Translate

Saturday, January 30, 2010

[ orang kata laa.... ]

kalau letak nuffnang..hujung tahun nun buleh romen-romen dengan bimmer. pehh...macam menarik kan..? *mata bersinar-sinar dengan RM* uuu..materialistik nye. tak pun...cepat sikit la pergi haji kot.. :P

tapi traffic aku tak macam budak macha. traffic dia ratus-ratus. mana aci. dia guna elemen soft porn. siap maria ozawa jadi duta. cencurut betul budak macha tu. [hahahaha...cha..nanti ko bayar akak royalti..kalo tak...akak bakar sideburn ko]

nak register nuffnang jugaklah....

hikhikhik... [sumpah aku rasa nak lempang diri sendiri kalau buat pesen gelak cenggini..]


nih aku syak mesti ramai terpesong bila aku sebut romen-romen nih..haihh..ape nak jadi ngan korang nih....*sambil lari jauh-jauh... *

Thursday, January 28, 2010

[ bukan kisah putus cinta ]

semalam ku terima satu berita
kau sedang nazak. menderita.
kau mahu tahu apa yang ku kata?
padan muka!

sama ada kau derita bahana dosa
ataupun karma
aku tak peduli dan tak mahu peduli
tak terkesan lansung dalam jiwa
malah aku masih boleh ketawa
puas hati..ya..aku gembira.

dan kamu..
bicaralah apa saja
buatlah andaian sesedap rasa
tak mengapa
aku mengerti dan aku memahami
memang..
aku tak punya hati
jiwa ini penuh dengan benci
menjadikan seluruhnya mati

walau sedalam mana ku tanam
walau sejauh mana aku lemparkan
sebuah kisah semalam yang kelam
tapi hakikat
masih berdarah di dalam
memburuk dan membusuk
menjadikan hati semakin hitam

kemaafan?
jangan kau pinta
jangan kau harapkan
kerna..
telah lama hilang dari kamus kehidupan

perit putus cinta masih boleh ku telan
perit jiwa yang jahanam
sampai mati aku berdendam

kau boleh pergi mampus la setan!

Wednesday, January 27, 2010

[ sepasang sepatu merah ]

.




cinta pandang pertama dan akan terus jatuh cinta.

terasa macam sangat hensem bila dipakai.

ade sape² murah hati nak belikan aku sepasang? yang ori. bukan china mari. bukan apa...orang kata pakai kaler merah nanti banyak ong. tak tau la ong bak ke, ong tai kim ke, ong tee keat ke...tak pasti pulak.

nih yang aku rasa malam ni nak buat projek photostat duit ni. ada sapa² nak ambik sub-con untuk colouring part ke?

Monday, January 25, 2010

[ eee...besarnye kambeng ]

dulu..masa abah mula-mula beli dan bina rumah dekat kawasan tanah lot tu..memang la sedikit seram. jiran pun tak berapa nak ada.. tanah pulak selang 2 lot dari kaki bukit. tak ke seram tu. bila malam mula terbayang yang bukan-bukan. kena pulak konsep bilik kecik kat luar rumah. heh...jangan harap la aku nak keluar. sakit perut cemana pun..sanggup aku tahan sampai pagi.

tanah sebelah masih kosong. tak de orang beli lagi. yang ada lalang yang tinggi sampai pinggang. nak main sorok-sorok..tak berani pulak. mak dah psiko baik punya..ada ular sawa besar dalam tu. tak cukup ular sawa...mak kata ada jerumun babi. kalau kena sodok, buleh mati.

satu petang..anak jiran selang 4 lot datang rumah. ikut mak dia datang bergosip. tengah sedap-sedap borak..budak tu tanya mak aku..

" *pah..aritu keme nengok banyak beno kamben kat utan lalang tu..pah bela kamben ke? beso-beso jek."

mak aku kerut dahi. tak pernah-pernah mak aku bela kambing. kalo kerbau ade la. abah aku punya.

"hish kamu ni. merepek aje. mana ade pah bela kamben.. keghobo* ade la. takkan la keghobo ngan kamben kamu tak kenal?"

budak tu tak puas hati.

