Translate

Wednesday, December 26, 2012

[ semalam kan krismas ]

cuti la kan..jadi apa lagi.. bergolek-golek keriangan je lah dekat rumah
buku Management Accounting kita campak tepi..walauuuupun..tu paper last ahad nih
pedulik!
cuaca pulak berkabus dari pagi sampai ke malam.. bajet winter  gile tak best..

dari pagi dok bergolek keriangan pun melampau jugakkan
jadi bukaklah Paint Tool SAI
godek-godek lebih kurang..
tadaaaaaa....
kau mampu lukih muka sendiri berdagu tirus?
kahkahkahkah!! #rebahtepibataskangkung

bibir tu ai terlebih cocok vitamin C. lulz!!
dia punya takde kerja tuuuuu.. - -''

Wednesday, December 19, 2012

[ random ]


You're alive. Do something. 
The directive in life, the moral imperative was so uncomplicated. 
It could be expressed in single words, not complete sentences. 
It sounded like this: Look. Listen. Choose. Act. - Barbara Hall

Tuesday, December 18, 2012

[ shah alam..aku datang ]


dah dua hari awok dok ulang alik pergi shah alam
exam katanya
jarak A ke B..1 jam sahaja
exam start 8.30 pagi..tapi awok kena keluar rumah 6.15 pagi.. ape citer?

kalau bukan terpaksa..idok le awok ndak..idok sior!
bukan ape.. memandu dikala subuh hari dari genting ni..mencabar minda bebenor
sebabnye..

pemandu mabuk..peh..dia punya kiri kanan kiri kanan dekat tengah² jalan tu bikin awok marah benor. dah tau mabuk pi la melingkup kat mana-mana!! gigih jugak nak drive kete tu apehal?

kabus... peh..kadang² rasa nak drive kete sambil bertenggek atas stereng. nasib baik badan besor. lagipun tak manis di pandang driver lain. 

gelap...huii.. jalan memang gelap ya amat. udah ler tu..sunyi pulak. kadang² buleh meremang bulu hidung.. nak pulak kalau DJ pagi tu perangai macam cipan.. bukak cerita seram.

ni awok nak bagi nasihat sikit..pada sapa yang tak biasa jalan dekat genting nih.. jangan ler nak menunjuk terer sangat. idak le awok kata awok terer sangat bawak kete kat jalan ni..idok.. ni peringatan bersama ok! sebab bukan sikit yang awok tengok kete menonggeng dalam longkang time pagi-pagi tu. dan kalau waktu hujan tu..jangan la kome nak drift² bagai.. certain² jalan dah di bubuh minyak ok.. kalau tak hati².. faham lah sendiri akibatnye.

satu lagi hal..berkelahi dengan masa..ini memang awok tak gemor. kalau lambat sikiiiiittt jek.. menangis meraung le awok dekat highway nun. awok kena pastikan awok masuk highway before 7 pagi. hoi orang KL!! pi keje time lain tak buleh?? gituuu..dia punya perasaan.

eh..panjang pulak bebel nye.

Thursday, December 13, 2012

Tuesday, December 11, 2012

[ lapan.dua ]

lagi 82 hari
meroyan jugak la bila pikir
boleh ke? melingkup ke? lari ke hutan belok ke pantai ke?

arghhh
makin banyak membaca..makin stress
buleh?
kalau tak membaca.. nanti tak tau apa benda
bila dah baca..mula lah dia nak pikir yang bukan-bukan
takut itu lah... ini lah
meluat

kau nak apa sebenarnye ni Hanie??!


p/s: aku rasa..aku ni takut yang sebenarnya. takut nak mulakan kehidupan di tempat  baru..to start from scratch again. wharghhhhhh... tensen!

Monday, December 03, 2012

[ why i finally quit my job ]

aku quote dari page Lily Leung http://exploreforayear.com/

"WHY I FINALLY QUIT MY JOB

I’ve daydreamed about leaving my day jobs before, but a few realizations made me follow-through this time:
  1. Time will pass no matter what I do. If I don’t leave my job now, I’ll still want to leave 6 months from now, and I would have let 6 months go by without making any progress in myself. 
  2. If I pursue what I enjoy, I should attain at least the same level of success and income as I have doing what I don’t fully enjoy. By doing what I’m interested in, I will find ways to create and spot opportunities for myself.
  3. There will never be a good time to quit. The economy will always be uncertain, my workplace will always be short-staffed, I’ll always have expenses to fund, and I’ll always feel nervous about leaving behind a stable income. If there is never going to be a good time to quit, then the best time is now."


