Translate

Showing posts with label bukittinggi. Show all posts
Showing posts with label bukittinggi. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

[ info untuk trip pekanbaru-bukittinggi ]

sebenarnya..kalau nak ke Bukittinggi..adalah lebih dekat kalau melalui Padang. lebih kurang dalam 2 jam je perjalanan. tapi kalau korang tetiba teringin rasa nak jadi gila,sewel dan suka duduk lama-lama dalam van macam aku dengan koq.. boleh la ikut route Pekanbaru - Bukittinggi. hahaha

untuk ke Bukittinggi:

dari airport boleh terus ke

Indah Travel
Jln. Pangeran Hidayat
No. 2 Pekanbaru
Tel: +6276145881
Tiket: IDR130,000 (+- RM43.00)

atau dari Terminal AKAP

C.V PO Harmoni
Tiket: IDR150,000 (+- RM50.00)

atauuuu.. untuk harga yang lebih murah.. boleh contact brader ni. kalau korang dah sampai ke Bukittinggi tapi nak jenjalan ke kawasan² berhampiran.. boleh juga contact dia. pandai2 la nego harga.


Ajoi Travel
Tel: 081267414412
       085271874512

kitaorang pergi dan balik ke Bukittinggi..dengan brader ni la. orang dia baik dan boleh kata jujur. dia yang banyak tolong kitaorang..contohnya masa dekat Pekanbaru..sebabkan kami takde tempat tujuan hotel nak ke mana..brader ni yang tolong carikan hotel sampai jumpa. murah pulak tu.

konsep dia adelah hantar sampai ke depan pintu rumah/hotel. jadi kalau tatau kat mana tempat yang nak pergi tu..jangan risau..brader ni akan cari sampai jumpa jugak..dan make sure korang selamat kat situ..baru dia pergi.

pembelian poskad di Bukittinggi
ada satu kedai sebelah dengan Hotel Yani, old skul gila kedai dia.. poskad pun pesen zaman tok kadok.. tp bulehla dari takda. sekepim IDR4000

untuk ke pejabat pos
naik angkot no 03, harga IDR2000

Cafe internet
adelah bersepah ye.. rate dalam IDR2,500-3000/jam

Money changer
kot kome soping sampai bankrup..nak tukar duit.. boleh tukar dekat toko-toko mas atau travel agencies
ada banyak kat area situ. cuma tak tau la rate nye berapa.

Sewa Motor
kot la kan..rasa nak merempit.. ada satu kedai sebelah dengan RaunSumatra.. hala ke Hotel Yani.. rate tatau.. sebab tak tanya pun

Pekanbaru

Kami stay dekat satu hotel murah.. nama KOST INDAH. sebelah dengan IBIS Hotel [I.B.I.S tau.. bukan IBLIS..].. dari luar nampak macam crappy, scary hotel.. tp sebenarnya..agak selesa. murah pun ye.. IDR110,000 jek semalam (+-RM36.00) untuk standard room. cuma kena tinggalkan passport korang dekat kaunter reception. nak pastikan korang bukan perompak, perogol bersiri gamaknye.. tapi aku bab² tinggal passport ni memang tak senang duduk sket. jadi malam tu bila keluar.. aku mintak balik dengan alasan "takut ape-ape jadi nanti.. sebab tak de pengenalan diri" ;p
rupa paras standard room Indah Kost

Monday, March 12, 2012

[ Sinetron Ep. 2: Bukittinggi, West Sumatra ]

dah selamat sampai ke Bukittinggi, kami terus cari hotel. sesuai dengan konsep redah dan terjah ikut suka hati perut, sebarang urusan booking hotel ape pun kami tak buat. main gamble saja. lagipun kami yakin..kami bukan pergi masa hujung minggu..sure hotel tak penuh punya..lagipun banyak hotel-hotel dekat area sini.. ok..gila punya hypothesis. sila jangan ikut perangai kami ye.. sila plan perjalanan anda dengan baik.

kami pilih untuk menginap dekat hotel dahlia. aku tau pasal hotel ni dari Zilla hehe thanks Zilla ;p
Hotel Dahlia ni terletak dekat Jalan Ahmad Yani 106. lokasi dia memang dekat dengan Jam Gadang..jalan kaki dalam 10 minit saja. selain ni..ada banyak budget dekat area ni.. tak jauh dari sini..ada jugak Hotel Yani.