"ade laaa..petang semalam keme baru nengok. ade 5 eko. itam-itam. eee..beso-beso ya kamben pah.... "

semalam??

mak aku dah start gelak.

"itu bukan kamben....itu babi hutan!! tengah korek cacing! kamu buat la..kejo dek babi tu baru kamu tau"

"laaaaa....babi ke..keme ingat kamben....."


....aku cari jugak..tang mana yang sama kambing dengan babi....




[sila baca dengan loghat perak]
*pah = opah
*keghobo = kerbau

Sunday, January 24, 2010

[ kejutan jumaat ]

gile. memang teruja sungguh aku petang jumaat lepas. aku terima satu sampul surat. bila bukak..tadaaa... ni lah isi dia...



mana la aku tak gumbira suka ria...rasa macam pakwe paling hensem dalam dunia datang dengan cincin berlian paling mahal dan ajak kawen dekat eiffel tower. ok..imaginasi melampau..

ye la..belum order dah dapat sebijik. [bukan free haaa]..mana la tak suka kan.. XD

utk firol ...mekasih la ye yop...nih yang cho sayang yop lebih nih... muahahahaha... *matilaaa bodek terlampau*

antara petikan dalam LAGEJ --> antologi koleksi catatan penulis blog terpilih dengan gaya penulisan alternatif..

alhariesz
-warna neutral-

..dunia ini bukan hanya ada "aku", tapi ada "kita"..sama-sama kekurangan, sama-sama tak sempurna..


balqisyy
- kata lelaki vs fikiran perempuan-

...kalau nak tahu orang itu suka kita atau tidak..hanya lamaran sahaja yang boleh di terima. kalau setakat sign itu, jangan dilayan. itu kamu seorang-seorang sahaja yang perasan, tahu?


bobo brazil
-tahukah anda kebanyakan istilah bahasa inggeris berasal dari loghat negeri-negeri utara?-

..."hello..did you call me sat now?" kata pakcik tu dengan slang utara yang tak patut!


kejora
- zaman sterika arang vs zaman google -

..kalau tak leh jumpa atau date dengan orang yang kita admirer tu, usha facebook dia pun jadilah..


koyuki
-baik saya bertukar menjadi tomboi-

..lumrah manusia, mana mungkin boleh menilai dalaman sekelip mata seperti menilai luaran sekeping pisang goreng panas.


masy
-tak biasalah hueheheh-

...tapi selalu kita ingkar dan lupa, bahawa yang indah itupun bukannya indah sampai tamat, dan yang lara itu tidaklah berpanjangan. Dia bukanlah sekejam itu hingga tiada indah lansung dalam sepincing nafas hidup kita.


kosong
-kawan aku yang rock-

..kat towel kawan aku ade gambar menatang PO-OH. adakah POOH ahli black metal??


ries lee
- tenung siling kira bintang-

...duduk diatas bumbung adalah
untuk merawat hati yang luka
tenang.
tak ada sesiapa nak kacau


ini sebahagian jek dalam blook ni. nak tau yang lain-lain..?? ape lagi...sila la order cepat-cepat.. sila order dekat beliau...nk pinjam?? kirim salammmmmm :P

*yop..nanti cho emailkan..sorry ye..lambat sikit!*

Thursday, January 21, 2010

[ tukar ]

.

aku tukar font. saje. sebab masa aku jalan² blog orang..aku jumpa banyak jugak yang guna macam font yang aku guna sebelum ni. dah rasa macam bermadu pulak. kihkihkih..

amecam? ok tak? macam buku teks sekolah pun ada aku tengok..

:P




p/s: kenapa budak koyuki private blog?? dari semalam lagi... :-?

p/s2: adoyaii..penat ok main tukar² font ni...dah..ni last... ok kan??

Wednesday, January 20, 2010

[ aku bukan sengaja tak nak masuk blog kau..tapi.... ]

ni la antara sebab mustabab kenapa aku tak masuk, tak komen-romen few blog. mahap ye. bukan sengaja.

1. blog korang berat bebeno. berzaman aku nak tunggu untuk load page. ape korang letak dalam tu haa...batu giling ke? kalo kat opis pun slow...gune berukben-10 apetah lagi kan.jd aku baca dekat google reader jek la. kadang² nk re-visit...terlupa pulak.

