Translate

Showing posts with label how to go. Show all posts
Showing posts with label how to go. Show all posts

Monday, May 14, 2012

[ South Korea 7: Gwangju ]

sila bertabah. aku dalam percubaan nak menghabeskan entry Souh Korea nih. kakakaka.. dari zaman Paleolitik bawak ke Zaman Gangsa.. tak abes-abes lagi ha..

selepas menghabiskan 2 malam dekat Busan.. kami menuju ke destinasi seterusnya, Gwangju. Jarak perjalanan dari Busan ke Gwangju nih..lebih kurang 3jam 30minit. lebih kurang Kolumpo ke Kuala Kangsor dah haa

Gwangju ni terletak dalam Jeolla region dan bandar ke 6 terbesar di South Korea. yang bertanda pink kat peta ni ha.. perlu maklumat lanjut? Google! hahaha

ni peta Gwangju..bukan peta harta karun..
tiket bas dari Busan ke Gwangju..berharga 23,700won. ni je tiket paling awai yang ada.
 bajet asal dalam 16,000won jek.. haihh.. 
sementara tunggu bas.. sempat pekena urut dekat mesin urut RestnGo..
 legaaaa dapat betulkan urat!

hujannn yang turunnnn..bagaikannnnn air mataaaaa...
 drama much?
ye..perjalanan kami memang banyak drama dan tragedi..
konsep tragedi oktober la katakan... kahkahkah!!


untung aku duduk seblah dengan retis k-pop..
no photo pelisssss!! 
kakakaka!!
tujuan utama kami nak ke Gwangju nih..nak pi kat tempat-tempat yang bawah nih lah. antara tempat-tempat femes dekat Gwangju..

Jungnogwon aka Bamboo Park.. 
ada panda kat dalam ni...
ok..tipu.. 
Direction:  Take a local bus no. 303 or 311 and get off at Jungnogwon. (The bus runs at 15 minute intervals and takes only 5 minutes; on foot 13 minutes.) Fare: 2,000 won


Metasequoia-Line Road.. 
time autumn memang superb gile. 
Direction: From the Damyang Bus Terminal, walk 30min along the right side of the road until you see the Metasequoia-lined Road. You may also take a taxi from the Bus Terminal (approx. 15 min)



Soswaewon Garden 
Direction: From Gwangju Bus Terminal, take local bus no. 225, get off at Soswaewon Station
 (1 hour ride, fare: 2,000 won), cross the street and find the ticket office. 
Admission Fare: 1,000 won

tu plan asal lah tapinyaaa.. memandangkan kami sampai dekat Gwangju pun dah tengah hari.. dan tengok dekat peta..jauh rupanya tempat nih..kami ambik keputusan tak jadi pergi. ye lah.. kalau tak cukup masa..kang terkejar-kejar..ada pulak yang tido dekat stesen bas pulak kang.

kami tak bermalam dekat Gwangju nih. just singgah kejap jek sebelum balik ke Seoul. dah semua tempat tak pi.. kami pilih tempat yang paling dekat. Gwangju Art Street rasanya. lebih kurang 10min kalau naik taxi. tambang dalam 2,700won.

Gwangju Bus Terminal aka U Square

shopping street le..ape lagi.. luas gila tempat nih dan memang rambang mata
aku siap sempat rembat sepasang kasut hahaha
murah je..dalam 30,000won sepasang

dalam cafe Paris Baguette...rasanya
apsal la kedai kopi kita takde konsep macam ni..kan - -''

nampak kedai Kimbap yang papan tanda kaler oren tu? 
 nampak macam ada logo mesjid kan?? 
kami punya la eksaited sebab ingatkan kedai halal!! kahkahkah 
kami tak pasti la tu logo apa sebenarnya..tapi dekat Seoul..kami pi kedai yang sama..
dia ada served vavi dan kami macam.. o.O" magaddd??!!
sebenarnya masa kami naik teksi ke sini.. ada la sembang-sembang dengan ahjussi yang bawak teksi tu. dia tanya kitaorg dari mana semua..rupanya dia pernah datang Malaysia. dia kabor Kolumpo tu panas. tak tahan katanya. hahaha well..negara kami tak dak salji. PATI ada lah.

disebabkan korean aku tahap gagap + parkinson..jadi dah bunyi macam ayam itik lah bercakap. tapi ada part yang best..bila dia tau kitaorg dari Malaysia.. dia pun berkata

ahjussi: yeppeuda.. [cantik]
aku: ne? aaa.. aniyo.. [hah? mana ade]
ahjussi: yeppeuda.. jongmal yeppeuda [betul..cantik]
aku: *tersipu bewok* aniyo ahjussi... haha kamsahamnida.. [eh takdelah.. thanks btw]

so girlsss.. lets #fliphair kahkahkah!