28hb haritu dengan gumbira dan berbesar hati dan besar badan
aku dah serahkan notis perletakan jawatan [ ferrrr ayat..tak menahan kau! ] dekat boss


sebenarnya benda ni aku nak buat lama dah dulu
tapi takde keyakinan.. ye lah..dah duduk dalam zon selesa.
ape gila kau tetiba nk berhenti kerja balik tanam anggur pulak kan?
kerja tempat best pulak tu..di kota keriangan gitew

aku buat keputusan ni sebab aku nak kejar impian aku
masa takkan tunggu kita..ye dak? dan mati tu pasti.. cuma tak tau bila
jadi sementara masih ada peluang nih.. baik aku cuba.
supaya nanti aku tak menyesal sebab tak rebut peluang nih

tiap orang mesti ada cita-cita / impian memasing kan?
korang tak nak capai ke impian tu? nak tunggu sampai bila?
kalau fikir "mustahil lah!" memang benda tu takkan ke mana
sekurangnya mencuba.. kalau gagal pun tak pa
sebab korang dah cuba.. dah berusaha
bukan duduk senyap goyang kaki sambil berangan
kalau gitu punya gaya.. memang takkan jadi menda lah

so harapnya tahun depan..Allah swt melanjutkan usia aku
di beri kesihatan yang baik untuk aku jalankan plan gila aku..
hiks





Friday, November 30, 2012

[ tiket 11 sen ]

merasa jugak la seekor tiket harga 11 sen nih
kakakaka

tapi 11 sen tengkorak dia
campur segala natam.. total RM29.11
cis..

Monday, November 26, 2012

[ sesekali ku terkenang jua ]

dah lebih setahun kot.. [tapi entry tetap lah tak habis kahkahkahkah]

masa nak ke Namsan Tower nih..gigih menapak melawan kesejukan malam musim luruh *rebah* dari exit 4 Myeongdong station. lepas menapak tangga kayu ke tower nih..rasa lidah terjelir sampai dada. lubang idung rasa sebesar besen. penat hoiii

ape-kebende-nama-gate ni pun tatau. lupa sudah. mencabar betei nak ambik shot bebas objek asing nih. first..ada ahjumma buat catwalk, 2nd..ahjusii lalu lalang naik basikal..

rasa macam nak jerit.."hoiii rakyat jelata..ketepi!" giteww

yang ni ntah 3rd or 4th attempt kakaka tapi tetaplah ke laut. masa ni jalan dari namdaemun market nak ke stesen city hall. gigih katakauuuu

lain-lain gambau? malas nak upload. letih nak tunggu.

Tuesday, November 20, 2012

[ tak berapa nak spring cleaning sangat lah tapi ]

kadang-kadang tu rasa macam bagus jugak internet tak dak ni
haaa kemas sikit tempat aku
hasil? 2 kotak penuh recycle paper
kakakaka tu baru 1 part.. yang 2 lagi work station tu..tak kemas lagi
entah2 ada anak bewok dalam laci


heh


oh ye..tadi aku jumpe lotion tangan yang dah expired 2 tahun lepas
apakah??

Tuesday, November 13, 2012

[ kalau dah hujung tahun, kompem ade makan-makan ]


saja letak gambau tak clear. bajet retis. kakakakaka
dapat lucky draw headphone. hadiah utama tablet. takde rezki - -''

Monday, November 05, 2012

[ semalam saya tengok cerita James Bond ]

hai abam Bond..


"Q: your ticket to Shanghai.."

wa: zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

buleh pulak terlelap..

sampai sengah jam pulak tu..

cis bedebah!

nih sekarang sapa buleh cerita.. apa benda yang wa terlepas sengah jam tu?

Friday, November 02, 2012

[ situ sana sini zombie ]

incek gugel yang punya

buku ni best jugak.
adalah ulang 2-3 kali
yang tak bestnya..kompem malam tu ada part mengigau kena kejar zombie
cilakes!
zombie tu muka fahrin ahmad pulak tu.

choiiiiiiiiii!

