Translate

Saturday, October 29, 2011

[ South Korea : Part 3 ]

sambungan dari sini

Amaran dari penulis: entry ni super panjang! sebab penulis malas nak buat banyak siri. lagipun sekarang ni di syaki dia di rasuk spirit membelog!! skeri kan?

bas bergerak tepat pukul 8. ye..itu adalah bukan sesuatu yang menghairankan.. sebab korean ni dikenali dengan punctuality diaorang. perjalanan lebih kurang dalam 4 jam. dah naik bas ape lagi kan.. qada tido yang semalam lah.. barulah sedap nak mimpi-mimpi. tido atas kerusi empuk. tapi tido tak tido sangatlah. kejap-kejap terjaga. layan view sepanjang jalan. cantik bukan main. yang kuning-kuning..padi gamaknya. entah..main teka saja..tapi rupa ada iras-iras lah. di sebabkan belum peak season untuk autumn.. jadi daun-daun masih banyak yang hijau. tapi  tak kisah lah..view dia memang breathtaking.

view sepanjang jalan ke Gyeongju.

seingat aku ada 2 pit stop untuk penumpang turun..dan kami memilih untuk turun dekat pit stop yang terakhir. dekat Concorde Hotel. dari hotel ni, pada sesiapa yang nak terus ke Bulguksa Temple, boleh terus ke bus stand dan tunggu bas no. 10, 11, 101 atau 102. bas ni memang akan bawa direct ke sana dan berhenti betul-betul dekat kaki bukit [?] yang menghala ke Bulguksa Temple. tambang bas cuma 1,500won.

Kami memilih untuk terus ke terminal  bas. untuk setelkan hal tiket ke Busan. sebabnya kami hanya singgah je dekat Gyeongju dan plan bermalam dekat Busan. oh ye..dimana sesuatu yang sangattttt menarik menanti kami dekat sana. hehehe

jadi kami melintas jalan dan menuju ke bus stand yang di sebelah jalan. kebetulan ada public toilet. mula-mula rasa macam skeri jugak nak masuk..ok..korang tahu kan macam mana public toilet dekat malaysia ni? buleh jadi mimpi ngeri jugak kadang-kadang tu. tapi bila masuk je..oh my.. biar betul ni?? bersih! ni satu sikap yang aku kagum..walaupun toilet diaorang tak de air *ehem*..tapi kebersihan memang nombor 1! lantai berkilat kot. dah freshen up semua..kami ke bus stand. ok..sekarang bas mana yang menghala ke sana??

tengah tercangak-cangak dekat bus stand tu..aku cuba tanya pada sorang makcik ni..bas mana nak ke terminas bas tu. tapi dia tak reti nak speaking la pulak..jadi dia tak buleh nak explain. haishh! kendian ada sorang pakcik teksi ni offer kami 6000won untuk hantar ke bas terminal. eh..mahai bonar? tak mau lah kami. kami rela tunggu bas la pakcik! kendian bas sampai dan makcik yang aku tanya tadi cuit aku..sambil cakap "bas ni ke terminal!". ape lagi..cargas la kan.. bayar tambang 1500won dan duduk diam-diam layan view.

dalam 15minit, kami sampai ke destinasi. misi pertama, beli tiket ke Busan dulu. senang nak bajet masa. kami bersetuju beli tiket pukul 6.35 p.m.. harga sehala 4500won. hal tiket dah setel, lepas ni nak simpan beg pulak. cari punya cari..tak de rupa paras locker pun!aku siap tanya dengan sorang makwe kat situ.. tapi dia kata tak de locker kat situ. keciwa dah masa tu.  ye la..takkan nak heret beg yg berat tu pulakkan? rupanya locker tu ada.. betul-betul kat tepi pintu masuk..cuma keadaan yang agak uzur nak menyembah bumi..sedey!

tengah kami menggodek,meraba [?], membelek locker tu, datang sorang ahjussi..siap berkot.. cakap korean sambil goyang tangan hala ke locker. lepas tu dia blah. eh? ko cakap ape ni pakcik?locker rosak ke? boleh jadi..sebab ade yg kena seal dengan selotep. ke nak kabor locker tu dah occupied ? buleh jadi jugak. tapi malas nak teka²..jd assume dia nk kabor locker tu rosak je lah. loghat untuk setiap region adalah berbeza ye. sama macam kita kat sini..ada loghat kelantan, terengganu, perak etc..

