Translate

Wednesday, December 28, 2011

[ soalnya hati ]

kadang² kita sibuk nak orang jaga hati kita..padahal kita selalu² lupa hati orang lain. ada jaga ke? takde kan..meriahnyeuollsss.. gitu la yang namanya manusia.. - status facebook,27/12/2011

mulut manusia ni ibarat kereta tak de break. tak..bukan kereta. treller lebih muatan yang paling tepat. sebabnya..sekali dia buat hal..kesan dia sama buruk macam kena tsunami. yang lebih buruk..tak boleh nak di perbaiki lagi. sebab tu tak sesia ada pepatah "terlajak perahu boleh di undur"..kalau terlajak kata..sila terjun KBMall.

kadang-kadang kita tak perasan..percakapan ataupun perbuatan kita melukakan hati orang lain..ye lah.. rasa macam dah kenal hati budi..dah faham perangai..tapi kita lupa..kita semua ni manusia biasa.. tak lepas dari khilaf. ruang untuk buat silap sentiasa ada. kita bukan sempurna.sempurna tu hanya Dia.

tak berapa hari lagi, 2011 akan berakhir. dah masuk tahun 2012. semua yang berlaku dalam tahun ni akan jadi kenangan. tak kisah la manis ke, payau ke, masin ke, kelat ke..

jadi,

pada pembaca blog nih..aku mohon kemaafan dari hujung bulu mata sampai lah hujung kuku kaki....kalau ada tulisan aku yang menyinggung hati dan perasaan korang. tahun 2012, kita sama-sama cat awan blog dengan kaler pelangi. ok? hutang belanje cendol, yang tu belakang kira.

selamat tahun baru. =)

Tuesday, December 27, 2011

[ kids and me ]

gitu..
tajuk macam buku motivasi parenting.. kahkahkah
aku ada satu masalah..
aku tak suka bunyi bising budak-budak
tau je la kan..budak² kalau bising bukan boleh di sekat²
nak pulak pesen suara yang satu kampung boleh dengar..haaa
jadi..bila terlalu bising aku jadi annoyed
guane tu?

tapi harus di ingat ye...
tak suka bunyi bising budak² bukanlah bermaksud tak suka budak² ye.
lain.

tapi kadang-kadang bukan bising budak² jek yang buat aku naik hangin
bising mak bapak budak pun aku tak boleh tahan
gile..

aku syak sebab aku dah biasa dengan kehidupan yang sunyi, tenang
takde hiruk pikuk..takde bising-bising...jadi sebab tu la kot bila bising je aku jadi tensen
haiihh...

ada cara nak "ubatkan" sakit aku nih?

nah..budak super duper comey... femes budak nih
tak caye try gugel "mason moon'
kehkehkeh

Thursday, December 22, 2011

[ tentang wa dan pen-doodle-an -edisi perahsantan- ]

entah macam mana lah wa buleh terjebak..
ni la doodle wa yang pertama
baru nak beramah mesra dengan mouse kompiter lah kononnya
kaki macam batang mancis!


bila dia dah seronok..dia naik syeikh..
kahkahkahkah
tangan macam ular pun..belasah aje lah..
asal  bulehhh..


antara rekues kawan-kawan yang kita suka..
ni untuk Jenn.. =]
time nih macam dah kacip sikit guna mouse
kahkahkahkah..

rekues dari poyotito's..
nak muka samseng katanya..
kahkahkah..
samseng betei aok nih!


wa taktau..paling banyak part yang wa suka.. adelah MATA
mata ni kan umpama refleksi diri kita
pintu ke hati..cewahh...
gituuuu berfalsampah


rekues dari KERI..
antara karya baru la jugak..
cilakak.. part nak menten muka garang paling susah nak handle
hahaha


bila wa rasa spirit wa down. celaru emosi..
wa akan grab mouse dan lukih
nak lukih pakai pensil memang haram tak reti
dan wa akan buat jadi sesempurna mungkin..pada mata wa lah
dekat mata orang lain wa taktau..mungkin dia rasa jahanam gila..
sebab wa takde bakat macam pen-doodle yang lain..wa melukih secara hentam saja..
tapi wa pedulik hapa..janji wa jadi puas..dan hepi hahahaha
dan hujung-hujung wa mampu tersenyum balik.
ala-ala terapi minda la orang kabor..

korang pulak macam mana?