Hotel Dahlia..nanti wa nak buat Hotel Kekwa pulak..

siyes..terasa seperti di rumah.

ruang hall dekat luar bilik. 
buleh lepak sesedap rasa layan perasaan

mungkin nak jadikan rezeki..kami mintak bilik deluxe..tapi dah penuh...disebabkan tu..owner offer bilik superior dengan harga deluxe. syukur alhamdulillah!! sapa nak bagi kan? kira dalam 60hengget seorang untuk 2 malam. kami tak peduli lagi dah pasal harga..janji dapat betulkan balik tulang belulang yang remuk-remuk ni..lagipun owner dia suwit and ramah. ade iras macam orang jepun sikit-sikit.

direction ke Pasar Atas/Jam Gadang dari Hotel Dahlia:
keluar dari hotel terus ke kiri. jalan terus sampai jumpa ada satu roundabout kecik. kalau perasan..ada 1 tangga menghala ke atas..arah ke Kebun Binatang (Zoo)..kalau rasa nak tengok hewan..buleh la memanjat tangga kaler hijau tu. kalau tak nak..terus lagi berjalan..sampai jumpa tangga ke  dua. naik tangga..terus ke arah Pasar Atas.

sebelah ni kalau..belah atas sana..ada Fort De Kock

view dari tingkat 3. depan bilik.

Parabola di mana-mana
kalau yang risau bab makan...dekat area hotel ni..bila malam..dia auto tukar jadi macam pasar malam. ada banyak menu buleh pilih. dan kalau dah mari ke sini..wajib cuba Nasi Kapau. tapi kami tak cuba pun..sebabnya dengan jadual makan pesen berterabur..takut nak makan nasik² gaya gini. risau perut terkejut dengan heavy meals. tapi malam last tu..kami sempat makan nasi ayam penyet. yo la..rugi kan kalau tak rasa yang original punya. pehh..sedap betei! kena pulak dengan teh botol.. memang tak heran dah kalau mak mentua duduk sebelah pun.

kesedapan  terlampau. bercucuran peluh makan sambal dia..

masa ni tersilap jalan.
 patut ke kiri untuk ke Jam Gadang.
depan tu hotel The Hills..kot

Jam Gadang!!
sekitar kawasan ni banyak maskot-maskot berkeliaran..
sekali bergambar bayaran dia Rp5000


Mount Merapi, the legend.

rasa macam pemandangan dengan Dato' Keramat,KL pulak

lagi-lagi Jam Gadang.

inilah dia sorga membeli belah untuk kaum hawa 
kawasan dia sama sejibik macam Pasar Payang, takpun Pasar Siti Khadijah 
banyak gila kain pasang, telekung dekat sini.. 
kain pasang semeter harga dalam Rp40,000 keatas..ikut kualiti 
kalau kain batik sarung pulak..harga dari RP45,000-Rp75,000 sehelai ikut kualiti jugak 
kain sutera sulam kalau..sepasang paling cikai Rp345,000 *pensan*

kudaaaaaa! nak pergi ambik gambau dekat2 takut.. 
 takut kena charge..kakaka

ada satu mall agak besar lah jugak. 
 nama dia Ramayana kalau tak silap

ni lah dia kejuruteraan Minang oram kabor..

gerai-gerai jual souvenir segala macam..
rimau pesen jinak. tak makan orang.

tak jauh beza pun dengan tempat kita..kan...