kami mintak koq tolong jagakan beg sementara kami cari alternatif lain nk simpan beg. lagi pun plan asal nak sewa beskal. jadi..adalah lebih afdal cari kedai beskal sambil cari tempat lain untuk simpan beg. kami sampai ke satu kedai ni. sambil tanya berapa rate sewa, boleh tak kami tumpang simpan bag dekat situ? ahjussi ni cakap boleh.

ok..untuk siapa-siapa yang nak menyewa basikal, luar dari kawasan terminal bas tu..ada beberapa tempat sewa basikal. rate dari 6000-7000won untuk sehari. ada banyak jenis, ikut suka korang la nak pilih reka bentuk macam mana. and harga mengikut model basikal ye. laluan berbasikal ada di sediakan tapi sila lebih berhati-hati..sebab gaya pemanduan orang korea ni buleh tahan extream.

kami balik semula ke terminal, sambung lagi bincang. pungpang²... plan nak berbasikal kami kensel. sebab cuma ada lebih kurang 4 jam saja nak pusing. plus minus sesat ke ape pulak karang? [lagipun kami seriau nak naik basikal kat tepi jalan hahahaha]

kami nampak ada 1 mesin information. godek-godek..alahaii..sume bahasa korea! walaupun lengkap..tp kalau dah nak bace pun kena mengeja, tgk kamus dulu..guane.. dalam hati macam-macam ayat keluar. fatt belek LP dia..sambil bisik ke aku.. ada sorang mamat tengah pandang-pandang kami. eh?? rupa macam melayu.. tapi setakat pandang saja tak membantu..tak gune jugak..ye dok.

fatt ajak aku keluar...cari tourist information centre. kalau ikut dalam LP dia..ade kat luar terminal tu. jadi kami pun keluar, tapi yang ada,.. booth kosong jek. hoh?? kami pusing ke kanan..mana la tau..booth tu dah pindah kan.. tengah tercangak-cangak..fatt cuit aku lagi.. mamat tu ada kat situ tengah hisap rokok!! yikesss!! tapi still tengok kami semacam. kami pandang balik dengan 2 macam. ko pehal? tak nak tolong sudah lah! masa nak masuk balik ke terminal..fatt keluarkan ayat keramat beliau: Jomla kita blah, aku tak sedap hati ni. Dahla pandang kita macam gaya nak cari pasal. Takat belanja tengok watpe, nak tolong, tolong jela. Pehal pandang kerek? Pffttt!! [dialog dari blogg fatt]

baru jek kami nak gerak..tiba-tiba mamat tu bersuara

'maaf ya..kalian dari indonesia?"

guruh! petir! gempa bumi! tsunami!!!

masa tu aku harapkan aku ada kuasa mejik dan buleh bertukar jadi basikal!! tak pun jalan tu terbelah dua jadi macam batu belah batu bertangkup. aku nak terjun! tapi kalau tengok reaksi fatt lagi lawak. jenuh jugak aku nak tahan gelak. haaa sebab tu la orang tua² pesan...cakap siang pandang². maka kantoilah kami berdua dengan jayanya. perfect skor orang kabor..

sembang-sembang dengan mamat tu..rupanya dia dah setahun kat situ. kerja. kami hanya mampu 'oooooo'... speechless dan ditambah dengan malu yang tak sudah tadi.

sampai dekat area locker, ada 3 orang Cina tengah keluarkan beg. lah.. boleh guna rupanya. tetiba salah sorang dari diaorang tegur kami. 'dari malaysia ke?". kami buat muka o.0".. laaaaa dari Malaysia jugak rupanya. ku pikirkan orang korea!!

tanpa buang masa, kami terus tanya dekat Ah Kong ke  Chong..mana2 lah.. kat mana tourist information center. dia keluarkan peta dan tunjuk pada kami direction. tapi agaknya dekat muka kami still ada o.0" , dia pun ajak kami keluar. haaa..baru la terang lagi bersuluh.bila masuk balik ke dalam.. mamat indon tu dah tak ada. lah..tak sempat nak ucap terima kasih. fatt menampor pipi sendirik..sebab kantoi dengan mamat tu. "aku rasa kan fatt..dia paham la ape  yang ko cakap tadi"

fatt: agaknya dia keluar hisap rokok tu sebab nak cari pick up line nak tegur kita tak
aku: tu lah..aku pun rasa macam tu