Wednesday, December 21, 2011

[ ketika pagi menjelma ]

amboi..tajuk nak bunyi drama samarinda saja!

isnin lepas..aku ada exam.. start pagi..jadi makna katanya...seawal 6.20 pagi aku dah gerak dari rumah. walaupun jarak genting-shah alam tu..satu jam saja..tapi kang kalau sangkut dalam jammed...nanges!

pagi tu pulak cuaca bukan main buruk. kabus tebal..sampai jarak penglihatan tak sampai 5 meter.. hazab betul bawak kereta macam tu. mana la tau kan..dok pikir jalan lurus..tetiba dia kona ke kanan. haa..punggah! tapi pagi-pagi tak de kereta sangat..jadi masih ok lagi..harapan nak terlanggar bontot kereta orang lain tu..memang tak ade lah..insyaAllah..

tapi yang jadi masalahnye... dahla gelap gelita..kabus tebal pulak.. bukak radio Panas tu..topik pagi cerita hantu angker seram la pulakkkkk.. brengsek!

kan tak pasal-pasal aku dah drive dalam ketakutan. benci betul. macam takde topik lain si AG tu nak buat..kan.. otak aku ni bukan buleh harap sangat.. bab selangkah ke alam misteri ni..memang laju saja dia pikir yang bukan-bukan. makwe terbang sebelah tingkap..contohnya.. seram kan?

Friday, December 16, 2011

[ she was acting a little crazy after she had too much candy. yup.. no doubt. she must've been sugar high!!]



p/s: esok wa exam. musim exam ni memang perangai jadi tak tentu hala sikit.
sikit jek la pun tapinya. tapi insan tersayang di lupa tidak. eh? =P

Monday, December 12, 2011

[ menuju lurus ke arah kegelapan masa depan dengan level seorang loser paling agung ]


rasa hilang semangat untuk membaca bahan ilmiah adalah perasaan nombor dua paling bangsat selepas kad bank ditelan mesin atm dan dalam beg duit kau cuma ada 2 ringgit.

serius.

minggu depan macam mana nak jawap exam?






p/s: 진짜 열심히 노력했는데, 아무것도 이해를 못하겠어요.어떻게????? T.T 

Friday, December 09, 2011

[ 2 cara senang ke Namdaemun Market, Seoul ]

hehehe setelah menabur janji manis mu di pinggiran batu caves.. baiklah..kali ni aku up entry. mahap ler lama benor baru nak hapdet sambungan trip ke South Korea nih. spirit membelog tak ada. --;

Namdaemun Market ni memang femes dan syorga bagi kaki soping. [kalau tak..takkan aku dengan KOq repeat market nih sampai 2 kali hahaha] sebut saja nak cari apa..insyaAllah.. ada punya. kalau nak pergi ke market ni..di nasihatkan dalam pukul 4 petang ke atas. masa ni banyak gerai dah bukak. konsep macam petaling street la lebih kurang. makin malam makin meriah dan market ni buka sampai pukul 3 pagi.


cara pertama:

tapi mula-mula sekali aku nak bagitau..jalan yang ni agak jauh sikit. walaupun direction bunyi macam dekat.. tapi campur tolak tambah cari jalan.. ehem.. berpeluh jugak ketiak nak sampai. jadi.. jalan ni tak sesuai untuk orang yang malas nak jalan jauh-jauh. especially yang datang dengan family dan kanak-kanak ribena.

ok..nak ke sini..korang boleh turun dekat Myeongdong Station, exit 2. jalan terus sampai jumpa underground pedestrian crossing untuk lintas jalan ke seberang sana.

bila dah lintas jalan..akan nampak situasi ni. ewah..situasi.
teruskan berjalan menghala ke arah City Hall.
nampak bangunan yang macam istana kat hujung sana nun?
itu lah destinasi anda!
perlu jalan kaki sampai nampak bangunan Shinsegae Shopping Complex

pastikan keadaan selamat baru melintas jalan ye adik-adik.
nampak bangunan kaler kelabu tu..? yang tu lah Shinsegae Shopping Complex.
logo dia macam logo INTI College sikit2. yang bentuk star kaler merah tu



bila dah lintas jalan..pastikan korang nampak tanda jalan ni.
kalau nampak.. maknanya.. dah betul lah tu jalan korang
kalau tak nampak..maknanya..sesat!