Masjid Raya Bukittinggi
..bersambung lah pulak

Thursday, March 08, 2012

[ sinetron ep. 1: Kuala Lumpur - Pekanbaru ]

jauh berjalan..poket pun terbakar
pandai-pandai lah kome petik gambor kasik besor.. ;p

 alhamdulillah...aku dah selamat jejak tanah malaya hari ahad lepas. macam biasa..malas nak menghapdet belog adelah penyakit paling umum. nasib baik aku bukan top blogger. kalau tak..kesian readers tak dapat bace hapdet aku..kannn...gitew *tangan di dada mata ke atas*

sebelum penyakit malas aku jadi lagi teruk dan parah..baik aku siapkan entry ni secara pantas. ;p [simpan entry Korea dalam almari]

di sebabkan flight kami [aku dan KOQ] adalah pada pagi 1 March..jadi kami ambik keputusan untuk over night jek kat LCCT. nanti sape pulak nak hantor aku pagi-pagi buta tu ke sana. lain la kalau aku duduk dekat KL..ye dok..

pagi-pagi pekena kopi..pehh..sorga!
kami sampai dekat Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru atau lebih dikenali dengan Bandaran kalau local...lebih kurang dalam pukul 11 pagi. [Indonesia lewat 1 jam dari Malaysia]. dalam hati.. "macam ni rupanya airport diaorang..simple betei"... tapi tak de pulak aku teringat nak snap² airport tu. hahaha

setelah urusan berkaitan immigration selesai [anda akan di ambil cop jari dan gambar untuk memastikan anda  bukan penjenayah internasional. kakaka ]

untuk keluar dari kawasan airport tu..dari pintu keluar..belok ke kanan..dan jalan terus. untuk ke jalan utama..ada beberapa khidmat pengangkutan. korang boleh pilih..

i) Ojek - merempit naik motor. bayaran dalam Rp1,000-2,000 ..ke Rp10,000?? [kalau tak silap lah..sebab tak berapa dengar sangat berapa harga yang diaorg sebut. lagipun bayaran ikut berapa jauh perjalanan]

ii) Teksi - mungkin Rp10,000.. mungkin. sebab kalau dari town area ke airport..dalam Rp20,000. tapi sila pastikan korang naik teksi yang kaler biru laut.

iii) Bas - ada nampak masuk..tapi menonong jek dia jalan. tak tahu kat mana yang dia berhenti ambik dan turunkan penumpang

haa...option last yang paling best. FREE. korang mesti suka..kan. sebab kitaorang pun pilih option ni jugak. hahaha

iv) Jalan kaki sampai hangit - dari pintu keluar..belok ke kanan...dan jalan lurus saja. akan lalu beberapa tapak construction. jalan sampai ke simpang tiga jalan besar. masa perjalanan lebih kurang 15-20 minit. *berpeluh ketiak*
 
dari simpang tiga jalan besar, nak ke Terminal Bas Payung Sekaki (known as AKAP).. ada 2 cara.. naik angkot dengan bayaran Rp2000 atau naik bas macam kat bawah ni ha..

sumber gambau: Google. wa malas nak petik gambau
tiket bas boleh di beli dekat Kedai Surya 16, bersebelah dengan kedai makan 2 Puteri Bersaudara dengan harga Rp3000. lepas tu sila tunggu dekat bas stand yang macam kotak warna biru, ada tangga dekat tengah-tengah. memang pelik sikit rupa paras bus stand ni.. [dan sekali lagi terimalah dengan redho sikap malas aku nak ketik gambau ;p. tengah hari panas kot.. nak bukak mata pun tak lalu.. bukak baju kalau...lain pulak jadinya  karang kakakaka ]

ni lah rupa paras AKAP tu.. sumber gambau: Google
untuk ke sini...korang kena transit dekat bus stand lain. jangan risau..konduktor akan sebut turun kat mana untuk transit.. dan kalau terlepas jugak..jangan risau.. ade lagi satu tempat transit. cuma tak pasti Kampung Cempedak? Ulu Cempedak? Teluk Cempedak? atau Stesen Cempedak? ah..tak kisah la..Kalau dengor konduktor tu sebut ade bunyi "Cempedak" tu..haa betullah tu.. turun dekat situ dan tunggu bas seterusnya ke AKAP.

