semalam ku terima satu berita
kau sedang nazak. menderita.
kau mahu tahu apa yang ku kata?
padan muka!
sama ada kau derita bahana dosa
ataupun karma
aku tak peduli dan tak mahu peduli
tak terkesan lansung dalam jiwa
malah aku masih boleh ketawa
puas hati..ya..aku gembira.
dan kamu..
bicaralah apa saja
buatlah andaian sesedap rasa
tak mengapa
aku mengerti dan aku memahami
memang..
aku tak punya hati
jiwa ini penuh dengan benci
menjadikan seluruhnya mati
walau sedalam mana ku tanam
walau sejauh mana aku lemparkan
sebuah kisah semalam yang kelam
tapi hakikat
masih berdarah di dalam
memburuk dan membusuk
menjadikan hati semakin hitam
kemaafan?
jangan kau pinta
jangan kau harapkan
kerna..
telah lama hilang dari kamus kehidupan
perit putus cinta masih boleh ku telan
perit jiwa yang jahanam
sampai mati aku berdendam
kau boleh pergi mampus la setan!