Wednesday, October 31, 2012

[ Weh Island, Bandar Acheh ]


*berangan berlari-lari ketam sambil libas rambut kiri kanan*

masalahnye sekarang..beli tiket ke tak..beli ke tak..beli ke tak.. 
*kuis kaki dekat tanah*
banyak benda nak ready untuk projek tahun depan..
tapi... hati rasa nak! huwarghhhh..susah jadi orang tamak haloba nih - -''

Monday, October 29, 2012

[ kopi cap tupai ]


seriyus. sedap!
kena pulak campur brown sugar sesudu. pehhhh
sorga!


p/s: Airasia tengah ada sales kan? kome beli tiket ke tidok? wa? tak beli! meluat! tarikh yang nak lebih kurang sama jek rega macam bukan promo. deng! 

Thursday, October 25, 2012

[ salam perantau: selamat hari raya haji ]

tahun ni..raya atas gunung
raya dengan buku-buku


benci.

*pose liuk lentok dalam snow world bajet dekat oversea*


Tuesday, October 23, 2012

[ alolo comei ]

ye..tajuk memang mintak penendang
godek² folder gambau.. jumpa gambau nih
masa ni dekat Coffine Gurunaru
tak..tak..bukan guru ku..mungkin guru mu?
hagemaru sangat.. kan

ni wa punya..
tapi wa pun tatau ni menatang apa.. 
tupai? arnab telinga panjang? anak hanjeng?? 
pedulikkkk..janji dia comei..


2 ekor kucing hitam dan sekor beruang senja nan merah yang pemarah..
kawan² wa yang punya

dengan earphones winder pun buleh jadik hal!
tapi sumpah comel gile
rasa macam nak angkut semua!!



Monday, October 22, 2012

[ kredit ada..tapi ]

member: pinjam henpon. ada kredit?
aku: ada
member: apsal tak buleh buat call??
aku: kredit dah expired *pokerface*
member: sila buang henpon ko dalam tong sampah!

eleh.. bukan berdosa pun henpon tu. kredit expired jek punnn


[ “To create more positive results in your life, replace ‘if only’ with ‘next time.’” ]

next month wa antor surat cinta ye boss
dah siap taip dah..

:3

Friday, October 19, 2012

[ kala eletrik tak ada ]

gelap gelita.

seluruh opis.

juga tandas tentunya.

kalau boleh tak nak masuk..
tapi nak buat macam mana.
nature call orang sini kabor

gelap satu hal..tapi dah mengapa pulak
wa terbayang suster ngesot, kuntilanak, sundel bolong, antu kopek
kat dalam tu??!

deng!






ahk..bayangkan rupa dia yang comel² je lah.

Thursday, October 18, 2012

[ 호떡 ]


entah apa akal wa aritu..tetiba buat kuih nih
harini..wa rasa macam ketagih
dari tadi dok terbayang..

balik karang buat lagi lah!

sape² yang rasa nak mintak sekepim dua.. nah resipi
buat sendiri.

;p

Wednesday, October 17, 2012

[ tak patut sangat ]

memang..

tak patut sangat baca blog fdausamad time tengah bercakap dengan orang dekat talipon

sebab

kau tak buleh nak kontrol gelak

cilakes!

Tuesday, October 16, 2012

[ dia tak bagi wa balik agaknya.. ]

*belek beg duit sambil nanges*

dah buleh siap² pantun kajang pak malau lah kot...

Monday, October 15, 2012

[ blues berus gigi ]

tengah mamai..masuk bilik air terus capai berus gigi.
dah setel gosok gigi baru sedar..tu berus gigi lama. yang patutnya dah buang lamaaaaaa dulu.

alahai.

jangan tanya berapa kali wa repeat gosok gigi campur kumur listerine.


