Translate

Showing posts with label korean dish. Show all posts
Showing posts with label korean dish. Show all posts

Monday, March 19, 2012

[ ni nama dia 비빔밥 / bibimbap ]


tetiba teringin nak makan. dah lama tak buat.. jadi apalagas... terus rajin pergi kedai cari bahan².  kungkang kungkang lebih kurang dekat dapur... nah! semangkuk. kenyang sampai besok!

teringin nak cuba? resipi dia tak susah punnn... kalau rendang korang buleh masak.. ni ape sangat lah dengan menu ni.. campak-campak.. siap..

*sambil pose pegang sudip*

bahan²:
nasi panas - mesti la ade nasik.. kalau spaghetti.. dia jadi lain

sayur:
carrot *
taugeh *
timun jepun *
- untuk setiap sayur ni... tumiskan sedikit bawang putih.. lepas tu goreng la sayur ni. asing² ok!  tapi kalau malas macam cipan..humban sajalah semua dalam kuali. kakakaka
- letak sikit minyak bijan dan kicap cair... tapi wa takde mende alah ni..wa guna seasoning cap Maggi sajok. renjis secukup rasa.. sayur dah masak.. angkat.

bayam
- letakkan garam dengan sikit minyak masak dalam air untuk merebus. untuk rasa dan bagi nampak cantik jek. baru selera.. ye dok..

1 biji telur - goreng separuh masak

lauk:
haaa yang ni optional. ada lauk pun buleh..takde lauk pun buleh. suka hati kome lah. tapi sebabkan ade udang dengan sotong dalam peti es.. aku guna ajelah deme 2 ekor nih.

udang dengan sotong - goreng tanpa minyak untuk keluarkan air. sila gunakan non-stick pan ye.. kalau guna kuali biasa..insyaAllah..takde rupa sotong dgn udang dah lepas tu. haha

tumis bawang putih sampai wangi, masuk kan sikit air, 1 sudu paste gochujang, sikit kicap manis. tambah la garam ataupun bahan perasa. aku guna knorr pasti sedap tu..jd garam tak guna dah. masak sampai pekat..then masukkan udang dan sotong terbabit. masak sampai korang puas hati dan angkat.

dah siap semua.. letak nasi dalam mangkuk..lepas tu susun la sume sayur², telur tadi..jangan lupa..tambah 1-2 sudu besar paste gochujang. lepas tu gaul je semua benda tu..ape lagi..bace bismillah dengan doa makan.. ngap!

mesti korang pelik kan.. menatang ape la gochujang ni.. ini lah dia rupa paras beliau.. takde ni.. tak jadi korang punya bibimbap.

sape-sape dekat area KL..tak susah nak cari.. sebab banyak Korean mart dekat area Ampang sana. takpun boleh try cari dekat Cold Storage.
kalau ikut kata wiki, 
Gochujang is a savory and pungent fermented Korean condiment made from red chili, 
glutinous rice, fermented soybeans and salt.
sumber: Google 

Monday, February 13, 2012

[ makan sedap di Busan, South Korea ]

kalau korang ke Busan..dan merayau-rayau di sekitar Jagalchi Market... aku suggestkan..korang try makan dekat satu kedai nih. amboi..sedap bukan main. teringat-ingat lah dia punya kesedapan tu. hahaha [over!]
cer bayangkan depan korang..terhidang lauk super sedap..berasap-asap lagi.. memang fresh atas dapor. dia letak selungguk dapur tu atas meja.


close up sikit... tunjuk isi ikan yang lembut, gebu, manisss...ditambah dengan sos [macam sambal tumis pun iye] yg lazat nak mamp! *dan air liur pun berjejeran*

sebenarnya kan..ikan ni la yang dia masak tu...jangan tanya nama..sumpah tak tau apa nama ikan ni..

rupa paras beliau ada iras-iras belut sikit. kan? tapi rasa dia memang sedap. manisssss... mungkin sebab fresh kot. 

tak lengkap lah hidangan kalau tak ada banchan [side dish] kan. ni adelah ssambap. bahan utama: daun kkaennip/sesame leaf, yang di makan bersama dengan bawang putih mentah, sepotong cili muda, ssamjang [spicy paste]

ada kubis + mayonis apa tak tau. macam wasabi pun ada. tapi tak pedas

sotong pun ada! jadi sume mende nih..letak atas daun kkaennip tadi..gulung..dan makan. daun tu ada rasa mint sikit. tapi takde la tahap rasa makan ubat gigi. siriyes sedap!

kos untuk hidangan ni..dalam 42,000won. sangat berbaloi untuk 3 orang makan. untuk 4 orang makan pun buleh. sebab portion dia memang banyak. disebabkan ada lauk..jadi kami mintak tambah 3 mangkuk nasik. 1 mangkuk nasik harga 1,000 won. so total semua dalam 45,000won. kira kos sorang makan 15,000won jek. sangat murah dan berbaloi-baloi!

jadi..sekiranya korang ke Jagalchi Market..jangan lupa cari kedai ni. cant remember the exact location tapi rasanya dari port dekat Jagalchi market tu..belok ke kanan. jalan dalam 5 minit ke depan. located dekat bangunan ni. kat bangunan tu ade sign  바다횟집 [Badahoejib]. make sure ada sign ni ye.

ni pintu depan kedai tu...

tapi kalau tak perasan jugak.. nah..korang tengok la sign ni..hahaha memang good betul.


ok. sekarang wa rasa lapaq. cis!