HAHAHAHA!! padan muka kami. tak pasal-pasal kantoi di situuuu

sedang kami godek-godek locker tu..pakcik berbaju kot datang lagi. seolah-olah bagitau kami..tukar syiling dulu. baru buleh guna. lepas tukar syiling..kami pun sumbat beg dalam locker. ahjussi tu cuit aku.. sambil buat isyarat tangan dekat hati, dan tunjuk thumbs up. tandanya,,dia hati baik..dan cuma nak tolong. eeeeehhhh pakcik..pakcik paham ke apa kami kutuk pakcik tadi?? sekali lagi aku rasa nak meraung. maluuuuuu!

aku cuma mampu cakap 'gomapsubnida ahjusii - thank you uncle" sambil tundukkan kepala. saya malu semalu malunyaaaa

pengajaran yang kami dapat:

jangan cepat bersangka buruk dengan orang. kalau betul orang tu berniat baik, kan dah kantoi dan malu sendiri!! lagi satu.. jaga percakapan walau di mana anda berada! nanti siapa yang malu.. anda jugak!!

lepas dapat info dari tourist information center tu, kami pun tunggu teksi untuk ke Anapji Pond. perjalanan cuma dalam 5-8 minit dengan rate 4,300won. [ikut meter ye]. sebenarnya jauh jugak la kalau ikut jalan yang teksi tu bawak..cuba bayangkan kalau kami naik basikal? rasanya maghrib nanti baru sampai kotttt... cara lain ke sini adalah dengan naik bas no. 11, dengan tambang 1,500won.

 entrance fee sebanyak 1,000won. tempat ni berstatus Historical Relic No.18. sayangnya kami sampai daun-daun baru mula kuning. rasanya peak season mesti lagi cantik sebab banyak pokok maple dekat sini. dekat sejam jugak kami jalan-jalan, snap-snap gambar.


jalan dia agak berdebu..dan sebab aku hanya pakai selipar..haaa hambek kau! 
kaki macam orang balik bendang!

bayangkan time ni daun semua dah merah..pehh..sure cantik..

lagi view di sekitar Anapji Pond

lengang kan jalan? 

tapi jalan yang lengang jangan di sangka tiada kenderaan ye. sini enjin kenderaan semua pesen senyap. jadi silalah lebih berhati-hati.

lepas berjaya tawaf Anapji Pond tu..kami pun lintas jalan untuk menunggu bas no. 11 untuk ke Bulguksa Temple. bus stand dia memang pesen koboi jek. dekat pulak tu dengan jalan. jadi jangan cuba-cuba nak hulur kaki ke..kepala ke tak tentu arah... ada yang jadi logo kepala bas nanti. hehehe!


ok. bersambung... ^^V juling ek mata korang? hahaha

Thursday, October 27, 2011

[ South Korea: Part 2 ]

[ chopppp!! iklan! wa ade belog baru. tapi belog ni khas untuk hasil-hasil tangan tak berseni wa. SEEKOR MAUS. mekaseyyy! ]

okey. sebelum tu.. sorry beribu-ribu lemon sebab lambat update. biasa lah..dah cuti lama.. keje pun menimbun, esaimen lagi. memang tak terkejor [alah..dalam bahasa mudahnye.. MALAS ;p ]

dah..sambungan dari part 1

dah capai kata sepakat, jadi kami pun kononnya nak pergilah ke Namdaemun Market tu. [dalam siri seterusnya aku bagi guide macam mana paling senang nak ke Namdaemun Market tu]

tapi nak sampai ke subway station tu menggagau lah jugak kan. pelik satu macam jugak signboardnya.. kemudian kebetulan ada sorang ahjumma, rasanya officer kat situ jadi kami pun tanyalah direction ke subway station. jauh jugak nak berjalan rupanya. nama pun subway. harus lah underground sana. =_="

dari Incheon International Airport - transfer at Seoul Station - Hoehyeon Station lebih kurang dalam 67 minit, harga 3,700 won.