Thursday, October 11, 2012

[ 아이고.. - -" ]

semester baru dah start. so macam biasa sesi berkelahi dengan buku pun dah mula la kan
sebenarnye.. bukan apa. dia lebih ke tak sabor nak abehkan semester nih
lepas tu cuti panjang untuk melaksanakan plan² gila dan tak masuk akal
ponteng kelas? biasalah.. kelas baru pi sekali
tu pun sebab nak ambik buku..kalau tak..toksah nak harap nampak batang idung ;p

tahun depan..cepatlah datang.. *gitew katakawwww*

oh yeah..

p/s:
공부하는 게 너무 피곤해서
아무것도 이해를 못하겠어
아이고.. 미치겠다 T.T

Monday, October 08, 2012

Tuesday, October 02, 2012

[ untuk seorang teman ]

“..kerja Tuhan tidak boleh diramal...nasib, usaha dan takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena..”- Andrea Hirata

Kawan,
hidup umpama sebuah jalan yang rahsia. tak tahu mana arah penamatnya. Tuhan itu punya rancangan terindah dan sempurna untuk setiap hambaNya. dan kita, jangan pernah lelah untuk terus berusaha. ^^

“Pesimistik tidak lebih daripada sikap takbur mendahului nasib.”

Saturday, September 29, 2012

[ tiga puluh ]

yep.
harini.
problem?
u mad? Pictures, Images and Photos

lulz.



p/s: syukur alhamdulillah masih di berikan kesempatan bernyawa atas muka bumi Nya. diberikan kebahagiaan yang tak terhingga. dah..wa nak pi tiup lilin sat. tapi gampit apa hari besday kena kerja nih? 

Monday, September 24, 2012

[ mintak tips sikit..buleh? ]

ada tak readers kat sini yang belajar / pernah belajar / master in foreign language?
selain bahasa oram putih la tapi..
boleh dak hangpa bagi tips sikit kat kami cemana nak belajaq?
bukan apa..sebab bahasa yang kami belajaq ni tak guna english alphabet
dia guna simbol dan sususan ayat dia tunggang terbalik dari bahasa oram putih
jadinya..ai is keriru!!
ada tak cara yang paling padu nak practice? pelisss..tolong la kami! - -''
prektis buleh kata hari-hari.. kadang² mcm oram gila pulak dok cakap sorang²
tapi sudahnye dia jadi macam kat bawah ni ha....



p/s: kl zaman sekolah dulu..time belajor bahasa inggeris..mmg buat style rejim zionis. hari2 hafal kamus,  dengar lagu inggeris lepas tu tulis balik lyric dia, speak in english think in english kaedahnye. rasa macam suwit pulak zaman tu. lulz.

Tuesday, September 18, 2012

[ blog walking washing eyes ]

menjengah ke dapur cik mat gebu

ternampak gambau nih
credit: http://www.tiffinbiru.com/
 simple meal yang buat perut orang gembira..especially di kala hari hujan.. amboiiii

dah.. sekarang ni mana pulak nak cari ubi kayu nak rebus nih woii..

Monday, September 10, 2012

[ gaya macam ramai sangat ]


senyum lebau pencuri kasut kalau tengok nih
gaya macam dekat 10 org punya selipar/kasut
padahal 1 rumah tu dua org jek yang duduk
macam biasa.. selipar jipun tu.. semua wa yang punya
kakaka.. melampau!

Wednesday, September 05, 2012

[ eksaited gaya tak patut ]

soon...

ok.. gedik much
nuff.

semenjak ada tumblr.. blogspot dah jatuh no. 18
hahahaha
mungkin lepas ni.. cikhanie.blogspot akan jadi cikhanie.tumblr
maybe...

Wednesday, August 29, 2012

[ 186 hari ]

the clock is ticking
and my head is pening
thinking about the budget thing
make me pusing-pusing

bley macam tu? nanges cikgu bahasa kalau baca hahaha

tinggal 186 hari lagi.. dan aku still buleh duduk goyang kaki
apa nak jadi nih??

oh..btw.. macam mana raya? best? meriah?



Wednesday, August 15, 2012

[ 26 Ramadhan dan Selamat Hari Raya ]

sebenornye.. teman banyak mende nak kabor ke mengkome sume.. tapi sebabkan malam ni teman udah nak balik beghaye.. ate.. idak ler mikior mende lain dah. asyik teringat nak balik kampung aje le kerojenye.teman cuti 11 hari mengkome oiii... macam cuti nak bernikoh, bak kata lebai DD. helehh.. jaki le tuuu. kahkahkah

jadi..di kesempatan yang ada ni.. teman nak mintak mahap.. atas segala salah silap dari hujung jari yang menaip, keterlanjuran kata, kot ada tersinggung perasaan tang mana-mana... ate idok ler teman sengajakan. malas hapdet belog tu lain cerita!

pesanan ikhlas teman untuk yang memandu sendiri tu... berhati-hati di jalan raya.. bior lambat asalkan tak nangis kena speed trap. eh?

nah. kad raya versi pemalas dari teman:

Jibekzoners: Manap, Mimilk, Mak Aji, Wak Ejam
p/s: 26 Ramadhan...genap setahun pemergian Ayahanda. Walau pantasnya waktu berlalu..hati ini masih sarat dengan kenangan yang tak tertanggungkan. damailah di sana Ayahanda. hanya Doa dan ingatan rindu yang mampu anakanda berikan.

