Translate

Monday, April 30, 2012

[ demotivated ]


 soon..
p/s: counting the days.. ^^V

abam jarr punya tweet: "@jarr9881: Bila kita suka keje kita, kita akan rasa excited setiap hari pegi ofis. that was me back to Sept 2007. but now? Demotivated"

 that's how i feel now.. - -; tapi takpe lah..bersabar sikitttt saja lagi.. ^^



credit: gambar lebai gugel yang punya!

Thursday, April 26, 2012

[ South Korea 6: Jagalchi Market, Busan ]

haaa..taktau la bila entry South Korea ni nak habis kannn... dah masuk setengah tahun dah ni..tapi tak jugak habis-habis... biasalah..dah update ikut suka hati perut kan.. hehehe

so...sekiranya korang ke Busan.. antara tempat "wajib" pergi.. Jagalchi Market. takde beza pun dengan market-market kita nih.. cuma oram kata..Jagalchi Market ni melambangkan Busan..yang femes dengan hasil laut. dan kalau korang nak makan seafood yang best..sini lah tempatnya.  ke kot tetibe nak beli sotong kering, ikan masin bawak balik kann.. haha

kalau nak ke Jagalchi Market nih..

Direction:

Get off at Nampo-dong Station, Line 1, Exit 4, walk towards Dried Seafood Market (5 min) 


ataupun

Get off at Jagalchi Station, Line 1, Exit 10, walk in direction of Agricultural Product Department Store. (From the exit, turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street). Walk towards Sidonga Market (5min)


Sistem train dekat Busan ni lain sikit dari Seoul. jadi kad t-money tu tak dapat nak guna kat sini. korang kena beli tiket dekat mesin tiket dekat station.

rupa paras beliau.

nampak ikan besi nih.. maknanya dah sampai lah tu...
patutnya ada pintu gerbang..
tapi tak jumpa la pulak
entah dekat mana beliau menyorok

hasil laut bumi Tuhan...
wahhh ayat..puitis nak mampuihh
hidup lagi tu.. jangan buat main..

Busan.. I'm in love!

perlu caption lagi ke? hahaha

dah tepi laut..mesti la ada kapal ye dok..

Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street


haaa..dekat Jagalchi Market tu jugak.. kalau korang jalan straight je ke depan.. korang akan sampai ke Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street. sapa-sapa yang suka shopping tu..mesti dia senyum lebau kalau mari sini.

di sebabkan setiap tahun, bulan Oktober ada Jagalchi Cultural Tourism Festival.. suasana memang meriah gila. kena pulak masa kitarang pergi tu.. ada Film Festival sekali. pehh.. mana-mana pergi nampak orang jek. sesak gila.

pandang kanan..orang

pandang tengah ada ahjussi tengah posing

pandang kiri makwe mata sepet

pandang belakang..nampak kepsi

acara penutup
Iced Caramel Macchiato,
Paris Baguette
fashion street ni aku tak tau la berapa luas dia.. kitaorang jalan dekat 2-3 jam sampai nak tercabut tempurung lutut..tak jumpa-jumpa jugak hujung nya.. jadi.. shoppaholics!! ini lah sorga anda! get ready won nye ajee.. haha

Friday, April 20, 2012

[ threshold secara manual ]


wa ada paper hari senin depan. last paper untuk exam sem. ni
patutnya wa pi mengaji, baca buku la kan?
tapi harammmmm...
dia pi bukak Paint, dia mengerjakan benda nih.. - -;
melampaukan?

ok..wa tau..hasil memang sedikit sampah. cubaan pertama. cuba dan salah oram putih kabor.
kakakaka ;p


Wednesday, April 18, 2012

[ rasa macam nak cari kerja part-time ]


masalahnya wa bukan betmeng..nak cuci tingkap
wa gayat sikit tempat tinggi-tinggi

ada dok keje part-time masa weekend jek?
kalau ada wa nak apply..
serius nih.. - -;

bila pikir pasal segala macam hal berkaitan duit nih
ada jugak sipi-sipi rasa nak jual dadah..kakaka

Friday, April 13, 2012

[ wa dah agak dah..benda ni mesti jadi punya! ]

sebelum keluar rumah..tergerak hati nak check air, bateri, whatever segala natam..
tapi lepas tu mari rasa malas.. biasalah..
perangai pesen "ahk.. ok punya lah tu" memang tak senonoh sikit..

sekali kau.. hambek!
padan muka diri sendiri..
tengah-tengah hari panas..jammed pulak..
temperature naik mendadak!
mula-mula ingat kenapa la kereta rasa panas macam sauna
air-cond buat hal ke? sekali tertengok ke temperature..
nah.. dah jadi macam ni..

pakcik gugel punya gambau

nasib baik memang dah sediakan air sesiap dalam kereta
tunggu enjin sejuk..lepas tu baru isi
hambik kau! nasib tak kering kontang..
kalau tak.. mau berasap kereta aku!
itu satu hal.. tank bocor pun aku takut juge...
jauh lagi tu nak balik rumah!

jadi pengajaran nye..terutama untuk makwe-makwe
selalu-selalu la check kondisi kereta anda
kalau jadi hal macam ni.. tak ke naya!

sekian pesanan khidmat masyarakat. kakaka

Friday, April 06, 2012

[ kadang² mari jugak rasa nak baling henpon ke dinding ]

sebelum tido..baring² layan main game dekat henpon

tengah² kusyuk..

pelepekk!!

henpon jatuh setepek atas muka!

benci kan..

sakit tau dak!

Tuesday, April 03, 2012

[ sungguh aku teracun dengan Negeri 5 Menara ]


"orang berilmu dan beradab
tidak akan diam di kampung halaman
tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
merantaulah..
dan kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
berlelah-lelahlah..
manisnya hidup terasa
setelah lelah berjuang"
- Imam Shafii - 



p/s: setelah Andrea Hirata membuatkan aku iseng dan mabuk kepayang, kini Ahmad Fuadi membuatkan aku semakin berani mengejar mimpi. dan Ranah 3 Warna membuatkan hati ku jatuh berkeping-keping. aku rindu Abah. Al-fatihah