Translate

Showing posts with label kata. Show all posts
Showing posts with label kata. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

[ monolog bisu hati dan jiwa III ]



gugel punya


macam mana?
apa benda

dia?
siapa?

alahh..dia..
oh..dia..kenapa?

suka?
gila!

haha. penipu!
biarlah! sibuk kenapa?

masih menyimpan hati sendiri?
-diam-

hey..move on lah. sampai bila?
mencuba la ni.. setan!

kamu memang sukar di fahami!
kerana aku cuba menjadi seperti warna hitam

hitam? kamu gila ya?
hey..hitam itu bersifat misterius. unlucky. kelam. tapi kamu lihat..betapa ramai yang menggilai warna itu [ketawa]

kamu ini memang sukar di duga
kerana..hati aku ini sudah rabak, koyak. yang elok hanya tinggal sejengkal. menipu, ditipu, dilukai atau melukai. nah.. sama saja rasa. cuma yang beza..kau pemangsa atau menjadi mangsa.

suka hati lah...[tak faham sebenarnya]
heyyyyy!



monolog I
monolog II

Friday, July 01, 2011

[ memeluk hati ]

bertanya kasih pada hati
"tak inginkah kamu memeluk aku?"
jawap hati
"aku ingin mendakap sepenuhnya kamu..tapi
aku ini dilubangi bekas-bekas derita..
menjadikan aku gagal walau beratus kali mencuba"

Thursday, January 27, 2011

[ monolog bisu hati dan jiwa II ]


betul tak mahu?
beri aku masa

sampai bila?
entah

masih menunggu?
gila!!

habis tu?
apa?

dia?
-diam-

dia mahu kamu
hahaha..jenaka!

tak percaya?
dia mungkin menderita sakit rabun!

hati mu sekeras batu?
mati barangkali

egois!
memang..

kenapa?
kerana aku ini perempuan yang menerima. diberikan bintang mimpi untuk ku kutip. tapi karung simpanan bocor di gigit tikus celaka. jadi akhirnya yang tinggal apa?


Wednesday, October 20, 2010

[ 20102010 ]

the blue sky
langit cerah ku renung mendung kelabu
-tilu


aci la kan hapdet pesen gini
idea ilek
pelik aku cemana orang buleh hapdet 2-3 entry satu hari
aku nak dapat idea buat satu entry sikit punya la siksa
heheheheh

[alasan dia je tu..yang sebenornya tuan blog ni malas!]


p/s: cantik tarikh harini...nasib bukan jatuh hari sabtu ke..ahad ke..
kalau tak..busy la tok kadi..hahaha

Tuesday, October 05, 2010

[ lima sepuluh dua kosong sepuluh ]


melayangkan hati beribu batu
dengan harapan kamu di sana
masih mahu menyambut


p/s: recycle gambar. dah lama tak snap-snap..

Monday, August 16, 2010

[ k.o.p.i ]

kerana kopi.
kita bertemu di outlet hijau putih tepi pintu utama.
saya memang gilakan kopi. awak juga.
kita saling bertukar senyum. tak lebih.
tapi acap kali bertemu bagai menjanjikan sesuatu.
persahabatan dalam aroma kopi. ya..aneh.
tapi kita gembira. kan?

hingga satu hari..awak muncul dengan wajah sugul. mata layu
perlahan awak hulur. kad.

untuk saya?
awak angguk.

saya buka. owh..kad kahwin.
awak punya?
awak angguk. lagi.

tiada bicara. diam. bisu
akhirnya..tahniah. semoga bahagia.
saya ucap berserta senyuman semanis gula
tapi awak balas dengan ekor mata
pandang muka saya pun awak tak mahu
dan petang itu berakhir seperti tak selalu-selalu
muram.

sebelum pergi..awak beri soalan
"kenapa lambat sangat awak muncul dalam hidup saya?"

saya diam.
tak boleh bersuara.
cuma hati yang berkata-kata..