sampai ke AKAP..kami dapat pengalaman baru. tetiba kena serbu dengan ulat tiket. kalau boleh replay balik moment tu..dan ade snap gambar..sumpah muka masing² cuak tahap 18ratus ribu! silap hari bulan aku tak mengaku tu aku. Tuhan je yang tahu perasaan memasing masa tu. diaorang sangat extream. beza dengan ulat tiket Malaysia.

solusinya..tolak lah secara berhemah dan sopan santun..lepas tu cepat-cepatlah lari. kalau dekat Malaysia..boleh la kita main geleng kepala, goyang tangan..tapi kalau dekat sana...setiap soalan perlu di jawap. kalau tak..jadi la macam kami..buta jek kena marah walaupun dah cakap "tak apa pak..sebentar ya..nanti". kesian kami.. sobs sobs

kami beli tiket ke Bukittinggi, dengan harga Rp150,000/sehala, untuk van 7 seater. dah sah² kami nih alien..terus kena semelih. tapi nak buat macam mana..redha sajalah. sebab compare dengan harga yang kawan aku beri..beza dalam Rp20,000. pejam mata sajalah..dan tawakal agar tak kena tipu lagi. kalau ikut supir dan orang dekat hotel..katanya harga satu perjalanan dalam Rp80,000 jek. *nanges*

sementara tunggu van..kami kena interview macam-macam dengan orang² dekat terminal. untuk mengelakkan kena kos lagi tinggi..aku dengan koq mengaku sebagai student U. kakaka nasib baik kami ni pesen selekeh jek..tambah aku..pakai selipar jipun jek.. [crocs aku simpan sebab cuaca panas. berpeluh kaki] kalau jenis yang bersiap glemer ala mak datin..memang sakan la kami kena semelih gamaknya.

kami bertolak dari AKAP ke Bukittingi lebih kurang dalam pukul 3 petang. orang tu kata tunggu setengah jam..tapi dekat 2 jam sebenarnya kami tunggu. dah la lapar..penat..panas pulak tu.. dugaan betul.

macam ni la lebih kurang rupa paras van yang kami naik.

Jambatan yang katanya terpanjang di Asia in the making. kami dah sampai duluuuuu... ;p

tak pasti ni keluk berapa... yang aku ingat..keluk 9 jek..

Jalannya...masyaAllah..Subhanallah... astaghfirullaaaahhh... T.T
not for faint-hearted!! tobat aku takkan merempit kat jalan macam ni..
lebih kurang macam RnR lah jugak..
 berhenti beli mineral water jek.. nak makan?? tak beraniii..
 kang mana nak membuang tengah² hutan tu..
rasanya ni dekat Paya Kumbuh. dekat je dengan Bukittinggi.
akhirnyaaaaa..setelah merasa hazab perjalanan lebih kurang 6 jam...badan rasa remuk redam macam kena langgor lori..kami selamat sampai ke Bukittinggi!! *sujud syukur*

sebenarnya gambar-gambar ni adelah semasa perjalanan balik dari Bukittinggi ke Pekanbaru. masa perjalanan pergi..kami busy tido ternganga². kakaka  penat weh...dah la 1 hari suntuk tak mandi. - -;

lagipun perjalanan petang..tak berapa nak menarik sangat view. pukul 6 petang dah gelap gelita dah. tu belum masuk lagi hantar penumpang-penumpang lain...pusing-pusing cari hotel lagi.. kira dekat pukul 10 malam baru la setel semua.


bersambung....