Translate

Tuesday, March 29, 2011

[ takde mende ape pun sebenarnya ]

sebagai seorang makwe urban yang berjiwa klasik
wa sekarang mempunyai satu dilema yang rumit gila
yang memerlukan wa membuat keputusan yang super bijak

haihh...

lantok le. malas pikior.



p/s: sabtu ni wa nak gi mengubat lara hati kat petaling street. nak gi snap-snap dengan abam matjais. nak ikut?

Friday, March 25, 2011

[ semalam yang sentap ]

lepas baca doa apa yang patut..tepuk-tepuk bantal sikit
apa lagi..pejam mata lah. takkan nak buat makyung pulak..ye dak..
yang suka buat makyung..kak tasek sorang jek.. [run!!!]

baru nak terlelap tetiba henpon bunyi..kacau betullah!! tengok skrin..oh..member rupanya.

"hello!!"

aku jawap dengan suara bajet garang.

dia...

"eh..sorry bang. saya salah nombor. sorry ye bang"

what deeeee...ABANG???!! kuangjaqqqqqqq!!

dah la siang tu kena gelak dengan wak ejam. mentang² la suara aku tak pulih sepenuhnya lagi.

sentap!

Wednesday, March 23, 2011

[ kalau sekali, tu nama dia eksiden, kalau dua kali?? tu malapetaka!! ]

kalau korang jatuh menggelungsur depan kedai yang penuh manusia sebanyak 2 kali berturut akibat selipar yang derhaka di hari hujan...korang buat apa?

a) terus balik rumah tak keluar seminggu
b) buat-buat sawan mulut berbuih
c) menyamar jadi kuah dhal
d) kesemua di atas

aku?

masuk kedai..pose ratu chantek..terus order "nescafe tarik satu, roti tampal telur goyang satu"

burppp..alhamdulillah. setel.

memang sedap lain macam roti canai tu. kena pulak cicah dengan gelak kengkawan yang pesen gelak tak hengat sampai keluar air mata, air idung..pehh.. rasa macam makan pizza chicken supreme dia punya feel!!



tips: hidup ni kena selamber dan pandai cover line. walaupun rasa malu sampai kepala rasa kembang macam kepala lori...tapi itu belakang cerita. konsep ai-tak-kenal-yu-yu-kenal-ai-ke?? harus di praktikkan. malu kalau..lapar oii..kehkehkeh.

Tuesday, March 22, 2011

[ belasungkawa ]

Takziah untuk keluarga Tan Sri Datuk Paduka Dr. Hajjah Saleha bt. Hj. Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Allahyarhamah adalah our beloved Chairman [tetibe ko ckp omputih kan].

semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para kekasih-Nya. Al-Fatihah.




p/s: hujan pagi. hujan rahmat orang kata. mata pun berat. cehh

Monday, March 21, 2011

[ bila cinta di dusta ]

" Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa.. sayu... pilu... "


bangsat jugak radio ni kadang-kadang. tak pasal-pasal dah TERRRRR-sing a long lagu ni. terus melekat dalam kepala otak. binawe betul. cer pasang lagu raihan ke...maher zain ke..berkat sikit pagi wa. haihh..



p/s: jiwang jugak wa ni rupenya. kahkahkah!!

Friday, March 18, 2011

[ tak puas hati ]

haishhh..memang aku hangen bebenor ni. aku pos buku batulesung dari minggu lepas. ape jadah sorang pun tak dapat lagi ni??? semenjak harga pos dah naik 100% ni...servis jatuh merudum 800% ke?? ke nak suruh aku buat surat komplen macam jarr??

nih orang p_o_s...kome memang antor surat pakai siput ye? siput sedut ke siput babi?

Thursday, March 17, 2011

[ selipar mu bukan selipar ku ]


lebai gugel punya


kita ni..terutamanya orang melayu..dan orang kampung macam aku ni..sebelum masuk rumah mesti kena bukak kasut. tanda hormat dekat tuan rumah atau pun mengelakkan dari mengangkut taik kucing yang terpijak. dan boleh jugak menyelamatkan buah pinggang dari di karate oleh mak. tapi orang bandor aku tak tau lah..

tapi..yang jadi kemoskelannya semalam..sebelum sampai rumah lagi aku dah bukak selipar. siap susun kat tepi tangga ground floor tu. cissssssss!! watdeheiii... rumah kau kat tingkat atas nun cik hani wehh.. tu la dia.. banyak sangat berangan..haihh

Tuesday, March 15, 2011

[ karangan: kawan saya ]

walaupun aku ni kawan yang selalu di kategorikan sebagai puaka tebing biru yang suka membahan dan mensayurkan kawan,

yang selalu mengkonsepkan harta ku-harta ku-tapi-hartamu-hartaku-jua pada hartabenda kawan,

yang suka bergurau manja dengan ayat "ko paham ke tidak ni setannnnn" atau "cilake kauu",

yang selalu menyalahkan binatang kaki pendek, idung panjang, gemuk dan kaler pink = BABI dalam apa jua keadaan,

yang tanpa rasa bersalah akan menyepak secara turbo pada betis kawan bila kawan cuba buat lawak bangang,

yang suka membaling apa saja benda yang ada di depan mata sekiranya tak puas hati dengan kawan,

dan selalu reply mesej ikut mood dan kadar kerajinan. selalunya malas.