Tuesday, July 31, 2012

[ Lelong! Lelong! 2 Singgit!! ]

hehe..amecam sahabat² ku yang di kasihi sekalian..
puasa ok? ke k.o?
melampau tau.. dah tua² pun kantoi
ai takpe.. ai remaja purba.. hahaha

hah..ni nak promote sket
[wahhh kelas kau jah.. update belog 8 tahun sekali..terus jadi ahkak direct selling]
nak promote 1 blogshop ni ha

HALYFA BOUTIQUE

jadi..meh la beramai² ke sini yek
cuci mataaa...
kot ade yg berkenan di hati..
aitchewah!

buleh jugak cari dekat pesbuk.. search jek Halyfa Boutique
kompem menjelma depan mata!
ape lg uolls.. cepattt..cepattt

ok. sekian promo untuk harini
haus tekak.. ;p

Friday, June 29, 2012

[ au revoir ]

lepas entry nih.. aku tak tau bila lagi aku akan hapdet belog
sebab dia akan masuk kategori "jarang-jarang"
(mohon aku tak lupa paswed belog kakaka)

kalau rindu.. jenguklah ai di deviantART..
auwww...


“for every goodbye, God also provides a hello” ― Donna Gable Hatch

Friday, June 22, 2012

[ selangkah ke alam misteri ]

semalam tido lambat. pukul 1 pagi baru reti nak tido. sebab dok ralit buat natam ni. lepas tu pagi masuk opis dia bising kata mengantuk la mende

elok je baring tarik selimut.. tetiba jantung jadi tak tentu hala. ni apahal pulak yang rasa seram semacam nih. dia punya perasaan sama macam ada satu makhluk yang tak nampak rupa paras, duduk diam-diam atas almari sambil tengok je dekat korang. level seram dia sampaikan dalam cuaca sejuk pun buleh berpeluh. ayat kursi, segala macam surah memang habis aku baca. dia punya lintang pukang tak tau la cemana nak cerita.

paling tak boleh terima akal.. terasa ada sesuatu kat tepi katil.. haihh.. . itu jam memang meremang bulu roma bulu hidung.. rasa seram sejuk dekat tengkuk..dah macam tu.. toksah harap la aku nak bukak mata kan..manala nak tau kan..kot tetiba tersengih jek kat sebelah...haa apa mau bikin? nak terjun tingkap kalau.. tinggi sangat.. memang aku redha dan pasrah je apa nak jadi. tapi dalam redha dan pasrah tu..dia membuta sampai pagi jugakkk..

nih aku nak menuduh cerita Waris je nih yang punya angkara.  pesen cerita seram tak tentu hala. kan tak pasal-pasal aku dah takut. haih..

Thursday, June 21, 2012

[ painting pictures..with my mind ]

http://cikhani.deviantart.com/


Painting pictures with my mind
Making memories using my eyes
Filling up my heart with golden stories
Who adds some spice to the rhythm of life
- Adele, Painting Pictures -

Monday, June 11, 2012

[ hari bersama sahabat ]


durian d24 for breakfast.. melampau kan?

brunch: kari kepala ikan, ayam goreng rempah, sambal tumis udang, sayur campur..
melampau kan? padahal makan bertiga jek.. ;p

menu khas dari wa. kari kepala ikan.
 amecam? ada sapa-sapa nak jadikan wa menantu hantu
kakakakaka!!

hari minggu yang fun!
untuk sahabat wa..terima kasih sudi mai ke rumah hantu wa di puncak gunung ni..
nanti mai lagi okeh!


p/s: takdan nak snap guna camera senonoh sikit. kakakaka

Tuesday, June 05, 2012

[ the gigi ]


benda yang namanya sakit gigi.. memang pesen tak buleh di buat main
dia cenderung ke nak menampor orang jek..

