..bluwekk..."

wakenabeb... :P

Thursday, September 16, 2010

[ mencari cinta ]

haa..hamekk..tajuk buleh bikin megi keluar ikut idung [kalau tengah makan megi lah]..

bak kata mimin.."apalah erti raya tanpa kekasih disisi"
agak menghiris jiwa ye tuan-tuan stetment beliau..
mentang-mentang beliau tengah mengira sawit-sawit cinta dengan tunang tersayang.. [hahaha..pis no war mimin]

apesal aku menaip pasal mencari cinta. yee..sebab bulan tiga tahun depan anak sedara aku yang berumur 22tahun itu akan jadi raja sehari.. maksu dia???

sempat kot sambung misi mencari cinta yang gagal bulan ramadhan lepas..keh3..zul karipap, mimilk..mau join kah? wak ejam tak payah. dia dah ada bikmama. hahaha :P



p/s: kalau tak boleh nak sayang, cintakan diri sendiri...tak payah mimpi lah nak cintakan orang lain.

sapa sayang aku? cepat mengaku! hahaha ;P


eh..layan lagu la pulak..hehe

Wednesday, September 15, 2010

[ setelah seminggu bercuti raya ]

*sambil sapu2 habuk, buang sawang


salam..
ehem...lama betul tak bersiaran
macam mana korang..sihat? raya ok..ke k.o? :P
aku baru sampai kat rumah-manis-rumah di pergunungan
[sampai jek terus cari lappy kannnnn]





cuti lama terus sangap tak reti nak menghapdet.. :P
besok2 ler hapdet lain ye..




p/s: gas kat umah habes la pulakkkk!! lawak raya ke hape ni woiii..

Tuesday, September 07, 2010

[ besok hiway utara-selatan dijangka sesak! ]

besok malam nak balik kampung
tapi baju dah siap packing..wahhh..

line meksis kat kampung sangat barai. deme gune selkom jek.
sampai hati kan..menganak tirikan meksis.
kot2 sape yang send ucapan raya tu..kalo 3-4 ari baru aku balas..
jangan nak merajuk tak tentu hala pulak..haha [apa kau pikir kau tu artissss??]

semua yang balik kampung..semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.. =)





p/s:rindu saya?? hahahahah XP..

Monday, September 06, 2010

[ ucapan raya in advance ]

bloggerian sekalian...

atas segala kelancangan kata, bergurau mana yang tak kena, termengutuk, termengumpat, termencarut atau termengorat [eh??] secara tak sengaja [tapi kadang2 sengaja jugak] oleh pompuan nama hanie ni...mohon kiranya di ampunkan segala dosa.

saya hanyalah manusia biasa..salah silap tu memang selalu sangat!

selamat hari raya..maaf tulisan, perbuatan dan percakapan!

:}

lebai gugel punya


pandai2 la nak ketik bagi beso...
tuan rumah..
jangan nak buat aksi begini pulak time orang datang beraya! haha




p/s: seminggu jugak blog ni tak berhapdet nanti...raya punya pasal :P

Saturday, September 04, 2010

[ spirit yang tak mari ]

hati, jantung, paru, limpa semua dah sampai kuale kangsor. spirit nak menghapdet pun segan nak mari.

mau balik kampung oii! tapi hari khamis depan baru buleh balik...huhuhu





p/s: sayangi nyawa. kalau hilang..dah tak ada ganti dah..

Thursday, September 02, 2010

[ da' tasek code ]

aku mesej ke kak tasek..mintak dia punya alamat.

berapa minit lepas tu..dia reply.

"Babte aku bre. pakaw? kakaka...x ble taep le. "

amecam? buleh korang pecahkan code ayat kaler merah tu??

dekat seploh kali jugak aku bace..baru ler dapat tangkap maksudnye.. :P

[ skill yang hilang ]

ambik kad raya.
pegang pen.
memulakan kata dengan lafaz bismillah..







err...


terkelip-kelip pandang kad kosong.

pehhh...blank terus tak tau nak tulis apa. kena ada skill menulis jugak nak tulis kad raya ni rupanya. kalau sign beso2 penuh satu kad dengan marker pen...feeling2 artis..ok jugak kot? hehehehe ;P




p/s: kad raya korang akan di pos petang ni. sila tabah dan sabar menanti

Wednesday, September 01, 2010

[ kalau perempuan ni pergi soping.. ]

rancangan utama petang semalam...

- pergi meksis kat klcc untuk setel bil. jangan gatal2 nak merayap pergi i-setan u-iblis segala kat dalam tu. tutup jek mata kalau tengok diskaun maun.

- kendian pergi TAR nak cari baju raya untuk abah dan emak. dan juga barang sehelai dua tudung untuk diri sendiri. juga kad raya.

lepas tu balik. jangan nak mengada-ngada beli yang bukan-bukan. [niat sebelum keluar rumah]

bulan ni bajet agak ketat sebab hewan belaan kena servis dan renew surat beranak.

bila balik rumah...check balik barang-barang yang di beli..part abah dengan mak dah setel...tapiiiiiii...mana datang pulak 2 pasang heels vincci, eyeliner + compact powder MAC, toiletries segala tu????





p/s: perempuan ni tidak boleh dipercayai ketika soping. beli ikut suka hati dia. lepas tu baru lah nak menyesal. kena korek tabung lah gini gaya... T_T