okeh..kalau tak nampak tanda jalan tu.. jangan risau..
sebab confirm korang akan nampak tanda ni.
sebeso-beso alam terpacak kat situ.
tapi kalau tak nampak juga..sila tukar nama jadi Kasim Selamat haha
so dah nampak landmark nih kan ..tahniah! selamat dah sampai ke destinasi!
selamat membeli belah sampai pengsan!


cara kedua:

cara nih yang paling senang, mudah, ringkas, padat dan di jamin tak sesat. Namdaemun Market ni luas. keluarlah dekat exit berapa pun..mesti jumpa punya. market ni banyak gate. tapi pada aku..ni lah yang paling senang.

sila turun di Hoehyeon Station, Line 4, exit no. 6.

tak jauh pun dari exit no. 6 tu.. ta-daaa! dah jumpa gate no. 4
senang kan? jarak dalam 50m je kot.

jalan ke depan lagi..korang akan jumpa kedai kebab ni
owner dia orang Romania [kalau tak silap]
dah bisnes dekat 3 tahun
eh..motip makan kebab sambil menjoyah sport..kan

kebab ayam
mengenyangkan
makan time lapor memang layan
punya feel sampai nak meleleh air hidung
sebab gatai mintak extra pedas T.T

antara barang-barang yang ada di jual dekat Namdaemun market nih..
macam-macam barang ada.. dari pakaian bawak le ke to-to, selimut bagai
periuk belanga juga di lupa tidak
aku hampir nak beli periuk kecik kaler gold tu.. buat masak megi
tapi sebab tak nak kena gelak dengan imigresen... tak jadi beli!

haaa..liplap liplap habaq kat hang!! benda wajib la bagi kaum pompuan..ye dak
dekat sini memang ada banyak barang-barang aksesori
jangan malu-malu untuk rambang mata
tapi mesti lah nak harga murah kan..
haa... meh ceq nak suggest satu kedai
harga memang murah..dan jangan taktau..
kak rosemah mansoq pun beli kat kedai ni hangpa nak tauuu..

ni lah kedai tu!
dan cari tokey dia..nama Benny [lelaki bercermin mata, agak muda]
cari benda tersembunyi...di manakah Benny? hehehe
hint: jaket jeans
memang harga dia lagi murah dari kedai lain

sebenarnya aku jumpa kedai Benny ni pun secara tak sengaja..
merayau-rayau dalam market tu..sambil cuci mata
Benny nih memang pesen peramah and mesra pelanggan. speaks good English too
kalau korang jumpe lelaki yang ramah tamah melayan korang kat sini
confirm..tu Benny.
so masa tu.. i just try my luck..tanya dia "Benny??". cuak jugak la takut salah kan.. rupanya....
bingo! jackpot! 100 markah untuk aku!
of course lah he was shocked kan.. tetibe jek aku tegur dia
dan aku pun terkejut..tak sangka instinct aku betul.. hehe
then aku pun cakap lah dekat dia..aku dari Malaysia..
and tau pasal kedai dia dari blog Fizzy.. masa aku cari info nak ke Namdaemun market nih..
lepas tu..without asking.. hellooooo...discount bebeh!
sebelum tu memang dah dapat diskaun..ni dapat lagi.. mana aku tak memborong..
so untuk sape-sape yang nak memborong aksesori, jewelries..
kedai si Benny ni adelah highly recommended!

kedai dia berhadapan dengan kedai nih...

dan di bangunan nih.
sila cari... confirm! mesti jumpa punya lah.

sekiranya korang terlebih rajin atau ada tenaga yang berlebihan
boleh la jalan-jalan cuci mata...
dari gate no. 4 / kedai kebab tadi..just jalan straight jek..
sebab akan menghala ke station City Hall
jumpe tempat nih.. maknanya station tu kat depan tu saja

orait.. selamat bersoping pada siapa yang berkenaan! ;p

Wednesday, December 07, 2011

[ Pulau Kapas: Edisi Mencandat Sotong / Squid Jigging ]

