Translate

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

[ info untuk trip pekanbaru-bukittinggi ]

sebenarnya..kalau nak ke Bukittinggi..adalah lebih dekat kalau melalui Padang. lebih kurang dalam 2 jam je perjalanan. tapi kalau korang tetiba teringin rasa nak jadi gila,sewel dan suka duduk lama-lama dalam van macam aku dengan koq.. boleh la ikut route Pekanbaru - Bukittinggi. hahaha

untuk ke Bukittinggi:

dari airport boleh terus ke

Indah Travel
Jln. Pangeran Hidayat
No. 2 Pekanbaru
Tel: +6276145881
Tiket: IDR130,000 (+- RM43.00)

atau dari Terminal AKAP

C.V PO Harmoni
Tiket: IDR150,000 (+- RM50.00)

atauuuu.. untuk harga yang lebih murah.. boleh contact brader ni. kalau korang dah sampai ke Bukittinggi tapi nak jenjalan ke kawasan² berhampiran.. boleh juga contact dia. pandai2 la nego harga.


Ajoi Travel
Tel: 081267414412
       085271874512

kitaorang pergi dan balik ke Bukittinggi..dengan brader ni la. orang dia baik dan boleh kata jujur. dia yang banyak tolong kitaorang..contohnya masa dekat Pekanbaru..sebabkan kami takde tempat tujuan hotel nak ke mana..brader ni yang tolong carikan hotel sampai jumpa. murah pulak tu.

konsep dia adelah hantar sampai ke depan pintu rumah/hotel. jadi kalau tatau kat mana tempat yang nak pergi tu..jangan risau..brader ni akan cari sampai jumpa jugak..dan make sure korang selamat kat situ..baru dia pergi.

pembelian poskad di Bukittinggi
ada satu kedai sebelah dengan Hotel Yani, old skul gila kedai dia.. poskad pun pesen zaman tok kadok.. tp bulehla dari takda. sekepim IDR4000

untuk ke pejabat pos
naik angkot no 03, harga IDR2000

Cafe internet
adelah bersepah ye.. rate dalam IDR2,500-3000/jam

Money changer
kot kome soping sampai bankrup..nak tukar duit.. boleh tukar dekat toko-toko mas atau travel agencies
ada banyak kat area situ. cuma tak tau la rate nye berapa.

Sewa Motor
kot la kan..rasa nak merempit.. ada satu kedai sebelah dengan RaunSumatra.. hala ke Hotel Yani.. rate tatau.. sebab tak tanya pun

Pekanbaru

Kami stay dekat satu hotel murah.. nama KOST INDAH. sebelah dengan IBIS Hotel [I.B.I.S tau.. bukan IBLIS..].. dari luar nampak macam crappy, scary hotel.. tp sebenarnya..agak selesa. murah pun ye.. IDR110,000 jek semalam (+-RM36.00) untuk standard room. cuma kena tinggalkan passport korang dekat kaunter reception. nak pastikan korang bukan perompak, perogol bersiri gamaknye.. tapi aku bab² tinggal passport ni memang tak senang duduk sket. jadi malam tu bila keluar.. aku mintak balik dengan alasan "takut ape-ape jadi nanti.. sebab tak de pengenalan diri" ;p
rupa paras standard room Indah Kost

Wednesday, March 14, 2012

[ Sinetron Ep. 3: CouchSurfing Friends ]

orang kabor..jauh berjalan..luas pemandangan.. berkawan tu biar seribu.. berkasih biar satu.. katanyaaa [kekasih yang paling agung, Allah s.w.t..ye dak]

jadi masa dekat Pekanbaru, aku ambik kesempatan yang ada untuk jumpa dengan couchsurfing (CS) members yang ada dekat sana. menambah kawan baru..ape salahnye..kan.. sedikit info pasal CS ni...A volunteer-based worldwide network connecting travelers with members of local communities, who offer free accommodation and/or advice. boleh ke website diaorg dan register as a member untuk lebih pemahaman. but you  must remember...free accommodation bukan bermaksud korang boleh ambik kesempatan untuk atas nama "penginapan percuma" tu ye..it's a BIG NO-NO!! .it's about participating in creating a better world..and respect to each other.

