Translate

Saturday, October 30, 2010

[ saya kini bermadu ]

tuan blog saya ni memang takde kerja lain
musim-musim nak exam ni
dia boleh pulak madukan saya??
dia bukan reti nak baca buku ke..buat latihan matematik ke
dah la dia tu barai matematik
harap main petik kalkulator saintifik saja
lepas tu..siap boleh pulak dia beli gajet baru
takpe..yang tu cerita kemudian
haa..ni lah madu saya
bukan cantik pun dia
hitam legam
ahkkk!!
benci! benci! benci!
terluka hati saya tau!

harap-harap lepas ni dia adil lah
tak pun dia akan jadi lagi malas nak hapdet??
burukkan perangai tuan saya tu....


yang sumpah tak ikhlas.
blog pertama

Thursday, October 28, 2010

[ pagi yang sedap-sedap sambung tido kalau layan ]

sementara nak tunggu enjin kereta panas..apa salahnya la kan
enjoy the moment bak kata orang barat pagi-pagi gini
udara pun sejuk, nyaman...
jadi bukak tingkap luas-luas..kiri dan kanan
hmppphh..bau hutan ni..memang kalah bau colok spa
segar satu macam.

lepas tu betulkan cermin pandang belakang sambil-sambil tengok lipstik
kot-kot la terkena kat gigi
kang orang kata ada cili pulak
tengok celak mata pulak..
perfect!

eh..on radio lah..bosan pulak
wah...ada lagu best..
sing a long sambil bertepuk tampar dekat stereng
wah..hepi kau kan..
up lagi sikit volume suara tu
tak pe..lantak la suara tak sedap pun
bukan nak masuk akademi fantasia ye dok..

lepas tu kau pandang kiri
eeeeeekkkkkk!!
ada orang tengah ketawa sambil lambai2 dekat kau

waaaaa..berapa lama kau kat situ makcik???
bakpo la baju mu same kaler dengan dinding weh!!

malu ai T__T

Wednesday, October 27, 2010

[ matalensa jainudin ]

Jainudin (LOMO Aquapix)
Kuala Lumpur Atmosphere
16.10.2010










apa macam?
tengok sikit-sikit sudah lah ye
hahaha :P



p/s: gambar banyak buleh dijumpai dekat fesbuk dan flickr :P

Tuesday, October 26, 2010

[ buka-buka tingkap ]

bila letak kereta di car park yang terbuka..takda bumbung segala... adalah lebih afdal dibiarkan tingkap tu terbuka sedikit untuk pengudaraan. takdelah bila masuk dalam kereta tu..rasa macam masuk sauna tahap siakap kukus.

tapi ini hanya boleh dipraktikkan kalau korang punya car park tu..dalam kawasan harta persendirian lah. kalau g soping mall jangan buat gitu pulak, kejap lagi ade yang tinggal kunci je di tangan. kereta nya dibawak lari. <-- apehal wa baca ayat last tu ada macam bunyi jawa sikit?? deng~

tapi bila dah buka tingkap tu...sila la tampal nota dekat mana-mana..kasik ingat sikit... supaya bila hujan lebat..takde la jadi kolam buaya, kolam ikan sepat dalam tu!!!

nasib baik leather seat.. T__T

Monday, October 25, 2010

[ cuti-cuti pahang ]

semalam besday ayahanda tercinta..
jadi hari ni cutiiiiiiiiiii, jom deting.. :P
orang negeri lain ..
kalau nak cuti jugak..
sila tunggu ayahanda memasing punya besday..
hikss!




p/s: hai kak tasek... :P

Friday, October 22, 2010

[ tangan bau budu ]

tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia!!








tapi tangan yang memegang cili padi, lepas tu terrrrrgosok mata....pikir la sendiri jadi apa...

nak makan budu punya pasal!!! T__T

lebai gugel punya


ikan bako + budu...aihh..nyami nyami!

Thursday, October 21, 2010

[ tabiat buruk ]

antara tabiat buruk yang aku ada dalam ibadah texting atau s-m-s ni..

i) dah taip reply mesej tapi tak send. lupa!

ii) sengaja takmau reply. malas!

iii) kalau tengah mesej malam-malam..kalau tiba-tiba aku tak reply..maknanya aku dah tido tanpa perasaan bersalah lah tu

iv) takkan reply kalau nombor tak dikenali..buang kredit jek.

haa..jadi sesapa nak bermesej-mesej dengan aku tu..sila terima kekurangan ni dengan hati terbuka ye..

hehehe :P

Wednesday, October 20, 2010

[ 20102010 ]

the blue sky
langit cerah ku renung mendung kelabu
-tilu


aci la kan hapdet pesen gini
idea ilek
pelik aku cemana orang buleh hapdet 2-3 entry satu hari
aku nak dapat idea buat satu entry sikit punya la siksa
heheheheh

[alasan dia je tu..yang sebenornya tuan blog ni malas!]


p/s: cantik tarikh harini...nasib bukan jatuh hari sabtu ke..ahad ke..
kalau tak..busy la tok kadi..hahaha

Tuesday, October 19, 2010

[ gambar dah tempek..ape lagi..sila lah komen ]





ape lagi...sila cargas mengeji nista mana yang patut..