Masjid dekat Marang. tumpang solat subuh dan tido. bas campak kami tepi jalan pukul 5.30 pagi kot dan dekat masjid ni la aku terbabas dekat  tempat wudu'. rabak kaki..
tips: kalau mengalami luka-luka berdarah yang agak kecik tu..
sila sapu air lior korang dekat tempat luka.
insyaAllah.. luka tu rapat balik.
alah..  air lior sendiri takkan geli pulak. bukan suruh orang lain ludah.
kalau luka besor..bawak pergi hospital lah.
dekat sini..masa nak lelap-lelap ayam, kami pakat-pakat sorok beg duit dalam baju dan tido terlangkup.
ni tips tido tempat-tempat awam yang tahap keselamatan barang adalah di ragui.
sekian pesanan khidmat masyarakat.

time nih semangat memang menuju puncak. kalau tak sebab sabar dah lama buat terjun tiruk!
biru gila air dia.


ok..dah dekat dah..dah dekat dah dengan jetty. eh..pakwe kacak! phewittt..

resort kami. tepi kubur. dengan tema "berlangkah-langkah ke alam ketakutan".
rate untuk standard room dalam RM130++.

rasa sini belah area Makcik Gemuk Resort. belah timur laut pulau kapas ni. ok tipu.
taktau belah mana. tapi dalam pulau tu jugak lah.
time nih dalam pukul 5. lepas snorkeling 2-3jam..terus gerak ke tengah laut.
squid jigging yawww!

masa ni tengah seronok-seronok layan sunset. tapi lepas tu... hazab!! padan muka masing-masing.
bajet tough macam superman sebab tak makan ubat mabuk laut.

sekali lagi masing-masing jadi sakai sebab dah nak sampai tempat mengorat sotong.
masa ni belum nampak bulan bintang lagi. jaga,..jaga.. 

Pokcik ni memang terer gila. bawak bot pakai kaki. kami semua yang macam nak mati. mabuk laut daaa.. 1 trip / pakej mencandat sotong, roughly dalam RM500 termasuk sewa bot. kami pergi dalam group dekat 8-10 orang. jadi jimat banyak. kalau nak pergi, bulan April / May adalah terbaik.

antara sotong-sotong yang tertipu dengan umpan yang glow dalam laut. bodo jugak sotong nih. tapi di nasihatkan kalau tangan selembut bayi..pakai lah glove. di jamin jari melecet masa buat jigging!
yang sebenarnya.. masa ni masing-masing dah pakat senyap dan muntah. mabuk! ada juga yang histeria sebab ular laut dah macam nak lompat masuk ke dalam bot. skeri doww..

Kebar nampak duyung naik ke pantai! kahkahkah.. untuk kesihatan perut-perut yang kebulur..
jejak je pantai..terus berlumba-lumba cuci sotong 1 peti.
siap budak Lyd nyanyi lagu Hujan pesen cd rosak. repeat dekat part sama jek. LOL!
dan sebab kami ni bijak..sekor pun tak ingat nak bawak lampu camping.
bakor sotong suluh pakai henpon. ahh.. sakai betul.

sotong fresh. manis bukan main. semua tahap kebulur.
kalau ada pakwe/makwe kacak cun gila babas bogel depan mata pun mesti tak ada yang peduli.

balik dari pulau, sewa van 1 bijik..rate dalam RM50 kot sehari. tak ingat.
1 bijik van lagi free, bapak member yang punya.masa ni pusing 1 kuala terengganu.
 siap menyanyi lagu Maal Hijrah. eh motip?
bajet muka cool memasing.
padahal dalam kepala otak masing-masing dah terbayang sata dengan keropok leko.

trip nih masa tahun 2008. pehhh.. seronok tak terkata. rasa nak repeat lagi trip nih!! sapa nak ikut? hehehe

p/s: wa rindu korang woi!

Tuesday, December 06, 2011

[ dapur anda pernah di serang monyet?? ]

ni lah dapur wa..
amecam?
nak rasa macam ni? marilah duduk dekat genting nih...
babi setanirrojim punya monyet!!