ye lah..dah tumpang rumah orang..free pulak tu..takkan lah nak buat suka hati perut kita pulak kan? lebih baik pergi cari hostel/hotel whatever...nak buat apa pun orang tak marah..haha

jadi..pada kaki-kaki jalan...ni adelah salah satu option terbaik untuk korang. aku rasa banyak web² yang macam ni..tapi dari segi pengalaman aku yang alahai baru sesudu nih..[kalau Fatt aku rasa dah seperiuk dah pengalaman dia kakakaka peace no war!! ^^V] alhamdulillah..this is the best!

dekat website ni, kita akan jumpa ramai awesome travelers..dan sekiranya ada kemusykilan atau perlukan info tempat korang yang nak pergi tu..just joint the group and post your Q dekat forum. sure ade yang reply punya. pesen tak segan membantu dan tak lokek ilmu.

jadi malam last kami di Sumatera Barat ni.. aku dengan koq join gathering yang diaorang buat. mula-mula rasa macam cuak sikit lah. ai kan pemalu. hew hew hew.. tapi bila dah kenal.. hah! macam gaya sahabat lama. kena pulak satu kepala..ape lagi.. pizza hut tu..kami yang punyaaaa!

makwe-makwe madu tu bukan dari CS, diaorang dari Backpackers..tapi tak kisah la ape group pun..tujuannya sama jugak..ye dak.. boleh di katakan group ni memang aktif..ada saja program diaorang kalau wiken. jadi kalau sesape ke Pekanbaru.. boleh la contact diaorang nih. serius... memang fun gila malam tu.

dari si baju biru: Kurniawan, Jully, Ati, Kiki, Devi, Koq, -abaikanmahklukni-, Romelo, Andry

macam biasa..buat tempat orang lain macam rumah sendirik..kakaka lepas menyekik..ape lagi...karok yukk!
pusat hiburan keluarga ni..rupanya Inul yang punyaaa..
tapi takde adengan gelek gerudi yek..harap maklum!

tengah tunggu turn untuk karok
 gila canggih pusat karoke diaorang ni...
malam tu..semua lagu layan.. paling tak buleh blah..
tetibe pandai nyanyi lagu Batak.. hebat kan?! - -;

dari kiri: Romelo @ Kuraza Takada, Andry, Agung, Kurniawan
nak berkenalan?? sila isi borang dekat kaunter depan yek

sambil makan.sambil snap gambar. almaklum.. memasing kat photolergic.. pantang sua camera.. kakaka
Rico Chandra
jumpa dia dengan abg Joel [ehem!] masa hari last..sebelum balik ke KL
dia bawak kami round satu Pekanbaru..
buleh jadi duta dia nih..kakaka
and thanks belanje batagor yang super sedap tu.. teringat-ingat sampai sekarang! peh..
untuk semua-semua orang ni..terima kasih atas pengalaman yang best gila! jumpa lagi bulan 5 nanti...kan.. hahaha

p/s: dalam apa pun yang korang buat.. keyword dia satu jek.. berhati-hati. untuk CS nih..kalau korang rasa ragu-ragu..baca lah dengan teliti dia punya profile, baca reference yang ditinggalkan oleh other members. respect each other and be nice to peeps... kalau kita baik dengan orang..orang baik dengan kita.. kan.. ^^

Monday, March 12, 2012

[ Sinetron Ep. 2: Bukittinggi, West Sumatra ]

dah selamat sampai ke Bukittinggi, kami terus cari hotel. sesuai dengan konsep redah dan terjah ikut suka hati perut, sebarang urusan booking hotel ape pun kami tak buat. main gamble saja. lagipun kami yakin..kami bukan pergi masa hujung minggu..sure hotel tak penuh punya..lagipun banyak hotel-hotel dekat area sini.. ok..gila punya hypothesis. sila jangan ikut perangai kami ye.. sila plan perjalanan anda dengan baik.

kami pilih untuk menginap dekat hotel dahlia. aku tau pasal hotel ni dari Zilla hehe thanks Zilla ;p
Hotel Dahlia ni terletak dekat Jalan Ahmad Yani 106. lokasi dia memang dekat dengan Jam Gadang..jalan kaki dalam 10 minit saja. selain ni..ada banyak budget dekat area ni.. tak jauh dari sini..ada jugak Hotel Yani.