tengah-tengah sembang.. tetibe gigi aku dah gigit seat depan!! eh??!! rupanya ahjussi tu break emergency sebab tetibe ade teksi lain cilok depan dia. skeri kan? tapi tu lah style driving kat sana. jalan raya tu..ana yang punya!! gitu konsep..

pakcik tu punya la gelabah..terus tanya aku ok ke tak.. takkan la aku nk guling-guling dalam teksi tu sambil meraung pulak kan.. aku cakap ok je lah.. walauuuupun... bibir ai rasa macam hanjelina jolie ni pakcik!

ahk..tak puas hati betul lah.. cium tanah dekat Gyeongju..aku.. cium seat teksi dekat Gwangju pun..aku?? T.T *nanges*

dah puas merayap dekat situ..siap mencekik takoyaki...kami pun kembali ke pangkal jalan..

helllloooooo Seoul... 
 ingat tragedi kami berakhir di sini? 
 anda silap..ikuti sambungannya di kehapdetan yang lain.. hahaha

Monday, March 12, 2012

[ Sinetron Ep. 2: Bukittinggi, West Sumatra ]

dah selamat sampai ke Bukittinggi, kami terus cari hotel. sesuai dengan konsep redah dan terjah ikut suka hati perut, sebarang urusan booking hotel ape pun kami tak buat. main gamble saja. lagipun kami yakin..kami bukan pergi masa hujung minggu..sure hotel tak penuh punya..lagipun banyak hotel-hotel dekat area sini.. ok..gila punya hypothesis. sila jangan ikut perangai kami ye.. sila plan perjalanan anda dengan baik.

kami pilih untuk menginap dekat hotel dahlia. aku tau pasal hotel ni dari Zilla hehe thanks Zilla ;p
Hotel Dahlia ni terletak dekat Jalan Ahmad Yani 106. lokasi dia memang dekat dengan Jam Gadang..jalan kaki dalam 10 minit saja. selain ni..ada banyak budget dekat area ni.. tak jauh dari sini..ada jugak Hotel Yani.

Hotel Dahlia..nanti wa nak buat Hotel Kekwa pulak..

siyes..terasa seperti di rumah.

ruang hall dekat luar bilik. 
buleh lepak sesedap rasa layan perasaan

mungkin nak jadikan rezeki..kami mintak bilik deluxe..tapi dah penuh...disebabkan tu..owner offer bilik superior dengan harga deluxe. syukur alhamdulillah!! sapa nak bagi kan? kira dalam 60hengget seorang untuk 2 malam. kami tak peduli lagi dah pasal harga..janji dapat betulkan balik tulang belulang yang remuk-remuk ni..lagipun owner dia suwit and ramah. ade iras macam orang jepun sikit-sikit.

direction ke Pasar Atas/Jam Gadang dari Hotel Dahlia:
keluar dari hotel terus ke kiri. jalan terus sampai jumpa ada satu roundabout kecik. kalau perasan..ada 1 tangga menghala ke atas..arah ke Kebun Binatang (Zoo)..kalau rasa nak tengok hewan..buleh la memanjat tangga kaler hijau tu. kalau tak nak..terus lagi berjalan..sampai jumpa tangga ke  dua. naik tangga..terus ke arah Pasar Atas.

sebelah ni kalau..belah atas sana..ada Fort De Kock

view dari tingkat 3. depan bilik.

Parabola di mana-mana
kalau yang risau bab makan...dekat area hotel ni..bila malam..dia auto tukar jadi macam pasar malam. ada banyak menu buleh pilih. dan kalau dah mari ke sini..wajib cuba Nasi Kapau. tapi kami tak cuba pun..sebabnya dengan jadual makan pesen berterabur..takut nak makan nasik² gaya gini. risau perut terkejut dengan heavy meals. tapi malam last tu..kami sempat makan nasi ayam penyet. yo la..rugi kan kalau tak rasa yang original punya. pehh..sedap betei! kena pulak dengan teh botol.. memang tak heran dah kalau mak mentua duduk sebelah pun.

kesedapan  terlampau. bercucuran peluh makan sambal dia..

masa ni tersilap jalan.
 patut ke kiri untuk ke Jam Gadang.
depan tu hotel The Hills..kot

Jam Gadang!!
sekitar kawasan ni banyak maskot-maskot berkeliaran..
sekali bergambar bayaran dia Rp5000


Mount Merapi, the legend.

rasa macam pemandangan dengan Dato' Keramat,KL pulak

lagi-lagi Jam Gadang.