Friday, December 02, 2011

[ phuket lalalala ]

sepatutnya besok pagi..wa dah sampai sini.. dan isnin nanti baru balik..

mungkin tengah syok merempit naik nih

jadi dugong duyung di sini


mengorat pakwe kacak di sini jugak dilupa tidak..pheewittt...

dan mungkin ambik gambar gaya gini. [haaa..haa...tengok kat mana tuuu?]


tapi..dek kerana ada official matters yang wa kena handle pagi isnin depan..flight ticket ke sini wa terpaksa burn. rasa....nak nangis? [baca nada iklan shampoo]

sedey ni!!!

Thursday, December 01, 2011

[ kalau wa buat wordless thursday..aci dok? ]



hapdet: kahkahkahkah!! kemanggg!! kenapa la dah petang baru hang perasan tajuk tu.. malu ai taww.. benci! *serkup kepala dengan baldi*

Tuesday, November 29, 2011

[ selamat pagi ]

cuti 3 hari.
kemain sedap bergolek atas katil sampai tengah hari.
bila hari kerja..haa...hambek kauuu!!
tak cukup kaki nak lari masuk opis..

haihhh..



p/s: amboi.. kemahen. lame betei tak menghapdet yek. entry Namdaemun Market pun tak naik2 lagi. apetah lagi entry pasal trip S.Korea... ape punye malas daaa...

Monday, November 21, 2011

[ siri kecik hati di hari minggu ]

biasanya wa suka isi air kosong dalam botol. dan letak dekat kitchen bar counter. senang. malas nak guna cawan.

lepas tunggang langgang kemas rumah, haruslah dahaga..ye dok.

sambil mata tengok melodi yang entah-jadah-menda, tangan gagau botol air.. bukak penutup..sua ke mulut.

hoihh!!

sos ciliiiii!!

sejak bila botol air dengan sos cili tukar tempat??

benci!

Thursday, November 17, 2011

[ jawapan bernas untuk soalan: "kenapa masih single?" ]

bosan kan bila ada orang suka sibuk tanya kenapa masih single? bila nak kahwin? macam tak ade soklan lain nak tanya. haihh.. sampai dalam interview pun sibuk nak tanya! joyah sport sangat!

nah..sekarang korang buleh jawap pakai jawapan ni:


"sebenarnya saya ni presiden kelab lelaki/wanita bujang peringkat kebangsaan. sebab tu tak kawen. nak join ke?"




p/s: terima kasih untuk incek yang datang interbiu semalam. u really made my day. kakakaka. jawapan sebenar dia wa terpaksa edit untuk kesesuaian bacaan umum. hahaha ;p

Monday, November 14, 2011

[ Tutorial : how to add reply button to blogger comments ]

ok..sebenarnya aritu Kemang ada tanya pasal hal ni.. so Kemang..this is for you!! sharing is scaryyyyy..hehehe [tajuk kemain omputih.. haha]


♠ memula haruslah ketik DASHBOARD

♠ klik LAYOUT --> EDIT HTML --> tick pada EXPAND WIDGET TEMPLATES

♠ sila tekan Ctrl+F dan cari keyword ini -->

<data:commentPostedByMsg/>

♠ dah jumpa kan keyword tu..jadi selepas keyword tu.. sila pastekan code ni

<a href='http://www.spiceupyourblog.com'><img alt='Best Blogger Tips' src='http://3.bp.blogspot.com/_rKG-ziTSNUQ/TQ5eV0U0EiI/AAAAAAAACik/xo2eFaDbfrE/s1600/best+blogger+tips.png'/></a><span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR-BLOG-ID-HERE&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'><img src='http://1.bp.blogspot.com/_rKG-ziTSNUQ/TMXpHXw481I/AAAAAAAAB54/KzG70HvbrcQ/s1600/Reply+Button+2.gif' style='float:right;' title='Reply To This Comment'/></a></span>

contohnya;

nampak perkataan "YOUR-BLOG-ID-HERE" tu.. haaa yang tu.. sila masukkan blog id korang.. mana nak dapat? yang ni takde jual pakai lungguk ye...

sila refer dekat address bar korang..  copy nombor tu..replacekan ayat "YOUR-BLOG-ID-HERE" dengan nombor tersebut.



kemudian ape lagi.. SAVE ler...

lepas dah save..mestilah nak tengok hasilnya kan... view la blog korang dan


tadaaaa...


selamat mencuba!