Hotel Dahlia..nanti wa nak buat Hotel Kekwa pulak..

siyes..terasa seperti di rumah.

ruang hall dekat luar bilik. 
buleh lepak sesedap rasa layan perasaan

mungkin nak jadikan rezeki..kami mintak bilik deluxe..tapi dah penuh...disebabkan tu..owner offer bilik superior dengan harga deluxe. syukur alhamdulillah!! sapa nak bagi kan? kira dalam 60hengget seorang untuk 2 malam. kami tak peduli lagi dah pasal harga..janji dapat betulkan balik tulang belulang yang remuk-remuk ni..lagipun owner dia suwit and ramah. ade iras macam orang jepun sikit-sikit.

direction ke Pasar Atas/Jam Gadang dari Hotel Dahlia:
keluar dari hotel terus ke kiri. jalan terus sampai jumpa ada satu roundabout kecik. kalau perasan..ada 1 tangga menghala ke atas..arah ke Kebun Binatang (Zoo)..kalau rasa nak tengok hewan..buleh la memanjat tangga kaler hijau tu. kalau tak nak..terus lagi berjalan..sampai jumpa tangga ke  dua. naik tangga..terus ke arah Pasar Atas.

sebelah ni kalau..belah atas sana..ada Fort De Kock

view dari tingkat 3. depan bilik.

Parabola di mana-mana
kalau yang risau bab makan...dekat area hotel ni..bila malam..dia auto tukar jadi macam pasar malam. ada banyak menu buleh pilih. dan kalau dah mari ke sini..wajib cuba Nasi Kapau. tapi kami tak cuba pun..sebabnya dengan jadual makan pesen berterabur..takut nak makan nasik² gaya gini. risau perut terkejut dengan heavy meals. tapi malam last tu..kami sempat makan nasi ayam penyet. yo la..rugi kan kalau tak rasa yang original punya. pehh..sedap betei! kena pulak dengan teh botol.. memang tak heran dah kalau mak mentua duduk sebelah pun.

kesedapan  terlampau. bercucuran peluh makan sambal dia..

masa ni tersilap jalan.
 patut ke kiri untuk ke Jam Gadang.
depan tu hotel The Hills..kot

Jam Gadang!!
sekitar kawasan ni banyak maskot-maskot berkeliaran..
sekali bergambar bayaran dia Rp5000


Mount Merapi, the legend.

rasa macam pemandangan dengan Dato' Keramat,KL pulak

lagi-lagi Jam Gadang.

inilah dia sorga membeli belah untuk kaum hawa 
kawasan dia sama sejibik macam Pasar Payang, takpun Pasar Siti Khadijah 
banyak gila kain pasang, telekung dekat sini.. 
kain pasang semeter harga dalam Rp40,000 keatas..ikut kualiti 
kalau kain batik sarung pulak..harga dari RP45,000-Rp75,000 sehelai ikut kualiti jugak 
kain sutera sulam kalau..sepasang paling cikai Rp345,000 *pensan*

kudaaaaaa! nak pergi ambik gambau dekat2 takut.. 
 takut kena charge..kakaka

ada satu mall agak besar lah jugak. 
 nama dia Ramayana kalau tak silap

ni lah dia kejuruteraan Minang oram kabor..

gerai-gerai jual souvenir segala macam..
rimau pesen jinak. tak makan orang.

tak jauh beza pun dengan tempat kita..kan...

Masjid Raya Bukittinggi
..bersambung lah pulak

Friday, February 24, 2012

[ South Korea 5: Bulguksa Temple, Gyeongju ]

sebabkan aku pesen hapdet ikut suka hati perut sendiri.. [hahahaha] jadi hari ni kita patah balik ke Gyeongju. ;p pada sesape yang rajin..boleh baca PART 3 untuk lebih pemahaman. *pose cikgu sekolah*

dari Anapji Pond, kami terus ke Bulguksa Temple. antara tempat wajib datang kalau korang ke Gyeongju.