T_T

(original adelah 4r jek..tapi bila scan dan di rotate..hamekkk..lagi jahanam jadik nye.. =_="]

ok..cerita lain..

sabtu lepas..berfoto hunting..konon-kononnya menebus kekecewaan film pertama yang jahanam..[minggu depan buleh tengok hasil..hikss]
dari Bangsar Village - Central Market - Dataran Merdeka - Masjid Jamek - Taman Tasik [tapi bajet diva kan...tak turun lansung dari kereta..panas katanya] - Tugu Negara - KLCC

terima kasih untuk pakcik kayo ni yang sudi menaja...
yu lah sugar dedi terbaik ai..hahahah!

Friday, October 15, 2010

[ 11 / 36..jainudin..you are superb!! ]

kahkahkahkahkahkahkahkah!!!

ok..stop gelak.

dari 36 frame...hanya 11 jek yang dapat hasil..
nak tengok ke hasilnya??











tak payah lah kot....
buat malu jek.

:P

Thursday, October 14, 2010

[ berdebar-debar ]



semalam dah antar 1 roll ke kedai
tak sabar nak tunggu hasil pertama jainudin
gila berdebar..
macam tunggu anak sulung pulak
kak tasik..dulu ade debor gini tak masa nunggu m.c??
hahahahaha!!


my abam jainudin

Wednesday, October 13, 2010

[ makan bola ]

belek-belek satu resume candidate yang apply kerja..
terpandang dekat satu part..

Interest: Reading, playing foodball [???] and surfing internet

foodball??? kahkahkah..ke dia nak taip eating fishball???

aihh..

[tak baik kan gelakkan orang...jahat tau kau ni hanie..dia typo je pun.. :P]

ok..cerita lain..

oh my gucci!!! i want thissss!!!!

BlackBird,Fly
=========================
TLR retro style ( twin lens reflects )
using 35mm film ( normally can get everywhere even in Mydin )
3 formats : square , normal , with sprockets
Bulb mode ( open the shutter as long as u want )
striking white color body
come with strap and lens cover
Blackbird,Fly ( white edition ) : RM430 <--- =_=" *sigh*

Tuesday, October 12, 2010

[ dapur magika ]

ayam [tak sampai setengah ekor pun]

campur dengan

bahan rempah [halia, lengkuas, cili kering, bawang,kunyit, gula merah]



serai, daun limau purut, daun kunyit, kerisik

oh..dan santan.

last sekali

..sedikit sentuhan mejik diperlukan..


tadaa...terus jadik rendang..siap pakej nasi impit..

amecam..mejik kan?

burppp..alhamdulillah.. ;P

Monday, October 11, 2010

[ hari senayan ]



cepatlah pukul 5
nak balikkkkkkkk!



sebenarnya boring ni..boss tak masuk opis harini. jadi dari pagi bawak ke petang...main tenet jek..amecam..menarik kan? ada sapa nak kerja kat tempat aku tak? kuikuikui..



p/s: gambar tak dak kena mengena

Saturday, October 09, 2010

[ mana nak cari mesin jahit murah-murah? ]

selain blog perempuan ni, aku suka jugak tengok blog perempuan ni..
kreatif kan?

lebai gugel punya
old skool gila kot..terus feeling cikgu rose dalam Bujang Lapok






p/s: nak beli mesin jahit konon...suruh jahit manik dekat baju sendiri pun makan tahun nak siap...cessss...

Friday, October 08, 2010

[ cari jodoh di malam yang hangat ]

tajuk propa jek. sila jangan terpedaya. hahahah!

tapi..
semalam memang hangat. berpeluh-peluh.
badminton. mix double. hanie & kid vs. double lee
pesen suka main drop shot.
tak pasal² jatuh menyerangkang depan net.. =_="

ok. cerita lain.
nak cari jodoh?
nah..hambek.
aku copy paste dari email yang member aku hantor.

Assalamu'alaikum,

Anda dijemput untuk menyertai myJodoh.net sekiranya anda 'sedang' dan 'bersungguh-sungguh' di dalam pencarian pasangan hidup.

myJodoh.net telah wujud semenjak tahun 2002 dan merupakan portal pencarian pasangan hidup yang pertama dibina untuk muslimin dan muslimat di Malaysia. Secara diam-diam myJodoh.net telah membantu beratus-ratus pasangan menemui pasangan hidup mereka.

Klik pada link berikut untuk menyertai myJodoh.net.
http://www.myjodoh.net/

amecam? berminat? ape lagi. tak reti² nak klik link.. hahaha

Thursday, October 07, 2010

[ benda free dan kucing ]


orang kata, kalau orang bagi mende free ni dan rasanya memang sedap bukan main..
maknanya orang tu ikhlas bagi dekat kita. kira macam penuh kasih sayang la.

jadi cikgu...besok bagi lagi strawberry ye. kasik lebih sikit pun takpe.