Wednesday, November 09, 2011

[ hai. boleh berkenalan? ]

jangan jilat skrin kompiter ye. tak manis di pandang orang. ;p

kakak wa kabor, ni nama dia cow bone curry with bamboo children, atau bahasa sekolah dia, kari tulang lembu dengan rebung madu.

macam mana raya? seronok?

p/s: kembali berhibernasi. minggu depan wa hapdet lagi. kawan2.. mahap sebab tak sempat berjalan-blog, wa tapau semua sekali minggu depan yek!

Tuesday, November 01, 2011

[ bungkus!! ]

esaimen ada 3.
deadline minggu depan.
satu pun haram tak siap lagi.


*kuis² pasir dengan kaki*

kalau blog ni tak berhapdet dekat 2 minggu...ketik lah nuffnang ai tanda rindu..
ewah!

Saturday, October 29, 2011

[ South Korea : Part 3 ]

sambungan dari sini

Amaran dari penulis: entry ni super panjang! sebab penulis malas nak buat banyak siri. lagipun sekarang ni di syaki dia di rasuk spirit membelog!! skeri kan?

bas bergerak tepat pukul 8. ye..itu adalah bukan sesuatu yang menghairankan.. sebab korean ni dikenali dengan punctuality diaorang. perjalanan lebih kurang dalam 4 jam. dah naik bas ape lagi kan.. qada tido yang semalam lah.. barulah sedap nak mimpi-mimpi. tido atas kerusi empuk. tapi tido tak tido sangatlah. kejap-kejap terjaga. layan view sepanjang jalan. cantik bukan main. yang kuning-kuning..padi gamaknya. entah..main teka saja..tapi rupa ada iras-iras lah. di sebabkan belum peak season untuk autumn.. jadi daun-daun masih banyak yang hijau. tapi  tak kisah lah..view dia memang breathtaking.

view sepanjang jalan ke Gyeongju.

seingat aku ada 2 pit stop untuk penumpang turun..dan kami memilih untuk turun dekat pit stop yang terakhir. dekat Concorde Hotel. dari hotel ni, pada sesiapa yang nak terus ke Bulguksa Temple, boleh terus ke bus stand dan tunggu bas no. 10, 11, 101 atau 102. bas ni memang akan bawa direct ke sana dan berhenti betul-betul dekat kaki bukit [?] yang menghala ke Bulguksa Temple. tambang bas cuma 1,500won.

Kami memilih untuk terus ke terminal  bas. untuk setelkan hal tiket ke Busan. sebabnya kami hanya singgah je dekat Gyeongju dan plan bermalam dekat Busan. oh ye..dimana sesuatu yang sangattttt menarik menanti kami dekat sana. hehehe

jadi kami melintas jalan dan menuju ke bus stand yang di sebelah jalan. kebetulan ada public toilet. mula-mula rasa macam skeri jugak nak masuk..ok..korang tahu kan macam mana public toilet dekat malaysia ni? buleh jadi mimpi ngeri jugak kadang-kadang tu. tapi bila masuk je..oh my.. biar betul ni?? bersih! ni satu sikap yang aku kagum..walaupun toilet diaorang tak de air *ehem*..tapi kebersihan memang nombor 1! lantai berkilat kot. dah freshen up semua..kami ke bus stand. ok..sekarang bas mana yang menghala ke sana??

tengah tercangak-cangak dekat bus stand tu..aku cuba tanya pada sorang makcik ni..bas mana nak ke terminas bas tu. tapi dia tak reti nak speaking la pulak..jadi dia tak buleh nak explain. haishh! kendian ada sorang pakcik teksi ni offer kami 6000won untuk hantar ke bas terminal. eh..mahai bonar? tak mau lah kami. kami rela tunggu bas la pakcik! kendian bas sampai dan makcik yang aku tanya tadi cuit aku..sambil cakap "bas ni ke terminal!". ape lagi..cargas la kan.. bayar tambang 1500won dan duduk diam-diam layan view.

