|
jauh berjalan..poket pun terbakar
pandai-pandai lah kome petik gambor kasik besor.. ;p |
alhamdulillah...aku dah selamat jejak tanah malaya hari ahad lepas. macam biasa..malas nak menghapdet belog adelah penyakit paling umum. nasib baik aku bukan top blogger. kalau tak..kesian readers tak dapat bace hapdet aku..kannn...gitew *tangan di dada mata ke atas*
sebelum penyakit malas aku jadi lagi teruk dan parah..baik aku siapkan entry ni secara pantas. ;p [simpan entry Korea dalam almari]
di sebabkan flight kami [aku dan KOQ] adalah pada pagi 1 March..jadi kami ambik keputusan untuk over night jek kat LCCT. nanti sape pulak nak hantor aku pagi-pagi buta tu ke sana. lain la kalau aku duduk dekat KL..ye dok..
|
pagi-pagi pekena kopi..pehh..sorga! |
kami sampai dekat Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru atau lebih dikenali dengan Bandaran kalau local...lebih kurang dalam pukul 11 pagi. [Indonesia lewat 1 jam dari Malaysia]. dalam hati.. "macam ni rupanya airport diaorang..simple betei"... tapi tak de pulak aku teringat nak snap² airport tu. hahaha
setelah urusan berkaitan immigration selesai [anda akan di ambil cop jari dan gambar untuk memastikan anda bukan penjenayah internasional. kakaka ]
untuk keluar dari kawasan airport tu..dari pintu keluar..belok ke kanan..dan jalan terus. untuk ke jalan utama..ada beberapa khidmat pengangkutan. korang boleh pilih..
i) Ojek - merempit naik motor. bayaran dalam Rp1,000-2,000 ..ke Rp10,000?? [kalau tak silap lah..sebab tak berapa dengar sangat berapa harga yang diaorg sebut. lagipun bayaran ikut berapa jauh perjalanan]
ii) Teksi - mungkin Rp10,000.. mungkin. sebab kalau dari town area ke airport..dalam Rp20,000. tapi sila pastikan korang naik teksi yang kaler biru laut.
iii) Bas - ada nampak masuk..tapi menonong jek dia jalan. tak tahu kat mana yang dia berhenti ambik dan turunkan penumpang
haa...option last yang paling best. FREE. korang mesti suka..kan. sebab kitaorang pun pilih option ni jugak. hahaha
iv) Jalan kaki sampai hangit - dari pintu keluar..belok ke kanan...dan jalan lurus saja. akan lalu beberapa tapak construction. jalan sampai ke simpang tiga jalan besar. masa perjalanan lebih kurang 15-20 minit. *berpeluh ketiak*
dari simpang tiga jalan besar, nak ke Terminal Bas Payung Sekaki (known as AKAP).. ada 2 cara.. naik angkot dengan bayaran Rp2000 atau naik bas macam kat bawah ni ha..
|
sumber gambau: Google. wa malas nak petik gambau |
tiket bas boleh di beli dekat Kedai Surya 16, bersebelah dengan kedai makan 2 Puteri Bersaudara dengan harga Rp3000. lepas tu sila tunggu dekat bas stand yang macam kotak warna biru, ada tangga dekat tengah-tengah. memang pelik sikit rupa paras bus stand ni.. [dan sekali lagi terimalah dengan redho sikap malas aku nak ketik gambau ;p. tengah hari panas kot.. nak bukak mata pun tak lalu.. bukak baju kalau...lain pulak jadinya karang kakakaka ]
|
ni lah rupa paras AKAP tu.. sumber gambau: Google |
untuk ke sini...korang kena transit dekat bus stand lain. jangan risau..konduktor akan sebut turun kat mana untuk transit.. dan kalau terlepas jugak..jangan risau.. ade lagi satu tempat transit. cuma tak pasti Kampung Cempedak? Ulu Cempedak? Teluk Cempedak? atau Stesen Cempedak? ah..tak kisah la..Kalau dengor konduktor tu sebut ade bunyi "Cempedak" tu..haa betullah tu.. turun dekat situ dan tunggu bas seterusnya ke AKAP.
sampai ke AKAP..kami dapat pengalaman baru. tetiba kena serbu dengan ulat tiket. kalau boleh replay balik moment tu..dan ade snap gambar..sumpah muka masing² cuak tahap 18ratus ribu! silap hari bulan aku tak mengaku tu aku. Tuhan je yang tahu perasaan memasing masa tu. diaorang sangat extream. beza dengan ulat tiket Malaysia.
solusinya..tolak lah secara berhemah dan sopan santun..lepas tu cepat-cepatlah lari. kalau dekat Malaysia..boleh la kita main geleng kepala, goyang tangan..tapi kalau dekat sana...setiap soalan perlu di jawap. kalau tak..jadi la macam kami..buta jek kena marah walaupun dah cakap "tak apa pak..sebentar ya..nanti". kesian kami.. sobs sobs
kami beli tiket ke Bukittinggi, dengan harga Rp150,000/sehala, untuk van 7 seater. dah sah² kami nih alien..terus kena semelih. tapi nak buat macam mana..redha sajalah. sebab compare dengan harga yang kawan aku beri..beza dalam Rp20,000. pejam mata sajalah..dan tawakal agar tak kena tipu lagi. kalau ikut supir dan orang dekat hotel..katanya harga satu perjalanan dalam Rp80,000 jek. *nanges*
sementara tunggu van..kami kena interview macam-macam dengan orang² dekat terminal. untuk mengelakkan kena kos lagi tinggi..aku dengan koq mengaku sebagai student U. kakaka nasib baik kami ni pesen selekeh jek..tambah aku..pakai selipar jipun jek.. [crocs aku simpan sebab cuaca panas. berpeluh kaki] kalau jenis yang bersiap glemer ala mak datin..memang sakan la kami kena semelih gamaknya.
kami bertolak dari AKAP ke Bukittingi lebih kurang dalam pukul 3 petang. orang tu kata tunggu setengah jam..tapi dekat 2 jam sebenarnya kami tunggu. dah la lapar..penat..panas pulak tu.. dugaan betul.
|
macam ni la lebih kurang rupa paras van yang kami naik. |
|
Jambatan yang katanya terpanjang di Asia in the making. kami dah sampai duluuuuu... ;p |
|
tak pasti ni keluk berapa... yang aku ingat..keluk 9 jek.. |
|
Jalannya...masyaAllah..Subhanallah... astaghfirullaaaahhh... T.T |
|
not for faint-hearted!! tobat aku takkan merempit kat jalan macam ni.. |
|
lebih kurang macam RnR lah jugak..
berhenti beli mineral water jek.. nak makan?? tak beraniii..
kang mana nak membuang tengah² hutan tu.. |
|
rasanya ni dekat Paya Kumbuh. dekat je dengan Bukittinggi. |
akhirnyaaaaa..setelah merasa hazab perjalanan lebih kurang 6 jam...badan rasa remuk redam macam kena langgor lori..kami selamat sampai ke Bukittinggi!! *sujud syukur*
sebenarnya gambar-gambar ni adelah semasa perjalanan balik dari Bukittinggi ke Pekanbaru. masa perjalanan pergi..kami busy tido ternganga². kakaka penat weh...dah la 1 hari suntuk tak mandi. - -;
lagipun perjalanan petang..tak berapa nak menarik sangat view. pukul 6 petang dah gelap gelita dah. tu belum masuk lagi hantar penumpang-penumpang lain...pusing-pusing cari hotel lagi.. kira dekat pukul 10 malam baru la setel semua.
bersambung....