tapi entah macam mana, kira-kira 4 stesen lagi nak sampai, train dah berhenti dekat Aeogae. [pandai2 lah kome nak nyebut rupe mana :P]..kami tengok semua orang keluar dari stesen. eh? tetiba datang sorang ahjussi sebut "finish! finish!". eeehhh?? aku tengok fatt, fatt tengok koq. ah sudah. bergurau gamaknya pakcik ni. biar betul stop kat sini?? bukan selalunya kalau train tamat perkhidmatan akan berhenti dekat stesen last ke? tak buleh terima kenyataan betul lah! perkhidmatan subway ni selalu berakhir pada midnight. dan masa tu memang dah tengah malam pun. dah 12 lebih.

tanpa buang masa kami terus keluar dari stesen tu. kami dah tergelak-gelak teringat hal ni. fatt punya kesimpulan, agaknya rumah pakcik tu dekat dengan stesen tu kot. jadi dia berhenti je kat situ senang nak balik. hehehe  tak aci betul kan. paling tidak bagi la kami sampai ke destinasi dulu. haishh..tgh gelak-gelak.. rasa semacam..rupanya belakang kami ada sorang lelaki mabuk. ah sudah. orang mabuk ni jangan buat pasal. fikiran bukan nya lurus. sambil jalan nak lari dari lelaki tu, fatt suruh buat sharp u-turn ke kiri. menyorok belakang vending machine. time ni perasaan campur-campur. debor ade. kelakar pun ade. tunggu sekejap sambil tinjau-tinjau lelaki mabuk tu. ok. dah takde. ape lagi..cabutttt!!

fatt bagi cadangan, lepak dekat subway jek. sebab ye lah..dah tengah malam kan, and kitaorg pun in the middle of no where. mana nak pergi? tapi aku rasa tak yakin nak lepak situ..buatnya orang mabuk tu ade lagi kat situ? dah jenuh nak bersilat pulut pulak karang.

so ok..alang-alang lagi 4 stesen nak sampai..apa kata teruskan saja? jadi..marilah  mengkaji peta. atas peta nampak macam.. buleh ni..buleh... tapi hakikat sebenar?? huwaaaaa...

up the boohai!! yeay!  =_="

lepas keluar dari stesen, kami jalan menyongsang arus [petik ayat fatt], sampai terjumpe satu convenience store. sebabkan kelaparan and haus, jadi kami masuk ke kedai tu. sambil tu boleh tanya direction. alahai.. ada language barrier ni memang haru jugak. dia suggest ambik teksi. teksi? dah tengah malam ni pakcik oi.

tambang teksi dari midnight sampai pukul 4pagi akan increase sebanyak 20%. ada banyak jenis teksi.. yang biasanya akan nampak adalah "regular dan brand taxi".. sama saje cuma model kereta je yang beza. rate akan dikira bermula dari 2,400won. satu lagi adalah "deluxe/ limosine taxi". haaa yang ni jenis mahal dan selalu nya warna hitam. jadi kalau nak jimat..sila elakkan teksi berwarna hitam ye. selain dari warna itam ni,,,korang naik lah. jangan takut kalau tengok model-model kereta dia hebat bukan main. setakat Sonata tu..jadi teksi je uolls..  [Hyundai dan Kia tu ibarat Proton dan Perodua jek kat sana]. sebabnya, charge mulanya sama jek 2,400won jugak. lagipun diaorang pakai meter. dan teksi diaorang ni lengkap dengan GPS. tapi dari info yang aku dapat, kalau tengah malam..adalah lebih selamat naik limo teksi untuk mengelakkan hal-hal yang tak sepatutnya. well.. paham-paham la kan ape mende hal tak sepatutnya tu.

jalan punya jalan, naik turun bukit..Namdaemun Market masih jauh dari mata. haiyooo. sampai bila nak jalan ni? lutut sudah longgar. terjumpa sorang mamat tengah hisap rokok dekat luar kedai, jadi tanya la direction. dah macam ayam cakap dengan itik. dia suruh terus jek. terus? ye lah..terus pun terus lah. janji sampai. tapi masalahnya tak sampai-sampai jugak camno ni bang?? akhirnya kami sampai ke convenience store.