dalam 15minit, kami sampai ke destinasi. misi pertama, beli tiket ke Busan dulu. senang nak bajet masa. kami bersetuju beli tiket pukul 6.35 p.m.. harga sehala 4500won. hal tiket dah setel, lepas ni nak simpan beg pulak. cari punya cari..tak de rupa paras locker pun!aku siap tanya dengan sorang makwe kat situ.. tapi dia kata tak de locker kat situ. keciwa dah masa tu.  ye la..takkan nak heret beg yg berat tu pulakkan? rupanya locker tu ada.. betul-betul kat tepi pintu masuk..cuma keadaan yang agak uzur nak menyembah bumi..sedey!

tengah kami menggodek,meraba [?], membelek locker tu, datang sorang ahjussi..siap berkot.. cakap korean sambil goyang tangan hala ke locker. lepas tu dia blah. eh? ko cakap ape ni pakcik?locker rosak ke? boleh jadi..sebab ade yg kena seal dengan selotep. ke nak kabor locker tu dah occupied ? buleh jadi jugak. tapi malas nak teka²..jd assume dia nk kabor locker tu rosak je lah. loghat untuk setiap region adalah berbeza ye. sama macam kita kat sini..ada loghat kelantan, terengganu, perak etc..

kami mintak koq tolong jagakan beg sementara kami cari alternatif lain nk simpan beg. lagi pun plan asal nak sewa beskal. jadi..adalah lebih afdal cari kedai beskal sambil cari tempat lain untuk simpan beg. kami sampai ke satu kedai ni. sambil tanya berapa rate sewa, boleh tak kami tumpang simpan bag dekat situ? ahjussi ni cakap boleh.

ok..untuk siapa-siapa yang nak menyewa basikal, luar dari kawasan terminal bas tu..ada beberapa tempat sewa basikal. rate dari 6000-7000won untuk sehari. ada banyak jenis, ikut suka korang la nak pilih reka bentuk macam mana. and harga mengikut model basikal ye. laluan berbasikal ada di sediakan tapi sila lebih berhati-hati..sebab gaya pemanduan orang korea ni buleh tahan extream.

kami balik semula ke terminal, sambung lagi bincang. pungpang²... plan nak berbasikal kami kensel. sebab cuma ada lebih kurang 4 jam saja nak pusing. plus minus sesat ke ape pulak karang? [lagipun kami seriau nak naik basikal kat tepi jalan hahahaha]

kami nampak ada 1 mesin information. godek-godek..alahaii..sume bahasa korea! walaupun lengkap..tp kalau dah nak bace pun kena mengeja, tgk kamus dulu..guane.. dalam hati macam-macam ayat keluar. fatt belek LP dia..sambil bisik ke aku.. ada sorang mamat tengah pandang-pandang kami. eh?? rupa macam melayu.. tapi setakat pandang saja tak membantu..tak gune jugak..ye dok.

fatt ajak aku keluar...cari tourist information centre. kalau ikut dalam LP dia..ade kat luar terminal tu. jadi kami pun keluar, tapi yang ada,.. booth kosong jek. hoh?? kami pusing ke kanan..mana la tau..booth tu dah pindah kan.. tengah tercangak-cangak..fatt cuit aku lagi.. mamat tu ada kat situ tengah hisap rokok!! yikesss!! tapi still tengok kami semacam. kami pandang balik dengan 2 macam. ko pehal? tak nak tolong sudah lah! masa nak masuk balik ke terminal..fatt keluarkan ayat keramat beliau: Jomla kita blah, aku tak sedap hati ni. Dahla pandang kita macam gaya nak cari pasal. Takat belanja tengok watpe, nak tolong, tolong jela. Pehal pandang kerek? Pffttt!! [dialog dari blogg fatt]

baru jek kami nak gerak..tiba-tiba mamat tu bersuara

'maaf ya..kalian dari indonesia?"

guruh! petir! gempa bumi! tsunami!!!

masa tu aku harapkan aku ada kuasa mejik dan buleh bertukar jadi basikal!! tak pun jalan tu terbelah dua jadi macam batu belah batu bertangkup. aku nak terjun! tapi kalau tengok reaksi fatt lagi lawak. jenuh jugak aku nak tahan gelak. haaa sebab tu la orang tua² pesan...cakap siang pandang². maka kantoilah kami berdua dengan jayanya. perfect skor orang kabor..