"saya telah bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu awak. saya cuma lambat sikit...kenapa awak tak tunggu saya?"

fuuuhhhh ♥
pic lebai gugel punya

Tuesday, July 27, 2010

[ sang pemimpi ]


Di bahu kau
Aku menangis semahunya
Aku kata

“Aku bermimpi kau akan meninggalkan ku”

Kau ketawa
Lantas menarik aku rapat ke dada
Kau bisik ke telinga

“sayang..hati aku ada pada kamu. Mana mungkin aku pergi tanpa hati ku”



*poofff*



alarm bunyi
dah 6.30 pagi daa....
baru nak mimpi yang pesen makwe²..
haihhh..


p/s: hahahaha..kalau mimpi boleh jadi realiti..manis-manis jugak kot rasa dia.. :P

Friday, July 23, 2010

[ tak perfect untuk dapat 10 point ]

dia
sebagai manusia biasa
yang lebih banyak dosa dari pahala
yang lebih nampak buruk dari cantiknya
masih lagi ada sisa-sisa

egois

harap kau fahamlah ya..

kerana dia perempuan yang hati nya sudah tinggal suku.


luar topik: tengah hari karang wa nak buat popia basah. nyam nyam =P~


hapdet:


ehemmm...dah siap..
lazat hingga jilat siku..
kuikuikuikui

Monday, April 26, 2010

[ yang tak pasti ]

.

hari ini kau kata cinta dia sampai mati
besok-besok “I dah tak perlu you lagi”

hari ini kau rasa aku benci kau la monkey!
besok-besok “you lah mr. right, you lah my honey”

hari ini kau kata hati patah dua
besok-besok “nasib baik I dah putus dengan dia, kalau tak..tak berjodohlah kita”

sudahlah..soal jodoh pertemuan memang bukan kerja kita

Tuesday, March 09, 2010

[ tak reti pulak nak letak tajuk... ]

.

terasa ingin mencorak bunga hati
pada nipis sang udara
tapi...
belum sempat di sentuh
hilang meresap dalam haba
tiada sisa..

saat waktu rasa terhenti
diri merebah disudut mati
tercalar jiwa remuk berkecai
bulan bergolek jatuh ke sisi
pecah berderai
bergelimpangan


.


....okeylah....esok-esok la sambung..
nak bace buku pulak..
chaiyokkk!

[alasan jek tu...sila jangan percaya :P ]

yep..blook yang ketiga untuk bulan ini.. :P

Thursday, January 28, 2010

[ bukan kisah putus cinta ]

semalam ku terima satu berita
kau sedang nazak. menderita.
kau mahu tahu apa yang ku kata?
padan muka!

sama ada kau derita bahana dosa
ataupun karma
aku tak peduli dan tak mahu peduli
tak terkesan lansung dalam jiwa
malah aku masih boleh ketawa
puas hati..ya..aku gembira.

dan kamu..
bicaralah apa saja
buatlah andaian sesedap rasa
tak mengapa
aku mengerti dan aku memahami
memang..
aku tak punya hati
jiwa ini penuh dengan benci
menjadikan seluruhnya mati

walau sedalam mana ku tanam
walau sejauh mana aku lemparkan
sebuah kisah semalam yang kelam
tapi hakikat
masih berdarah di dalam
memburuk dan membusuk
menjadikan hati semakin hitam

kemaafan?
jangan kau pinta
jangan kau harapkan
kerna..
telah lama hilang dari kamus kehidupan

perit putus cinta masih boleh ku telan
perit jiwa yang jahanam
sampai mati aku berdendam

kau boleh pergi mampus la setan!

Saturday, January 02, 2010

[ bukan cinderella ]

kau ingat ini cerita cinderella??

ada mak pari-pari magic kan labu jadi kereta kuda??

ada putera mencari kau hanya semata sebelah kasut kaca??

sudah-sudahlah bermimpi

sebab takkan jadi realiti

dan sudah-sudahlah meratapi

hati yang pecah hanya tunggu saat mati.





p/s: skil membelog ke laut..jadi yang keluar adalah entry lagho..harap maklum.. ;P