Tuesday, May 29, 2012

[ explore. dream. discover ]

ni nama dia.. teknik petik maus kompiter sampai krem tangan. kakaka


amboi.
buleh tahan pemalas juga wa rupanya dalam seni menghapdet belog nih.

Thursday, May 24, 2012

[ My 7 Super Shots ]

Mek Bella has tagged me with this HostelBookers 7 Super Shot!! so i have to meng-rajinkan diri to diggin' my picca folder for this. well..mine are not really super shot lah - -'' since i cant access my picca folder!! jadi..mana yang ada sajalah. T.T

bear the errors. i'm just another lazy ass. don't have the eagerness, rajin-ness to read again and edit. Grammar Nazi? oh.. should i say.. hello..? ^^V

cekidauttt..

1. A photo that…takes my breath away
-  this feeling! this feeling! no words can describe it!
   ~~~ i'm not flying. just defying gravity. LOL! *insert flying without wings by Westlife*




2. A photo that…makes me dream
- a rare moment, i guess. this picca made me believe..without a dream..we reach nothing! the harder it is to achieve a dream, the more meaningful it is to go for it. so..keep on dreaming peeps! it's free btw.  - Penang



3. A photo that…makes me think
- am i a weed? or a grass? hooo..i'm an alien! i'm invading your planet. bzztt..bzztt..this picture makes me think.. can i survive? can i be strong mentally, emotionally? just like this little fella.. standing proud.. can i? - Penang


4. A photo that…makes my mouth water
-  just a simple meals from the sincere heart. from a stranger to another. and it's equal to the tastiest food ever in the worldddd!! happen during rough time in Busan, South Korea. *nanges* tapi..memang giler sedap nak meninggal!! dan halal ye..sebab beliau Muslim. Alhamdulillah.



5. A photo that…makes me laugh or smile
- just a bunch of crazy peeps. owh..don't mind us.. we just practicing a new yoga skill. ommmmm.. - Sekayu Waterfalls, Terengganu




6. A photo that…tells a story
- my life..is washed up like a seashell longing to be dry..so please shine! -we shoot the moon- - Pangkor Island





7. A photo that…I am most proud of (aka my worthy of National Geographic shot)
- bright sky, beautiful weather..and bamm!! red thingy.."hey gorgeous! phewwitt.." - autumn has arrived! Nami Island, South Korea




i'm not tagging anyone..sorry. coz its seem like i'm the only one yang baru terhegeh-hegeh buat. hahaha orang lain dah buat laaamaaaaa dah! ;p

Monday, May 21, 2012

[ South Korea 8: Semalam yang sejuk di Itaewon, Seoul ]

ok. sambungan.

Kami bertolak balik ke Seoul dari Gwangju tepat pukul 6.25pm. kat sana punctual ye. ko lambat jek.. bye². perjalanan mengambil masa [hamboiii macam ayat buku teks sekolah] lebih kurang 3jam 30min. jadi kami akan sampai ke Seoul Express Bus Terminal lebih kurang dalam 10pm lebih² sikit.

masa dekat Gwangju..kami berdiskusi. ye lah.. sampai Seoul nanti dah pukul 10 malam..rasa mcm rugi pulak nak bayar 1 hari untuk hostel..walhal dah booking nih. [punyalah cheapskate! hahaha] kebetulan pulak salah sorang dari kami dapat info..katanya ada member dia bagitau.. boleh bermalam dekat Masjid Itaewon. wahh..ini sudah bagusss... pung pang pung pang..kami sepakat nak kensel kan 1 malam dekat hostel tu. maknanya.. kami hanya akan check-in keesokan harinya. huihh dah jimat 17,000 won sorang dah tu. buleh buat beli fridge magnet. katanyaaa.

dah turun naik subway, menapak naik bukit segala bagai sambil memikul anak tapir sorang sekor.... lebih kurang 11 malam lebih sikit..kami pun sampai la dekat Masjid Itaewon tu. Alhamdulillah.. sampai jugak la..ye dak. walaupun memula tu agak meraban juga.