fatt suruh aku tanya. err....aku masuk dalam kedai..greetings lebih kurang and tanya direction. [time ni aku menyesal sebab tak study betul2 korean language. T.T cukup-cukup makan tu sebenarnya tak cukup lansung bila ada kat sana!]. yang lawaknya bila pakcik ni tahu kami nak jalan ke sana..dia siap buat tangan sambil cakap "Monday!" dan gelak-gelak. mula tu aku tak dapat tangkap lagi..lepas tu.. kurang hajauuuu.. nak gambarkan jauhnye jarak tu takkan la ari isnin depan baru nak sampai kot. agak2 la pakcik. siku kang! ai penat nih...

pung pang pung pang lebih kurang..siap dia lukihkan peta untuk kitaorang..tp sebelum tu kena main teka-teka jugak la. ada zebra crossing. ada jambatan.. [jambatan???] ..lepas ucap terima kasih, kami pun sambung lagi berjalan. nasib baik lah sejuk, tak berpeluh. kalau tak, tak tahu lah ape bau yang timbul. jalan punya jalan, lintas jalan, teka bangungan, teka simpang..akhirnya kami sampai jugak ke Namdaemun! woohooooo!!! mak berjaya noks! lihat lah doniaaa...

masa tu dah dekat pukul 3 pagi. Namdaemun Market ni dibuka petang sampai ke pukul 4 pagi. tapi tengok gaya macam banyak yang dah bungkus. perut pun dah berkeroncong, jadi kami singgah dekat satu restoran. tengok dia punya display..pehh menggiurkannnn.. air liur terasa menitik-nitik.


amecam? menggiurkan bukan. hidangan yang berharga 6000 won. bestnya makan-makan dekat korea ni, main dish selalunya akan datang sekali dengan "banchan", iaitu side dish yang selalunya ada kimchi, lobak etc.  dan air kosong adelah free. tak payah sibuk-sibuk nak fikir nak order air apa. aku dan fatt order dolsot bibimbap. nasik yang di serve dengan sayur2, telur, gochujang [korean hot paste] dalam mangkuk tanah liat panas. koq order nasik dengan sambal sotong ["nakji baekban - octopus dish" tak silap].. tapi sebelum tu aku pesan awal-awal kat tokey kedai yang super duper ramah tamah, "ahjussi...gogirel nohji maseyo - please dont put any meat"..pakcik ni ade cakap..makan sayur-sayur bagus. makan daging tak best. dan etc etc etc. mintak mahap la pakcik..saya paham sikit-sikit jek ape yang pakcik cakap..tapi nak reply tak reti. saya balas dengan senyuman sajalah. lagipun saya lapar! ha ha ha!

oh ye.. 1 tips pasal makan.. dekat sana..sila elakkan makan Ramyeon (ramen) / Ramyeon tteokbokki dan segala family ramyeon. ramyeon ni rupanya macam megi dan salunya memang tak de unsur daging dalam masakan. tapi yang meragukan adalah kuahnya. selalunya kuah dia ada serbuk tulang babi. bagi rasa lagi kick..katanya! *muntah!*

lepas lepak dalam sejam lebih kurang, masing-masing angkat bungkus. [nak duduk lama-lama..macam bersalah pulak ehehehe]. ahjussi tu dengan baik hatinya tolong Koq galas beg. "kesian..badan kecik tapi beg besau" - begitulah lebih kurang dia cakap. hahaha [hai Koq!]

kami ambik keputusan patah balik ke stesen City Hall. subway yang terdekat. dekat tepi-tepi jalan memang ada homeless yang tido dalam sleeping beg. peh..kebal betul. bila masuk dalam stesen..nah kau! lagi ramai. satu pemandangan yang agak luar biasa jugak lah. tinjau-tinjau...kami jumpe satu port baek punya. koq seblah kiri, fatt belah kanan, aku tengah-tengah. tak sampai seminit..semua hanyut. penat kot mengukur jalan. tapi aku tak buleh tido sangat, sebab cuaca sejuk menyucuk..jadi tido-tido ayam saja. dalam pukul 5 pagi, aku dengar ade orang greet, "Annyeonghaseyo [hello], Joh-eun achim [good morning] " oh..ada 2 officer masuk, agaknya subway punya officer. bagus betul manners diaorang ni..tak de la halau ke apa. sebabkan subway bukak pukul 5, jadi masing-masing angkat bungkus, kemas port masing-masing. termasuklah kami.

ha..jadi haritu kami dapat pengalaman baru. pengalaman menjadi homeless. macam mana la diaorg ni bertahan ye. especially kalau winter. bukannya ada heater kat dalam tu. aku tak tau la orang lain, sanggup ke tidak nak merasa pengalaman macam ni..tapi pada aku..bagus. sebab mengajar kita jadi bersyukur nikmat Tuhan. takde la asyik nak komplen jek. ye..orang negara najip kan suka komplen.