Bulguksa Temple ni adalah disenaraikan sebagai salah satu World Cultural Asset oleh UNESCO. jadi kalau rasa-rasa nak menghayati keunikan dan kekaguman senibinanya..boleh la masukkan tempat ni dalam list korang. kalau ada banyak masa lah. sebab Gyeongju ni..jarak perjalanan dari Seoul via bus..dalam 4jam.


Direction:
From Gyeongju Intercity Bus Terminal / Train Station / Anapji Pond, take bus no: 10 or 11 to Bulguksa Temple.

Fare: 1,500 won

jangan risau sesat ke ape..sebab bus ni memang akan berhenti dekat kaki bukit ke Bulguksa Temple tu..

Admission Fees 
Adults (ages over 19): 4,000 won
Youths (ages 13-18): 3,000 won / Group 2,500 won
Children (ages 7-12): 2,000 won / Group 1,500 won
Children (ages under 7): Individual Free / Group 1,000 won

Operating Hours:
07:00 a.m - 18:00 p.m

Parking Facilities Available * Parking Fees - small 1,000 won / large 2,000 won

for more info, boleh ke sini 

di sebabkan Bulguksa Temple ni terletak atas kawasan berbukit..jadi jalan nak ke main entrance memang mendaki sikit banyakkkkk. di syaki korang akan berhenti sedut nafas dulu dipertengahan jalan. kakakaka

masuk saja.. jumpa kolam..
di larang mandi manda mahu pun buat aksi berkemban basuh baju!

orang dah nak balik..kami baru nak sampai. oh..

sebenarnya aku nak snap gambar pakwe k-pop ni jek
buleh tahan kacak.. aummm!


dah namanya atas bukit/gunung kan.. harusla mendaki yuolls..

2 makhluk gigih..kakakaka

Bulguksa Temple ni banyak section.. 
sebabkan masa tak cukup untuk jelajah semua 
 jadi kami tuju 1 tempat je la

view dari luar
wa tak tau nak letak caption apa. kakaka 
 suka hati kome la nak letak caption apa

motip gambor?
 tak de..

gayat juge kalau renung lama-lama.. 
buleh mari rasa semut-semut dekat kaki

masa ni dalam 5.30 petang. Korea adalah awal 1 jam dari Malaysia
jadi 5.30pm tu dah macam 6.30pm dah

sekali lagi... 
 letak la caption korang sendirik..

sekiranya ada wish yang korang nak tulis..boleh tulis atas atap ni.
 berapa duit sekepim tak tau la pulak..
sebab masa kitaorg turun kedai dah tutup..
 berdekatan dengan Bulguksa Temple ni..ade Seokguram Grotto. tapi sebabkan nak kejar bas ke Busan..kami tak pergi.  info boleh rujuk sini.

sebenarnya..ade satu peristawa bangang terjadi masa kami tengah turun dari Bulguksa Temple ni..
dekat tangga yang last..kami jumpa dengan satu pasangan ahjumma & ahjussi,
diaorang baru lepas tutup gerai kat tepi tu.. ahjumma tu ada anjing kecik..
bukan main hyper lagi anjing tu..comel la jugak..

wa tengok anjing tu..

anjing tu tengok wa

wa tengok anjing tu lagi

tetiba...

bedebupppp!!!

wa cium tanah. cilakak... macam mana wa buleh tak perasan anak tangga last tu.. tak memasal wa sujud menyembah bumii.. deng!!  hanjeng kan?!

reaksi ahjumma tu?? priceless... kakakaka

Friday, February 17, 2012

[ South Korea 4: Autumn in Nami Island ]

statue of lovers, Nami Island
♪♫ Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti - Hazami - Sonata Musim Salju ♪♪♫

wahh gitu. ambik feel katanya.  walaupun lagu musim salji..tapi peduli hapa..ye dak..
sebenornya aku nak menghabiskan entry South Korea nih
tapi sebabkan aku malas nak buat pesen kronologi...
aku buat pesen suka hati perut sendiri jek la ye... ;p

Nami Island ni terletak dekat Bangha-ri, Namsan-myeon, Chuncheon-si. sebenarnya bukanlah pulau yang macam perhentian/pangkor,sipadan tu...tapi terbentuk dari Bukhangan River. Nami Island ni jadi femes selepas cerita Winter Sonata. macam love island la lebih kurang.