kami pun meninjau [?] sekitar kawasan masjid. ye lah.. takkan nak main serbu masuk je kan. kena la jumpe dengan orang yg incharge kan.lebih kurang 5-10 min macam tu..muncul sorang pakcik. rupanya dia pendakwah dari Pattani. dah berpuluh tahun jugak lah dok ulang alik ke Itaewon tu untuk berdakwah. sampai terrer speaking korea gitu.

kami pun cerita la tujuan kami semua.. dan tup-tup dia kata.. tak boleh tumpang tidur kat situ. erkss? muka masing-masing dah cuak tahap gaban. tragedi di Busan terbayang-bayang dalam kepala otak memasing. nah.. baca SINI kalau nak tau cerita.. aku malas nak taip. hahahaha aci? tu mujur dapat tempat macam tu..ni sekarang ni apa cer? hostel dah kensel. takkan nak lepak subway lagi kotttt...

sambil buat muka pilu dan sayu, kami mintak untuk tumpang bermalam untuk malam tu jek. sebab badan memang dah penat gila babi.. pikiran pun tak dah berapa nak waras sangat. kejutan demi kejutan ni hah. jadi kami pun terkedek-kedeklah ikut pakcik pi dekat pondok pengawal situ. pakcik tu bagitau dekat orang yang jaga kat situ..kata kami nak tumpang semalam saja. dengan syarat..sesudah subuh kami harus cau cin cau dari situ. pungpang pungpang dia cakap korean.. yang aku dapat tangkap.. dia sebut 3 budak pompuan ni, baru sampai dari Gwangju dan takde tempat nak tidur. jadi nak tumpang sini. esok pagi-pagi diaorang keluar. gitulah lebih kurang.

syukur alhamduillah kepada Ilahi..malam tu kami dapat tempat tido. walaupun dekat bilik conference jek.. kitaorang dah bersyukur gila. dengan cuaca sejuk ya hamat lagi. kalau tak..malam tu.. kami tido subway lagi untuk kali ke dua. T.T

pengajarannya di sini... sila pastikan betul-betul maklumat yang korang dapat tu. untuk mengelakkan kejadian yang macam kami nih. hahahaha. rasa..nak nangissss..macam lahanat!

Itaewon Mosque
gigih jugak nak snap-snap pukul 7 pagi..

macam kehidupan. serabut.

entah tak tau pasai apa..
tapi aku fefeling macam ada dekat Jepun bila tengok gambar nih
wahhh verangannnn
view jam 7 pagi di kala matahari masih malu-malu..
[puiii]

kami lah penyamun di dalam negeri
hoi hoi hoi

walaupun homeless..
brekpes tetap tak menahan..
Starbucks uolls
selera naga!
motip nak berlep-lep?
sebab kami gumbiraaa...tak mandi pagi..
- -''

Thursday, May 17, 2012

[ i'm walking away to find a better day ]

credit: lebai gugel

I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away to find a better day
I'm walking away
sometimes some people get me wrong
when it's something I've said or done
and well
I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
[Craig David - Walking Away] 

290days to go..
dan wa tak bercadang untuk balik..

Monday, May 14, 2012

[ South Korea 7: Gwangju ]

sila bertabah. aku dalam percubaan nak menghabeskan entry Souh Korea nih. kakakaka.. dari zaman Paleolitik bawak ke Zaman Gangsa.. tak abes-abes lagi ha..

selepas menghabiskan 2 malam dekat Busan.. kami menuju ke destinasi seterusnya, Gwangju. Jarak perjalanan dari Busan ke Gwangju nih..lebih kurang 3jam 30minit. lebih kurang Kolumpo ke Kuala Kangsor dah haa

Gwangju ni terletak dalam Jeolla region dan bandar ke 6 terbesar di South Korea. yang bertanda pink kat peta ni ha.. perlu maklumat lanjut? Google! hahaha

ni peta Gwangju..bukan peta harta karun..
tiket bas dari Busan ke Gwangju..berharga 23,700won. ni je tiket paling awai yang ada.
 bajet asal dalam 16,000won jek.. haihh.. 
sementara tunggu bas.. sempat pekena urut dekat mesin urut RestnGo..
 legaaaa dapat betulkan urat!

hujannn yang turunnnn..bagaikannnnn air mataaaaa...
 drama much?
ye..perjalanan kami memang banyak drama dan tragedi..