inilah dia sorga membeli belah untuk kaum hawa 
kawasan dia sama sejibik macam Pasar Payang, takpun Pasar Siti Khadijah 
banyak gila kain pasang, telekung dekat sini.. 
kain pasang semeter harga dalam Rp40,000 keatas..ikut kualiti 
kalau kain batik sarung pulak..harga dari RP45,000-Rp75,000 sehelai ikut kualiti jugak 
kain sutera sulam kalau..sepasang paling cikai Rp345,000 *pensan*

kudaaaaaa! nak pergi ambik gambau dekat2 takut.. 
 takut kena charge..kakaka

ada satu mall agak besar lah jugak. 
 nama dia Ramayana kalau tak silap

ni lah dia kejuruteraan Minang oram kabor..

gerai-gerai jual souvenir segala macam..
rimau pesen jinak. tak makan orang.

tak jauh beza pun dengan tempat kita..kan...

Masjid Raya Bukittinggi
..bersambung lah pulak

Friday, February 24, 2012

[ South Korea 5: Bulguksa Temple, Gyeongju ]

sebabkan aku pesen hapdet ikut suka hati perut sendiri.. [hahahaha] jadi hari ni kita patah balik ke Gyeongju. ;p pada sesape yang rajin..boleh baca PART 3 untuk lebih pemahaman. *pose cikgu sekolah*

dari Anapji Pond, kami terus ke Bulguksa Temple. antara tempat wajib datang kalau korang ke Gyeongju.

Bulguksa Temple ni adalah disenaraikan sebagai salah satu World Cultural Asset oleh UNESCO. jadi kalau rasa-rasa nak menghayati keunikan dan kekaguman senibinanya..boleh la masukkan tempat ni dalam list korang. kalau ada banyak masa lah. sebab Gyeongju ni..jarak perjalanan dari Seoul via bus..dalam 4jam.


Direction:
From Gyeongju Intercity Bus Terminal / Train Station / Anapji Pond, take bus no: 10 or 11 to Bulguksa Temple.

Fare: 1,500 won

jangan risau sesat ke ape..sebab bus ni memang akan berhenti dekat kaki bukit ke Bulguksa Temple tu..

Admission Fees 
Adults (ages over 19): 4,000 won
Youths (ages 13-18): 3,000 won / Group 2,500 won
Children (ages 7-12): 2,000 won / Group 1,500 won
Children (ages under 7): Individual Free / Group 1,000 won

Operating Hours:
07:00 a.m - 18:00 p.m

Parking Facilities Available * Parking Fees - small 1,000 won / large 2,000 won

for more info, boleh ke sini 

di sebabkan Bulguksa Temple ni terletak atas kawasan berbukit..jadi jalan nak ke main entrance memang mendaki sikit banyakkkkk. di syaki korang akan berhenti sedut nafas dulu dipertengahan jalan. kakakaka

masuk saja.. jumpa kolam..
di larang mandi manda mahu pun buat aksi berkemban basuh baju!

orang dah nak balik..kami baru nak sampai. oh..

sebenarnya aku nak snap gambar pakwe k-pop ni jek
buleh tahan kacak.. aummm!


dah namanya atas bukit/gunung kan.. harusla mendaki yuolls..

2 makhluk gigih..kakakaka

Bulguksa Temple ni banyak section.. 
sebabkan masa tak cukup untuk jelajah semua 
 jadi kami tuju 1 tempat je la

view dari luar
wa tak tau nak letak caption apa. kakaka 
 suka hati kome la nak letak caption apa

motip gambor?
 tak de..

gayat juge kalau renung lama-lama.. 
buleh mari rasa semut-semut dekat kaki

masa ni dalam 5.30 petang. Korea adalah awal 1 jam dari Malaysia
jadi 5.30pm tu dah macam 6.30pm dah

sekali lagi... 
 letak la caption korang sendirik..

sekiranya ada wish yang korang nak tulis..boleh tulis atas atap ni.
 berapa duit sekepim tak tau la pulak..
sebab masa kitaorg turun kedai dah tutup..
 berdekatan dengan Bulguksa Temple ni..ade Seokguram Grotto. tapi sebabkan nak kejar bas ke Busan..kami tak pergi.  info boleh rujuk sini.

sebenarnya..ade satu peristawa bangang terjadi masa kami tengah turun dari Bulguksa Temple ni..
dekat tangga yang last..kami jumpa dengan satu pasangan ahjumma & ahjussi,
diaorang baru lepas tutup gerai kat tepi tu.. ahjumma tu ada anjing kecik..
bukan main hyper lagi anjing tu..comel la jugak..

wa tengok anjing tu..