Seoul waktu pagi..hari kedua, Jumaat, 7 October 2011

lepas cuci muka, gosok gigi, top up deodorant..kami sambung perjalanan ke Gwanghamun Station. dari sini kami akan naik bas free yang disediakan oleh Korea Tourism untuk ke 3 destinasi luar dari Seoul. Gyeongju, Busan atau Jeonju yang disediakan dekat area parking Donghwa Duty Free Complex. untuk lebih info boleh refer dekat sini. rasanya promotion ni sampai hujung tahun ni. jadi sapa-sapa yang nak gi sana sehingga December ni..boleh la register dekat page ni. free ok..sape nk bagi kan. jadi grab je ape yang ada. haha dan untuk kupon-kupon diskaun yang lain..rajin-rajin lah jenguk sini.

sambil tunggu bas, kami layan hot choc dengan honey tea. harga secawan minuman express tu dalam 1200won je. peh..sedap bukan main pekena minuman panas time sejuk-sejuk.

ni la rupe bas free tu. walaupun free..tahap executive ok! selesa sungguh! sesuai la untuk perjalanan 4 jam. peh..kematu! kami ambik route Seoul - Gyeongju.

 ni lah tempat tujuan kami kat Gyeongju. selanjutnya.....

to be continued... kalau lambat..jangan marah haaaa... ;p

Monday, October 17, 2011

[ South Korea : Part 1 ]

안녕하세요... ^^V

[hapdet dekat opis. nanti malam aku taruk lebih gambau. sila bersabar ye]

alhamdulillah..aku dah selamat sampai..balik ke pangkuan negara najib yang tercinta jumaat lepas. kasik lepak-lepak hilang remuk badan baru sedap nak menghapdet..ye dok?
trip ni..bertiga dengan koq dan fatt.   yo lah..kena la bawak sifu. kalau harap aku ngan koq ni..mana nak banyak sangat pengalaman macam dia. kami ni konsep rembat dan redah. lagi pun ni 1st time gi negara yang jauh dari negara najip. ewah! lepas tu tak agak-agak..gi negara yang memang communication hancor..haaaa hambekkkk! padan muka aku. nak sangat.

6 October 2011, Rabu

Kuala Lumpur to Incheon

Flight kitaorang pukul 2:20 p.m. sepatutnya hari tu jugak aku kena ke Mahkamah Industri dekat KL sinun. ada kes. mula tu dah cuak jugak. maunye tak sempat.. nanges la aku balik rumah layan Winter Sonata sorang-sorang.sendu betul! tapi alhamdulillah..kes postponed ke bulan December. [deng! bulan tu pn ade trip gak.. wuwuwu jadi hanya mampu menadah tangan berdoa agar tarikh tak kena dengan tarikh trip. amin!]

sebabkan Fatt kabor dia lambat sikit..jadi aku dengan Koq gerak ke LCCT dulu. masa tu aku memang meradang dengan aku punya backpack. ape jadah berat macam galas batu lesung? padahal isi tak seberapa. tu pun ade yang aku keluarkan balik. kata travel light kan..tapi dah serupa ada peti ais bertenggek kat belakang guane? bila setelkan bab lagej..tengok berat beg.. 5.8kg je???. alahaii.. ape mende yang rasa berat sangat? dah..jangan cakap ade mende lain tumpang nak balik korea. aku geletek korang sampai pengsan!

sebabkan aku dengan koq tak pernah jumpa lagi dengan si fatt ni..kira macam blind date la jugak kekdahnya. hahaha tercangak-cangak cari sampai dalam perut kapal terbang. tak nampak jugak bayang. last-last aku call.. alahaiii..tak jauh jek jarak. selang 1-2 seat jek. seat kami memang bersepah-sepah sebab memang tak booking seat. pasrah and redha jek dapat kat celah mana. jimat katanya.