2. banyak sangat widget/aksesori/wallpaper yang serabut.. sampai aku kompius...mana entry, mana hiasan. macam pokok krismas daaa [tapi ni takpe..blog korang kan...ai ok jek..tapi akibatnye...ai masuk 4 tahun sekali la ye uolss..jangan maree.]

3. lansung tak boleh bukak. tak tau la ape masalahnye..

4. aku lupa URL [kihkihkih]..ni pada blog yang aku tak link.. :P

5. masuk..tapi tak komen. [bajet silent reader...hakptuihh]

6. masuk. dah komen. kendian "page not found". kecik hati aku tau. terus malas nak re-komen.

7. memprektikkan gejala W tanpa berhemah. yang tu..memang aku pangkah awal². iyo la..masa zaman SPM dulu..takde pulak subjek bahasa W tu..kang aku salah sebut kang..kata mencarut pulak.i.e - "kita ta suke lew nak bace buku. ske aty kite lew." mcm tu la lebih kurang.

aku ase tu jek la kot sebab utamanya...dah..dah...jangan nak mengada² merajuk bagai. aku lempang kang!

Tuesday, January 19, 2010

[ zip ]

.

mengalami situasi zip kain kurung rosak secara tiba-tiba...boleh buat self esteem rendah jugak rupanya. rasa nak duduk jauh-jauh dari orang. mana nak cover duduk lagi...nak maintain muka ketat, sombong hatta berlagak lagi [nanti aku letak muka comel..dah korang pengsan mulut berbuih pulak]. tu belum masuk bab nak berpura-pura bz lagi tu.

takkan baru pukul 9 dah balik rumah tukar baju? boleh mendatangkan gossip liar. silap haribulan buleh jadi bahan ngumpat masa lepak layan teh tarik dekat mapley. haa.. macam mana?

siamang betul....

Monday, January 18, 2010

[ taktik ]

tengah borak² dengan kakak aku..datang anak dia..dengan mata layu dan kuyu...muka sehabis comel yang boleh..tangan kanan pegang botol susu ade gambar pooh ke gambar barney ntah.

"ibu..paan nak tido sangat ni. nak susu"

kakak aku ambil botol susu. tapi masih lagi sambung sembang dengan aku. biasalah..gosip terhangat. mana buleh berhenti sekerat jalan. karang hilang feel nak buat dosa runcit².

"ibu....boleh tak... paan nak susu. ngantuk ni!!"

cepat² kakak aku bangun. buatkan susu untuk budak kecik nih. badan saja kecik. tapi mulut macam orang tua. haa... jangan kata belajar dari aku pulak.

10 minit lepas tu..budak kecik yang kononnya mengaku mengantuk sangat² sampai tak larat nak bukak mata..tengah main kejar² ngan kakak dia..

"memang tu la taktik dia kalau nak suruh orang cepat buat susu" kata kakak aku..

hoh....kecik² gini dah pandai main politik. nih kalau zaman kanak² ribena dulu aku buat peel gini..memang confirm kena karate 8 ketul.


sila jangan tertipu dengan kecomelan beliau



salam takziah untuk CD sekeluarga atas kembalinya ayahanda tercinta, Abdul Razak Omar ke rahmatullah petang semalam. semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang² yg beriman. Al-fatihah..

Friday, January 15, 2010

[ moh kahwin ]

tadi sebelum keluar ngeteh.. layan gurau² ngan J** punya CEO..kebetulan dia naik sini arini...tengah sedap² gelak huha huha..sekali dia grab bahu...terus bagi soklan membunuh..

"are you getting married soon??"

dan-dan aku rasa nak pengsan. apa neraka...

"hah?? no laaaa...married to whom? boipren pun tak de....can find for me one meh?" ntah apa punya pesen lawak yang aku cuba buat...aku pun tak tau. cencurut betul...