tapi walau sejahat mana pun aku..tetap jugak akan cuba menolong selagi terdaya kalau kawan memerlukan pertolongan[sweet kan ai], ye lah..kawan kan. kita tak boleh nak jadi pihak yang hanya menerima. harus jugak jadi pihak yang memberi.

dan antara satu sebab dalam persahabatan yang aku tak buleh terima dan boleh bikin hati jadi mendidih, bila isu pandai tak pandai, bijak tak bijak. bukan sekali. selalu sangat.

mesej yang diterima semalam. katanya aku dah lama tak mesej dia [kau tak tau ke betapa malasnye aku nak picit button henpon tu??] sebab...

"ye lah..awak pandai. kita tak pandai. mesti la taknak kawan dengan kita lagi" "kita ni bodoh, tak pandai macam awak"

hoiii..kalau aku ni pandai sangat..dah lama aku jadi professor..tahu? kalau sendiri tak nak berusaha nak mengubah nasib diri, hanya berserah jek pada takdir, penuh dengan sikap negatif, mereput la kau dekat situ. tak kemana. jadi berusaha, tak dapat nak melangkah banyak, dapat satu tapak ke depan pun dah cukup untuk buktikan yang kau berusaha. bukan hanya tahu keluarkan statement macam tu. baik jangan mesej aku. simpan jek kredit tu mesej ke orang lain. sakit hati aku ni..tahu?

sekian. karangan saya tentang kawan saya.

p/s: aku bukan super genius, tapi sekurangnya aku belajar =)

Saturday, March 12, 2011

[ ada petua nak hilangkan sore throat? ]

anak itik tok wi
mandi dalam kolam
buat ape tok wi
ubat sakit tekak

sakit ape tok wi
sakit hilang suara
ubat ape tokwi
Baskin Robbins ice cream



mengada betul. sakit-sakit pun nak demand..ye dak?

ade petua yang cepat, pantas dan berkesan tak? plisssss..hangpa tolong la kami..kami dah 2 ari jadi OKU ni.. T.T

Thursday, March 10, 2011

[ ubat katanya ]

medium mocha frap without cream


sedap. lazat. sejuk.
ok..buleh sambung batuk balik..
kungkungkung!

Tuesday, March 08, 2011

[ sapa mau BatuLesung?? -entri melekat- ]

[entry baru kat bawah ye uolls :P ]


benda rare. limited punya stok. dari beli rokok lebih baik beli blook ni. takde bahaya ke paru-paru.

nak beli?

1 naskah = RM17.00 [termasuk pos]

buleh email ke wa: misz.hanie@yahoo.com untuk details

ade lagi 2 naskah dengan wa. sape cepat..dia dapat. sape beli. dia hip!
kehkehkeh

pssttt..rugi ok tak baca komplot penulisan makwe2 sweet. haha link lain kat sini

[ tak ada tajuk sesuai ]

entah ape jadah pagi ni bangun tido, mamai-mamai.. terus buat jari 1malaysia..jari telunjuk bukan jari tengah. itu mencarut nama dia.

aku syak bahana y.m dengan fatt semalam...bergossip pasal bikmama. hahaha..macam tak ada subjek lain kau nak bergosip kannnn..kucing parsi tu jugakkk.

dan semenjak jadual tido dah tak berapa nak cukup ni..bukan main lagi mata ni buat perangai pagi-pagi. buat kerja dengan gaya mata layu macam lepas hidu gam kasut [sumpah tak pernah buat] memang berat ke mood nak bawak bergaduh.

file depan mata pun buleh tuduh orang lain curik. memang pesen lapaq penampaq jek gini gaya ye dak.

p/s untuk diri sendrik:
tak pe..sabaq ya cek..lepas jek 14hb ni karang...tido la kau sampai lebam. tak nak bangun 3 ari 3 malam pun takpe. ujung-ujung orang baca yassin jek tepi telinga karang.

Monday, March 07, 2011

[ benda sedap dari kampung ]

antara benda² best yang aku angkut dari kampung... selain dari segala ulam, cabai burung dan ikan pekasam...benda lain termasuklah jugak ini..


dah mende free...petik jek depan rumah. harus la rembat barang 2-3 bijik. nak beli kat sini mahal ok. sebijik 4 hengget sengah.

abah kata: "tu karang kalau takde parang kat ghomah, hempok jek atas jalan."

thaipusam lambat lagi bah...huhu

Friday, March 04, 2011

[ mencari emas di genting helens ]

selalunya kalau lepas lunch..mulalah mata nak jadi kecik beso kecik beso
gumbira betul setan bergayut kat kelopak mata
kena pulak cuaca sejuk jek..pehh..
terbaik betul..

jadi ubat dia...

layan jek main menatang ni barang seround dua..
dan2 celik mata..
haihh..mata duitan punya setan.