kami sampai Incheon International Airport lebih kurang dalam pukul 9.30 malam. lepas setel hal lagej semua, terus ke kaunter Sroaming untuk ambik phone yang aku sewa. aku sewa phone ni bukan apa, senang nak contact member2 aku kat sana dan IN CASE  ade ape2 hal berlaku.. [which is memang terjadi la kan.. yang tu kendian aku cerita]

kalau korang nak sewa phone, aku rekemenkan korang booking online dekat website ni.. SRoaming sebab selain harga dia lebih murah, korang akan dapat 50% diskaun dari total usage kalau booking online.cuma lecehnya, masa nak ambik henpon tu..kena present passport dan kad kredit. just untuk secure. katanyalah. aku yakin rata-rata korang ada kad kredit kan. aku jek takde. sebab kalau ada, 100% sampai pencen tak abes bayar utang. kejenye nk gores dan menang jek hahaha.

untuk kemudahan korang berpeleseran di Seoul, adalah lebih baik korang guna T-money. kad ni digunakan untuk public transport dekat Seoul macam bas dan subways.

 lagi info buleh baca dekat sini

konsep kad ni sama macam TouchNGo yang kita guna jugak lah. dan T-money ni boleh di beli dekat mana-mana mini mart yang ada logo T-Money. jangan risau..dekat sini memang bersepah mini mart macam Family Mart, E-Mart dan segala mart2 yang lain. dan T-money jugak boleh digunakan untuk beli barang-barang dekat mini mart tu. senang kan..? agak2 tak cukup sen..tenyeh jek T-money..

di sebabkan masih awal, dari buang masa goyang kaki dekat airport, kami sepakat nak ke Namdaemun Market. Bukak almost 24hours katanya. Mana la tau, buleh cuci mata kan. Sebab kalau ikutkan itin., kami akan ke sini pada hari ke 5 nanti. Jadi kami terus ke tempat menunggu bas. Rupanya ini bukan bas biasa ye. Nama dia Airport Limousine Bus. Kira bus ni direct dari Incheon Airport ke tempat-tempat di Seoul. Boleh rujuk sini. harga single journey adala 10,000won. umakaii.. mahai gilo. tengok nama la kan. mampu naik limo? sah2 la kami tak mampu kan..hahaha jadi ambik keputusan untuk naik subway. lebih murah dan jimat.

naik subway memang seronok. tapi apa yang menanti kami lepas tu..lagiiiii seronok!! pengalaman yang tak terduga, di follow oleh orang mabuk, lost in communication, naik turun bukit selama 2 jam, join orang homeless tido dekat subway station.. semuanya memang gila! time nak taip ni pun aku dah tergelak-gelak macam orang gila. jadi sebelum boss saspek yang bukan-bukan.. kendian nanti aku sambung ye.

to be continued...

Tuesday, October 11, 2011

[ fefeling winter sonata katanye ]

salam..
[bukan main kerap menghapdet ye dok..mentang2 tenet free ;p]
pehhh..harini rasa macam kena langgar lori
dah berapa hari menyeksa kaki
tapi still takde rasa keinsafan...hahaha

program harini..adelah


we are going to Nami Island bebeh!!

feeling-feeling Winter Sonata
katanyeeee...
walaupun sekarang autumn..tp daun2 dekat Seoul still banyak yang hijau
agak keciwa disitu ye.


wahai kaki..sila bertabah dengan tuan ko nih untuk beberapa hari lagi..
kehkehkeh!

jumpe lagi di ke-hapdetan yang lain.. ^^V

Monday, October 10, 2011

[ hapdet dari Seoul ]

salam untuk semua..
eceh..kemain skema
dah lama tak jumpe internet..rasa jakun benor
hahaha

amecam? rindu wa tak?

Thursday, October 06, 2011

[ 간다! ]

안녕하세요 여러분...

나는 2주 동안 서울로 갈거예요

날 그리워하지 말아주세요 ~♥

나중에 블로그를 업데이트합니다....

bye! ^^V

its Autumn bebeh!! ha ha


p/s: semoga wa selamat pergi dan balik. amin!

Monday, October 03, 2011

[ kesilapan teknikal ]

letak deodoran sebelah kanan. yoko² sebelah kiri.

nak cepat. tercapai sebelah kiri.

uuuuu..sejuknyaaaa.