walaupun aku ni kawan yang selalu di kategorikan sebagai puaka tebing biru yang suka membahan dan mensayurkan kawan,
yang selalu mengkonsepkan harta ku-harta ku-tapi-hartamu-hartaku-jua pada hartabenda kawan,
yang suka bergurau manja dengan ayat "ko paham ke tidak ni setannnnn" atau "cilake kauu",
yang selalu menyalahkan binatang kaki pendek, idung panjang, gemuk dan kaler pink = BABI dalam apa jua keadaan,
yang tanpa rasa bersalah akan menyepak secara turbo pada betis kawan bila kawan cuba buat lawak bangang,
yang suka membaling apa saja benda yang ada di depan mata sekiranya tak puas hati dengan kawan,
dan selalu reply mesej ikut mood dan kadar kerajinan. selalunya malas.
tapi walau sejahat mana pun aku..tetap jugak akan cuba menolong selagi terdaya kalau kawan memerlukan pertolongan[sweet kan ai], ye lah..kawan kan. kita tak boleh nak jadi pihak yang hanya menerima. harus jugak jadi pihak yang memberi.
dan antara satu sebab dalam persahabatan yang aku tak buleh terima dan boleh bikin hati jadi mendidih, bila isu pandai tak pandai, bijak tak bijak. bukan sekali. selalu sangat.
mesej yang diterima semalam. katanya aku dah lama tak mesej dia [kau tak tau ke betapa malasnye aku nak picit button henpon tu??] sebab...
"ye lah..awak pandai. kita tak pandai. mesti la taknak kawan dengan kita lagi" "kita ni bodoh, tak pandai macam awak"
hoiii..kalau aku ni pandai sangat..dah lama aku jadi professor..tahu? kalau sendiri tak nak berusaha nak mengubah nasib diri, hanya berserah jek pada takdir, penuh dengan sikap negatif, mereput la kau dekat situ. tak kemana. jadi berusaha, tak dapat nak melangkah banyak, dapat satu tapak ke depan pun dah cukup untuk buktikan yang kau berusaha. bukan hanya tahu keluarkan statement macam tu. baik jangan mesej aku. simpan jek kredit tu mesej ke orang lain. sakit hati aku ni..tahu?
sekian. karangan saya tentang kawan saya.
p/s: aku bukan super genius, tapi sekurangnya aku belajar =)
26 pengkomeng:
tiap² 'yang' tu aku terbayang sorang muka kawan, hehe
ayat anti aku adalah 'awak kaya, saya ni takde duit'- sampai bila² la hidup ko takkan senang asik nak compare dengan orang
aku tak suka org macam tu..
saya ramai kawan macamtu.sebab pada mereka saya lebih hebat dari mereka~tapi saya memang hebat pun~haha~~riak~
kwn ko ni kurang kasih syg..pekata ko belai-belai dia...ahaks..mati aku kene pelengkung pasni :P
kkkaaaannnnn...
aku pun tak suka orang cakap macam ni.
selalunya sebab orang lain amek dip dan aku ni terus degree,
jado orang selalu cakap.. ye la awak kan pandai......
ngen. nyampah aku macam nih.
LU NAK WA SOUND KAWAN LU TU TAK?
hai prof hanie.
org pandai xbleh kawan dgn org pandai ek??? xtau plak..
kl cenggitu nape kita kawan ek?? [perli] aku kan lg pandai dr ko.. pandai menipu... hahahahhaa..
ckp kat 'org-yg-pahsan-bodoh' tu.. WHAT THE HELL!!!!!
sebenarnya, aku suka makan karipap
ayat skema tu :D
saya suka kawan dgn orang pandai *macam kamu* walau saya kurang pandai. hihiks!
@kucingorengemok
kannn..pesen tak reti bersyukur punya gaya..haihh
@Puan Capa
sakit hati kan? haihh
@bujal X
hah..nanti boleh nyanyi lagu sheilaon7..pria terhebat..haha
@fatt
wakakaka! ko nak kena starlite dahi ke fatt? :P
@mirachantek
super annoying..kan? ntah ape2. tak tau mentaliti dia di tahap berapa.. huhu
@Mimie.Candy Cane
wa tau lu garang milk..sabor2...lu gune caps ni buat wa gerun pulekk..haha
@- GC -
hah..esaimen bila nak antar? eh?
hahaha
@enassempoi
kahkahkah..siottt...
lantok lah dia na..maleh aku nk mikirkn sgt...
@frwls
hah..tadi br lepas makan karipap..uishh.. sedappp :P
@julietchun
ayat mintak simpati...ke mintak kaki? hehehe
@gadisBunga
saya suka kawan dengan org cantik macam kamu. terus saya feeling miss universe..:P
takde org di lahirkan tak cerdik, cm yg ada malas jek..hehe
betul tu hanie...bukan semua orang genius macam gua...opppssss....hehehe
deswai ai suka kawan dgn minah senget yeayyy..minah senget yeayyy mcm tuan punye belog neh...
wakakakakakakaa
tgh recall balik last msg aku kat ko semalam....sama x?
hahahahahaha...
T___T
Post a Comment