:P


tak...kucing ni bukan benda free. ni kucing yang selalu lepak dekat parking. suka makan makanan pedas. ikan sambal contohnya. terer kucing tu posing kan? ala-ala memandang dari kejauhan..dan nama kucing tu boboy.

Wednesday, October 06, 2010

[ alahai ]

"alahaii..keciknya kuku"

"laaa..separuh pun tak sampai dari kuku aku haaa"

"ni cacat ke ape ni?" [kuangjaqqq]

"meh tengok kuku...halus sungguh!"

"macam kuku budak!"

ciss...bedebah!

kecik ke kuku aku? aku rasa normal jek...
dah jari tak runcing..
pesen montokss..
nak kuku beso, panjang macam mana..kan :P

Tuesday, October 05, 2010

[ lima sepuluh dua kosong sepuluh ]


melayangkan hati beribu batu
dengan harapan kamu di sana
masih mahu menyambut


p/s: recycle gambar. dah lama tak snap-snap..

Saturday, October 02, 2010

[ tuai padi antara masak ]

esok aku ada kelas. apa punya nasib sem ni aku dapat subjek lain dari coursemate. nasib satu subjek je yang lain. kelas yang pertama. masalahnya surat beranak kereta mati.

pilihan aku,

i) ponteng tiga-tiga kelas, atau

ii) ponteng kelas pertama dan tumpang member untuk pergi kelas kedua dan ketiga.

aku pilih nombor dua. jadi bila aku bagitau dia, jawapan dia pada aku..

alaa tak pe...kalau awak nak pergi kelas tu..kita boleh jek pergi awal.

kau gila? 2 jam tu nak tunggu. kelas aku mula 12.30. next kelas kan 2.30.

takpe. kita tunggu la ko.

tak payah. kita gi jek kelas pukul 2.30 tu. aku skip jek kelas aku tu. lagipun aku tak ready. aku tak suka masuk kelas yang aku tak prepare.

laaa takpe. kita hantar ko je dulu. lepas tu kita tunggu la. 2 jam je pun. kita ikhlas ni.

ahk gila. sungguh aku rasa terharu. bertuah pun ada. sebab ada kawan sebaik ini. tapi..semenjak dua ni..aku sedar..ada kawan-kawan lain yang aku rasa aku dah abaikan. betulkan?

bila diaorang ajak keluar, aku akan mengelak dan aku akan cakap aku bz. ye..sungguh aku bz. sebab kerja aku sampai sabtu. cuma ada 1 hari jek untuk aku rest. hari ahad. kalau cuti sabtu pun,sebab ada kelas. hari ahad lah masa untuk aku rest. siapkan kerja sekolah. buat revision.

hidup memang tunggang langgang. tapi ni pengorbanan yang aku kena buat untuk dapat hasil yang super lumayan kendian hari.. kan. ok. aku memang pentingkan diri sendiri. bangfes bangsat betul perangai.

ada kawan yang dulu aku rapat gila dengan dia. tapi sekarang ni aku rasa aku dah tak tau apa latest news pasal dia. dia nak bertunang pun aku tak tau berapa hari bulan. sms? dah tak ada dah sekarang. kalau dulu..buleh kata tiap-tiap hari.

dan..aku pun macam tak reti-reti nak sms dia kan? dua kali bangfes.


dekat fesbuk..mungkin..akan nampak aku hanya dengan certain friends. dan mungkin kawan-kawan yang lain akan rasa aku mendonno kan diaorg. ok. aku salah. aku jenis orang yang "lantaklah. peduli apa aku"

sebab aku rasa..macam mana pun diaorang tetap kawan aku. so..ape de hal. cuma yang aku tak sedar.. bila persahabatan yang semakin jauh tu aku buat bolayan, hingga akhirnya tak mustahil kalau hilang. yang rugi..mestilah aku.

jadi aku rasa sebelum aku jadi makhluk Tuhan yang paling rugi sebab hilang kawan-kawan..aku rasa aku kena buat sesuatu. sebab..aku sayang kawan-kawan aku. ni antara harta aku yang paling bernilai.

bukan sebab ada kawan baru aku jauhkan diri dari korang. atau i'm too proud with my life now.. [memang pesen fakerudin pun kan]... but it just..entah..aku pun tak tau. tapi aku rindu korang. serius!

miss the moment A LOT!!

Friday, October 01, 2010

[ ucapan birthday paling touching ]

dari kakak nombor dua, puan nurse di kelana jaya.

"happy birthday. tak nak kawin ke? dah cukup umur kan"




ouch!
menusuk jiwa raga ai tau kakak..

reply:
sila cari bakal adik ipar. nak doktor ye. hahahahaha!

;P


p/s: hadiah paling mahal: doa dari sahabat².. =)