"alaa...i can see from your face....so glowing...and your eyes...org kata apa...seri....haaa...see...now u're blushing.."

demm!! aku hilang kata. last²..aku sengih jek. deyy... itu berkat air wuduk tu. bukan seri pengantin. kehkehkeh

tapi sebelum tu memang la aku baru lepas borak dengan seseorang. nak kata exicted sangat idak le pulak. tapi seronok tu..macam ade la sipi-sipi. rindu pun macam dipinggiran batu caves jek konsepnye...takkan nampak sangat kot?? kuikuikui... :P

Tuesday, January 12, 2010

[ dijamin wa senyum smp petang ]

pagi-pagi recieve email. dari jobsmalaysia.gov.
terus...auto senyum. gile manis wa rasa.
pengantin baru pun tak senyum cenggini.
rasa macam nak belanja diri sendiri teh tarik byk buih pulak.

heh!

syukur alhamdulillah....

^_______^

Sunday, January 10, 2010

[ camera ]

masa ronda-ronda cuci mata..aku terbabas masuk ke kedai camera yang nampak macam konsep astro.."macam-macam ada"..dah jenguk sana sini...aku tanya la kat taukey dia...

"taukey...lomo camera tak de ke?"

"haa..apa? lumix? ada..ada"

"bukan...i tak mau lumix..i tanya lomo.."

"oo..ada..ada..itu nikon ada..sony ada...olympus ada"

dia tunjuk dekat digital camera...

hoh??

"taukey...i tanya LOMO...L.O.M.O...i tak mau digital tu sume la"

"LOMO?? apa tu?? brand china ka?"

nak aje aku jawap...keretapi model terbaru! tapi tak pe..sabor...

"itu camera la taukey..yang banyak jenis tu..diana ke..fisheye ke..holga ke..tak de??"

sambil geleng-geleng kepala.. "aiyoo..wa tak tau lorr"

wachaaaa!!

aku karate apek tu......punya meja. ok tipu. tapi memang sikit lagi aku nak bakor dengan dia..dengan kedai dia sekali. sampai hati dia main-mainkan perasaan aku cenggitu... haihh...

Saturday, January 09, 2010

[ budak sekolah ]


baru tengok modul dah rasa nak pengsan...macam mana???
itu belum masuk kes arini register...tapi assignment dah tunggu dah...
hadulaaa...






p/s: tadi waktu angkat sumpah/akujanji...memang sumpah aku nak tergelak. macam nak keje ngan gomen satu hal..buleh pulak aku terbayang hari pertama aku masuk kerja dulu. hampir-hampir kena buli angkat sumpah depan tiang bendera. cilakak....

Thursday, January 07, 2010

[ bangang ]

hari tu...waktu balik dari KL... ade dua ekor monyet mat motor main cilok sana..cilok sini.
macam diaorang saja yg bayar 5% tax kerajaan dekat kfc. sekali hamek kau...tersungkur kat tengah jalan. padan la muka kan.
entah apa seronok nak kejar traffic light tu ntah.. macam dia ada kaki nak lari.

tengok mangkuk tu tergolek tengah jalan..aku rasa macam nk bersorak hip hip horey jek.
tapi yang tak bestnya..dah la sodok motor orang lain.
orang tu pulak bawak isteri, dan isteri dia kendong baby!
demm laaa..

memang padan la mangkuk tu nak kena hayun dengan helmet..

Wednesday, January 06, 2010

[ takde idea, tag pun boleh lah ]

dak mimie...dari ko tag aku kan..lebih baik ko belanje aku makan ais kacang extra jagung. lagi sedap. extra kacang pun buleh. aku tak pe. tak takut jerawat. :P

1. Adakah anda rasa anda HOT???
:: hot apa..hot plate? hotline? HOTak kau lah?

2. upload gambar kegemaran anda
::

cD-hanim-hafiz-sakura-aku-yanie


3. cerita pasal gambar
:: kat melaka. dak hanim masih bergelar cik... rindulah kenangan ni....


4. bila kali terakhir anda makan pizza
:: tahun lepas. tanya² ni kenapa. nk belanja ek?

5. lagu terakhir anda dengar
:: nih aku ngah layan lagu PCD..nk kira akhir cemana...

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
:: jari kanan ketik mouse, jari kiri ketik kibod, mulut sing a long lagu "hush hush - PCD", mata jeling² webcam. amecam? multitasking yo!

7. selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
:: panggil nama aku jugak lah. nanti panggil nama orang lain..mesti la aku tak menyahut. dah kata sombong pulak. kalau panggil datin seri...haa..itu boleh mendatangkan riak.

8. tag lagi 8 orang
:: sebabkan aku tak tag sapa²..secara auto aku tak payah jwp soklan no 9 - 15. amecam?


16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda

1. cinta hati noozaidi
2. mahir bertutur bahasa kebangsaan negeri dia, terengganu
3. kerja kat bukit sekilau, kuantan. cuba jugak gugel tapi tak jumpa. mungkin dah tukar poskod.
4. suka tunjuk perasaan dengan kaedah lompat bintang [yg ni aku tipu]
5. beliau juga sangat pakar dalam acara main fesbuk & berblog secara berganti²

17. persamaan antara kambing ngan lembu?
:: tak pandai makan nasik guna tangan.

18. perasaan anda buat tag ini
:: mirip-mirip nak ke tumit ku di tepi bibir mu. haa macam tu la rasa dia.

19. adakah anda tahu si razman itu sengal?
:: kenal pun idak. nak kata orang sengal. tu jawapan mintak penampor nama dia.

20. GAY or LESS??
:: tu menatang apa? jenama mesin basuh?


eh. dah habis soalan?

Monday, January 04, 2010

[ lambat ]

saya drive dah abeh laju dah. tetiba tengok depan ada roadblock. baru saya teringat, road tax saya dah mati. saya cepat² belok kiri. signal pun tak sempat bagi. yela. nanti kena saman mcm mana saya nk bayar. gaji dah la tak de lagi. takkan saya nak guna kuasa air mata wanita? heh..silap hari bulan pakcik polis tu suruh jadi bini no. 3 dia. macam mana? hilang la feel nak jadi mak datin saya.

lepas saya belok, rupa-rupanya saya dah masuk ke kebun pisang ntah sapa-sapa punya. lagi malang minyak kereta habis. lansung kereta saya tak nak bergerak walaupun seinci. saya tengok ada papan tanda. stesyen minyak cap kulit kerang 5KM. pergi balik 10KM. boleh barai kepala lutut kalau berjalan tu. jadi saya terpaksa cari public transport untuk datang keje. sebab tu saya lambat pagi ni



aku dah ready nk bagi alasan ni dah tadi kat boss. masuk keje agak lambat. mana tak lambat. 10 kali alarm bunyi, 10 kali jugak aku offkan menatang tu.

tapi aku rasa...dan-dan tu jugak boss aku bagi pelempang. rumah sebelah opis...g keje pun jalan kaki...roadblock celah mana??

nasib baik la dia tak de tadi. jadi aku simpan jek la dulu alasan bernas aku tu. kot2 besok aku lambat lagi ke.

XD

Sunday, January 03, 2010

[ pindah ]

time macam ni yang buat aku rasa nak cari doremon barang seko dua..
kedai mana ada jual??

gile serabut nak kemas barang nak pindah rumah. dari minggu lepas aku dh start packing, tapi apa pasal aku rasa macam tak luak-luak pun??

bak kata hosmet:

"i tak pe..barang i sikit. kalau u...satu rumah ni u punya"

cilakak....

Saturday, January 02, 2010

[ bukan cinderella ]

kau ingat ini cerita cinderella??

ada mak pari-pari magic kan labu jadi kereta kuda??

ada putera mencari kau hanya semata sebelah kasut kaca??

sudah-sudahlah bermimpi

sebab takkan jadi realiti

dan sudah-sudahlah meratapi

hati yang pecah hanya tunggu saat mati.





p/s: skil membelog ke laut..jadi yang keluar adalah entry lagho..harap maklum.. ;P

Friday, January 01, 2010

[ pertama ]

bangun pagi. celik mata. pandang kiri kanan. selak langsir. takde pulak salji.

ngadap cermin. belek muka. pandang atas bawah. eh...tambah jelita?? *pengsan*

alhamdulillah. masih punya waktu dan kesempatan untuk terus bernyawa. masih ada peluang membetulkan kesilapan.

dan esok serta ahad. kena kerja. bagussssssssss!!

perlu ke aku ckp "i loveeeeeeeeeeeeeeeeee 2010"????

=_="