anjing tu tengok wa

wa tengok anjing tu lagi

tetiba...

bedebupppp!!!

wa cium tanah. cilakak... macam mana wa buleh tak perasan anak tangga last tu.. tak memasal wa sujud menyembah bumii.. deng!!  hanjeng kan?!

reaksi ahjumma tu?? priceless... kakakaka

Friday, February 17, 2012

[ South Korea 4: Autumn in Nami Island ]

statue of lovers, Nami Island
♪♫ Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti - Hazami - Sonata Musim Salju ♪♪♫

wahh gitu. ambik feel katanya.  walaupun lagu musim salji..tapi peduli hapa..ye dak..
sebenornya aku nak menghabiskan entry South Korea nih
tapi sebabkan aku malas nak buat pesen kronologi...
aku buat pesen suka hati perut sendiri jek la ye... ;p

Nami Island ni terletak dekat Bangha-ri, Namsan-myeon, Chuncheon-si. sebenarnya bukanlah pulau yang macam perhentian/pangkor,sipadan tu...tapi terbentuk dari Bukhangan River. Nami Island ni jadi femes selepas cerita Winter Sonata. macam love island la lebih kurang.

Direction to Nami Island

From Hongik Uni. station – transfer at City Hall Line 1 – Cheongyanni Station
From Cheongyanni Subway Station to Cheongyanni Train station to Gapyeong Train Station
From Gapyeong station take taxi to Nami Island jetty

Cost:
Subway 1100 won x 2 = 2200 won
Train 3,500 won x 2 = 7000 won
Taxi 4,000 won x 2 = 8000 won
Ferry 8,000 won [harga setakat bulan December 2011, harga terbaru..wa tak tau]
Bicycle rental : 3,000-5,000won per 30 minutes [for those yang nak berkayuh² lah]

Tips: Go early in the morning to Nami Island because need to take an hour and a half train to Gapyeong Station.

ni wa kopipes dari wa punya itin. sebab tu dari Hongik Uni. Station..sebab hostel kami just 5 minit jalan kaki dari Hongik Uni. Station nih. tak kisah la dari mana² station pun..janji menghala ke Cheongyanni Station. kalau menghala ke lain..wa tak tau la kome sampai pulau mana. kakaka

tapi sila jangan kompius antara Cheongyanni Subway Station dengan Cheongyanni Train Station

ni adalah exit Cheongyanni Subway Station

ni adelah Cheongyanni Train Station
bersebelahan je dengan Cheongyanni Subway Station kat atas tu

untuk memudahkan korang plan perjalanan korang.. boleh petik sini..
 

pemandangan sepanjang jalan ke Gapyeong Station..
Entry Visa katanya...untuk foreigner ade diskaun spesel...
pintu gerbang menghala ke tempat feri.
 jangan tanya kenapa gambau tu senget...
 art of gambau nama dia.. kakaka
ni la rupa paras feri terbabit.
 perjalanan ambik masa 5 minit jek kot..ke 10 minit..
ah..lebih kurang lah tu..
selamat datang ke Nami Island~~
*sambil pose gadis penyambut tetamu*

salah sekor menatam yang boleh dijumpai kat sana..
burung unta pun ada ok!



spesis carnation kan..kan...
maaf le..wa buta huruf sikit kalau spesis bunga nih
GadisBunga mesti tau..ekeke

Winter Sonata Photo Gallery
Kang Jung Sang...katenyeeee..
Kang Jung Sang katanyeeeee...
hero idaman malaya korang dulu kann
 hahaha

the famous Metasequoia Road
since its still early of autumn..
daun² masih hijau..
keciwa di situ ye..
caption sama seperti di atas. LOL.

L♥ve Lane...

wa dah tatau nak letak caption apa..
motip gambau tidak dikenal pasti
tapi bila tengok gambau ni wa rasa macam lonely jek perasaan
 #foreveralone??
choiii

Autumn in my heart.. giteww...

kan wa dah kabor..pulau ni banyak spesis menatam....

love is in the air~~♥

안녕!!

p/s: ade rasa nak muntah nengok gambor? aku ade.. kakakaka

update: lupe pulak nak kabor...dah sampai sini..jangan lupa cuba "soft ice"..mcm ice cream tapi rupa paras sama macam tutti frutti tu..cume tak de topping la kan. cost cuma dalam 2000-3000won. ada perisa coklat, vanilla, green tea pun adee..

dan lagi..dekat Nami island ni..ade satu kedai makanan halal. sebelah je dengan winter sonata punya photo gallery tu... harus la cuba smallwillow basket [nasi+fried kimchi+telur mata] sebelum makan kena goncang , dengan kimchijeon [kimchi pancakes]