dari Anapji Pond, kami terus ke Bulguksa Temple. antara tempat wajib datang kalau korang ke Gyeongju.
Bulguksa Temple ni adalah disenaraikan sebagai salah satu World Cultural Asset oleh UNESCO. jadi kalau rasa-rasa nak menghayati keunikan dan kekaguman senibinanya..boleh la masukkan tempat ni dalam list korang. kalau ada banyak masa lah. sebab Gyeongju ni..jarak perjalanan dari Seoul via bus..dalam 4jam.
Direction:
From Gyeongju Intercity Bus Terminal / Train Station / Anapji Pond, take bus no: 10 or 11 to Bulguksa Temple.
Fare: 1,500 won
jangan risau sesat ke ape..sebab bus ni memang akan berhenti dekat kaki bukit ke Bulguksa Temple tu..
Admission Fees
Adults (ages over 19): 4,000 won
Youths (ages 13-18): 3,000 won / Group 2,500 won
Children (ages 7-12): 2,000 won / Group 1,500 won
Children (ages under 7): Individual Free / Group 1,000 won
Operating Hours:
07:00 a.m - 18:00 p.m
Parking Facilities Available * Parking Fees - small 1,000 won / large 2,000 won
for more info, boleh ke sini
di sebabkan Bulguksa Temple ni terletak atas kawasan berbukit..jadi jalan nak ke main entrance memang mendaki sikit
masuk saja.. jumpa kolam.. di larang mandi manda mahu pun buat aksi berkemban basuh baju! |
orang dah nak balik..kami baru nak sampai. oh.. |
sebenarnya aku nak snap gambar pakwe k-pop ni jek buleh tahan kacak.. aummm! |
dah namanya atas bukit/gunung kan.. harusla mendaki yuolls.. |
2 makhluk gigih..kakakaka |
Bulguksa Temple ni banyak section.. sebabkan masa tak cukup untuk jelajah semua jadi kami tuju 1 tempat je la |
view dari luar |
wa tak tau nak letak caption apa. kakaka suka hati kome la nak letak caption apa |
motip gambor? tak de.. |
gayat juge kalau renung lama-lama.. buleh mari rasa semut-semut dekat kaki |
masa ni dalam 5.30 petang. Korea adalah awal 1 jam dari Malaysia jadi 5.30pm tu dah macam 6.30pm dah |
sekali lagi... letak la caption korang sendirik.. |
sekiranya ada wish yang korang nak tulis..boleh tulis atas atap ni. berapa duit sekepim tak tau la pulak.. sebab masa kitaorg turun kedai dah tutup.. |
sebenarnya..ade satu peristawa bangang terjadi masa kami tengah turun dari Bulguksa Temple ni..
dekat tangga yang last..kami jumpa dengan satu pasangan ahjumma & ahjussi,
diaorang baru lepas tutup gerai kat tepi tu.. ahjumma tu ada anjing kecik..
bukan main hyper lagi anjing tu..comel la jugak..
wa tengok anjing tu..
anjing tu tengok wa
wa tengok anjing tu lagi
tetiba...
bedebupppp!!!
wa cium tanah. cilakak... macam mana wa buleh tak perasan anak tangga last tu.. tak memasal wa sujud menyembah bumii.. deng!! hanjeng kan?!
reaksi ahjumma tu?? priceless... kakakaka