sembang-sembang dengan mamat tu..rupanya dia dah setahun kat situ. kerja. kami hanya mampu 'oooooo'... speechless dan ditambah dengan malu yang tak sudah tadi.

sampai dekat area locker, ada 3 orang Cina tengah keluarkan beg. lah.. boleh guna rupanya. tetiba salah sorang dari diaorang tegur kami. 'dari malaysia ke?". kami buat muka o.0".. laaaaa dari Malaysia jugak rupanya. ku pikirkan orang korea!!

tanpa buang masa, kami terus tanya dekat Ah Kong ke  Chong..mana2 lah.. kat mana tourist information center. dia keluarkan peta dan tunjuk pada kami direction. tapi agaknya dekat muka kami still ada o.0" , dia pun ajak kami keluar. haaa..baru la terang lagi bersuluh.bila masuk balik ke dalam.. mamat indon tu dah tak ada. lah..tak sempat nak ucap terima kasih. fatt menampor pipi sendirik..sebab kantoi dengan mamat tu. "aku rasa kan fatt..dia paham la ape  yang ko cakap tadi"

fatt: agaknya dia keluar hisap rokok tu sebab nak cari pick up line nak tegur kita tak
aku: tu lah..aku pun rasa macam tu

HAHAHAHA!! padan muka kami. tak pasal-pasal kantoi di situuuu

sedang kami godek-godek locker tu..pakcik berbaju kot datang lagi. seolah-olah bagitau kami..tukar syiling dulu. baru buleh guna. lepas tukar syiling..kami pun sumbat beg dalam locker. ahjussi tu cuit aku.. sambil buat isyarat tangan dekat hati, dan tunjuk thumbs up. tandanya,,dia hati baik..dan cuma nak tolong. eeeeehhhh pakcik..pakcik paham ke apa kami kutuk pakcik tadi?? sekali lagi aku rasa nak meraung. maluuuuuu!

aku cuma mampu cakap 'gomapsubnida ahjusii - thank you uncle" sambil tundukkan kepala. saya malu semalu malunyaaaa

pengajaran yang kami dapat:

jangan cepat bersangka buruk dengan orang. kalau betul orang tu berniat baik, kan dah kantoi dan malu sendiri!! lagi satu.. jaga percakapan walau di mana anda berada! nanti siapa yang malu.. anda jugak!!

lepas dapat info dari tourist information center tu, kami pun tunggu teksi untuk ke Anapji Pond. perjalanan cuma dalam 5-8 minit dengan rate 4,300won. [ikut meter ye]. sebenarnya jauh jugak la kalau ikut jalan yang teksi tu bawak..cuba bayangkan kalau kami naik basikal? rasanya maghrib nanti baru sampai kotttt... cara lain ke sini adalah dengan naik bas no. 11, dengan tambang 1,500won.

 entrance fee sebanyak 1,000won. tempat ni berstatus Historical Relic No.18. sayangnya kami sampai daun-daun baru mula kuning. rasanya peak season mesti lagi cantik sebab banyak pokok maple dekat sini. dekat sejam jugak kami jalan-jalan, snap-snap gambar.


jalan dia agak berdebu..dan sebab aku hanya pakai selipar..haaa hambek kau! 
kaki macam orang balik bendang!

bayangkan time ni daun semua dah merah..pehh..sure cantik..

lagi view di sekitar Anapji Pond

lengang kan jalan? 

tapi jalan yang lengang jangan di sangka tiada kenderaan ye. sini enjin kenderaan semua pesen senyap. jadi silalah lebih berhati-hati.

lepas berjaya tawaf Anapji Pond tu..kami pun lintas jalan untuk menunggu bas no. 11 untuk ke Bulguksa Temple. bus stand dia memang pesen koboi jek. dekat pulak tu dengan jalan. jadi jangan cuba-cuba nak hulur kaki ke..kepala ke tak tentu arah... ada yang jadi logo kepala bas nanti. hehehe!


ok. bersambung... ^^V juling ek mata korang? hahaha