Direction to Nami Island

From Hongik Uni. station – transfer at City Hall Line 1 – Cheongyanni Station
From Cheongyanni Subway Station to Cheongyanni Train station to Gapyeong Train Station
From Gapyeong station take taxi to Nami Island jetty

Cost:
Subway 1100 won x 2 = 2200 won
Train 3,500 won x 2 = 7000 won
Taxi 4,000 won x 2 = 8000 won
Ferry 8,000 won [harga setakat bulan December 2011, harga terbaru..wa tak tau]
Bicycle rental : 3,000-5,000won per 30 minutes [for those yang nak berkayuh² lah]

Tips: Go early in the morning to Nami Island because need to take an hour and a half train to Gapyeong Station.

ni wa kopipes dari wa punya itin. sebab tu dari Hongik Uni. Station..sebab hostel kami just 5 minit jalan kaki dari Hongik Uni. Station nih. tak kisah la dari mana² station pun..janji menghala ke Cheongyanni Station. kalau menghala ke lain..wa tak tau la kome sampai pulau mana. kakaka

tapi sila jangan kompius antara Cheongyanni Subway Station dengan Cheongyanni Train Station

ni adalah exit Cheongyanni Subway Station

ni adelah Cheongyanni Train Station
bersebelahan je dengan Cheongyanni Subway Station kat atas tu

untuk memudahkan korang plan perjalanan korang.. boleh petik sini..
 

pemandangan sepanjang jalan ke Gapyeong Station..
Entry Visa katanya...untuk foreigner ade diskaun spesel...
pintu gerbang menghala ke tempat feri.
 jangan tanya kenapa gambau tu senget...
 art of gambau nama dia.. kakaka
ni la rupa paras feri terbabit.
 perjalanan ambik masa 5 minit jek kot..ke 10 minit..
ah..lebih kurang lah tu..
selamat datang ke Nami Island~~
*sambil pose gadis penyambut tetamu*

salah sekor menatam yang boleh dijumpai kat sana..
burung unta pun ada ok!



spesis carnation kan..kan...
maaf le..wa buta huruf sikit kalau spesis bunga nih
GadisBunga mesti tau..ekeke

Winter Sonata Photo Gallery
Kang Jung Sang...katenyeeee..
Kang Jung Sang katanyeeeee...
hero idaman malaya korang dulu kann
 hahaha

the famous Metasequoia Road
since its still early of autumn..
daun² masih hijau..
keciwa di situ ye..
caption sama seperti di atas. LOL.

L♥ve Lane...

wa dah tatau nak letak caption apa..
motip gambau tidak dikenal pasti
tapi bila tengok gambau ni wa rasa macam lonely jek perasaan
 #foreveralone??
choiii

Autumn in my heart.. giteww...

kan wa dah kabor..pulau ni banyak spesis menatam....

love is in the air~~♥

안녕!!

p/s: ade rasa nak muntah nengok gambor? aku ade.. kakakaka

update: lupe pulak nak kabor...dah sampai sini..jangan lupa cuba "soft ice"..mcm ice cream tapi rupa paras sama macam tutti frutti tu..cume tak de topping la kan. cost cuma dalam 2000-3000won. ada perisa coklat, vanilla, green tea pun adee..

dan lagi..dekat Nami island ni..ade satu kedai makanan halal. sebelah je dengan winter sonata punya photo gallery tu... harus la cuba smallwillow basket [nasi+fried kimchi+telur mata] sebelum makan kena goncang , dengan kimchijeon [kimchi pancakes]