konsep tragedi oktober la katakan... kahkahkah!!


untung aku duduk seblah dengan retis k-pop..
no photo pelisssss!! 
kakakaka!!
tujuan utama kami nak ke Gwangju nih..nak pi kat tempat-tempat yang bawah nih lah. antara tempat-tempat femes dekat Gwangju..

Jungnogwon aka Bamboo Park.. 
ada panda kat dalam ni...
ok..tipu.. 
Direction:  Take a local bus no. 303 or 311 and get off at Jungnogwon. (The bus runs at 15 minute intervals and takes only 5 minutes; on foot 13 minutes.) Fare: 2,000 won


Metasequoia-Line Road.. 
time autumn memang superb gile. 
Direction: From the Damyang Bus Terminal, walk 30min along the right side of the road until you see the Metasequoia-lined Road. You may also take a taxi from the Bus Terminal (approx. 15 min)



Soswaewon Garden 
Direction: From Gwangju Bus Terminal, take local bus no. 225, get off at Soswaewon Station
 (1 hour ride, fare: 2,000 won), cross the street and find the ticket office. 
Admission Fare: 1,000 won

tu plan asal lah tapinyaaa.. memandangkan kami sampai dekat Gwangju pun dah tengah hari.. dan tengok dekat peta..jauh rupanya tempat nih..kami ambik keputusan tak jadi pergi. ye lah.. kalau tak cukup masa..kang terkejar-kejar..ada pulak yang tido dekat stesen bas pulak kang.

kami tak bermalam dekat Gwangju nih. just singgah kejap jek sebelum balik ke Seoul. dah semua tempat tak pi.. kami pilih tempat yang paling dekat. Gwangju Art Street rasanya. lebih kurang 10min kalau naik taxi. tambang dalam 2,700won.

Gwangju Bus Terminal aka U Square

shopping street le..ape lagi.. luas gila tempat nih dan memang rambang mata
aku siap sempat rembat sepasang kasut hahaha
murah je..dalam 30,000won sepasang

dalam cafe Paris Baguette...rasanya
apsal la kedai kopi kita takde konsep macam ni..kan - -''

nampak kedai Kimbap yang papan tanda kaler oren tu? 
 nampak macam ada logo mesjid kan?? 
kami punya la eksaited sebab ingatkan kedai halal!! kahkahkah 
kami tak pasti la tu logo apa sebenarnya..tapi dekat Seoul..kami pi kedai yang sama..
dia ada served vavi dan kami macam.. o.O" magaddd??!!
sebenarnya masa kami naik teksi ke sini.. ada la sembang-sembang dengan ahjussi yang bawak teksi tu. dia tanya kitaorg dari mana semua..rupanya dia pernah datang Malaysia. dia kabor Kolumpo tu panas. tak tahan katanya. hahaha well..negara kami tak dak salji. PATI ada lah.

disebabkan korean aku tahap gagap + parkinson..jadi dah bunyi macam ayam itik lah bercakap. tapi ada part yang best..bila dia tau kitaorg dari Malaysia.. dia pun berkata

ahjussi: yeppeuda.. [cantik]
aku: ne? aaa.. aniyo.. [hah? mana ade]
ahjussi: yeppeuda.. jongmal yeppeuda [betul..cantik]
aku: *tersipu bewok* aniyo ahjussi... haha kamsahamnida.. [eh takdelah.. thanks btw]

so girlsss.. lets #fliphair kahkahkah!

tengah-tengah sembang.. tetibe gigi aku dah gigit seat depan!! eh??!! rupanya ahjussi tu break emergency sebab tetibe ade teksi lain cilok depan dia. skeri kan? tapi tu lah style driving kat sana. jalan raya tu..ana yang punya!! gitu konsep..

pakcik tu punya la gelabah..terus tanya aku ok ke tak.. takkan la aku nk guling-guling dalam teksi tu sambil meraung pulak kan.. aku cakap ok je lah.. walauuuupun... bibir ai rasa macam hanjelina jolie ni pakcik!

ahk..tak puas hati betul lah.. cium tanah dekat Gyeongju..aku.. cium seat teksi dekat Gwangju pun..aku?? T.T *nanges*

dah puas merayap dekat situ..siap mencekik takoyaki...kami pun kembali ke pangkal jalan..

helllloooooo Seoul... 
 ingat tragedi kami berakhir di sini? 
 anda silap..ikuti sambungannya di kehapdetan yang lain.. hahaha