Translate

Monday, May 21, 2012

[ South Korea 8: Semalam yang sejuk di Itaewon, Seoul ]

ok. sambungan.

Kami bertolak balik ke Seoul dari Gwangju tepat pukul 6.25pm. kat sana punctual ye. ko lambat jek.. bye². perjalanan mengambil masa [hamboiii macam ayat buku teks sekolah] lebih kurang 3jam 30min. jadi kami akan sampai ke Seoul Express Bus Terminal lebih kurang dalam 10pm lebih² sikit.

masa dekat Gwangju..kami berdiskusi. ye lah.. sampai Seoul nanti dah pukul 10 malam..rasa mcm rugi pulak nak bayar 1 hari untuk hostel..walhal dah booking nih. [punyalah cheapskate! hahaha] kebetulan pulak salah sorang dari kami dapat info..katanya ada member dia bagitau.. boleh bermalam dekat Masjid Itaewon. wahh..ini sudah bagusss... pung pang pung pang..kami sepakat nak kensel kan 1 malam dekat hostel tu. maknanya.. kami hanya akan check-in keesokan harinya. huihh dah jimat 17,000 won sorang dah tu. buleh buat beli fridge magnet. katanyaaa.

dah turun naik subway, menapak naik bukit segala bagai sambil memikul anak tapir sorang sekor.... lebih kurang 11 malam lebih sikit..kami pun sampai la dekat Masjid Itaewon tu. Alhamdulillah.. sampai jugak la..ye dak. walaupun memula tu agak meraban juga.

kami pun meninjau [?] sekitar kawasan masjid. ye lah.. takkan nak main serbu masuk je kan. kena la jumpe dengan orang yg incharge kan.lebih kurang 5-10 min macam tu..muncul sorang pakcik. rupanya dia pendakwah dari Pattani. dah berpuluh tahun jugak lah dok ulang alik ke Itaewon tu untuk berdakwah. sampai terrer speaking korea gitu.

kami pun cerita la tujuan kami semua.. dan tup-tup dia kata.. tak boleh tumpang tidur kat situ. erkss? muka masing-masing dah cuak tahap gaban. tragedi di Busan terbayang-bayang dalam kepala otak memasing. nah.. baca SINI kalau nak tau cerita.. aku malas nak taip. hahahaha aci? tu mujur dapat tempat macam tu..ni sekarang ni apa cer? hostel dah kensel. takkan nak lepak subway lagi kotttt...

sambil buat muka pilu dan sayu, kami mintak untuk tumpang bermalam untuk malam tu jek. sebab badan memang dah penat gila babi.. pikiran pun tak dah berapa nak waras sangat. kejutan demi kejutan ni hah. jadi kami pun terkedek-kedeklah ikut pakcik pi dekat pondok pengawal situ. pakcik tu bagitau dekat orang yang jaga kat situ..kata kami nak tumpang semalam saja. dengan syarat..sesudah subuh kami harus cau cin cau dari situ. pungpang pungpang dia cakap korean.. yang aku dapat tangkap.. dia sebut 3 budak pompuan ni, baru sampai dari Gwangju dan takde tempat nak tidur. jadi nak tumpang sini. esok pagi-pagi diaorang keluar. gitulah lebih kurang.

syukur alhamduillah kepada Ilahi..malam tu kami dapat tempat tido. walaupun dekat bilik conference jek.. kitaorang dah bersyukur gila. dengan cuaca sejuk ya hamat lagi. kalau tak..malam tu.. kami tido subway lagi untuk kali ke dua. T.T

pengajarannya di sini... sila pastikan betul-betul maklumat yang korang dapat tu. untuk mengelakkan kejadian yang macam kami nih. hahahaha. rasa..nak nangissss..macam lahanat!

Itaewon Mosque
gigih jugak nak snap-snap pukul 7 pagi..

macam kehidupan. serabut.

entah tak tau pasai apa..
tapi aku fefeling macam ada dekat Jepun bila tengok gambar nih
wahhh verangannnn
view jam 7 pagi di kala matahari masih malu-malu..
[puiii]

kami lah penyamun di dalam negeri
hoi hoi hoi

walaupun homeless..
brekpes tetap tak menahan..
Starbucks uolls
selera naga!
motip nak berlep-lep?
sebab kami gumbiraaa...tak mandi pagi..
- -''

11 pengkomeng:

rayyan haries said... Best Blogger Tips

Haniee.. best giler experience! Masjid tu cantik lah..hehe...kalau dia tak bagi cakap "Ahjusi, i nak buat qiamulail" ..hehe...

Selamber Rock said... Best Blogger Tips

kehkehkehkeh....padan muka kita, kan?

Ren said... Best Blogger Tips

Hahah aku pon penah g masejid tu solat zohor...tapi tido hotel mewah org blanje kekekeke.

hanie said... Best Blogger Tips

@Rayyan Haries

haaa..dengar mmg best giler. tp masa lalui tu.. rasa nak balik rumah.. nangess.. hahahahah

hanie said... Best Blogger Tips

@xazuraxabux

kannnnn. hahahaha.tp tu lah..pengalamannn.. ;p

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

kannn..kemain!! hahaha kami tido kat conference room je tau.. atas stage pulak tu. retis sgt. hahaha

Coffee Girl said... Best Blogger Tips

eh dah aga gambar profile! u ke tu? hehe

Serabutnya wayar... macam kat kuching jugak. :-) best tak backpack negara orang?

hanie said... Best Blogger Tips

@Coffee Girl

hahahaha!! dah sah2 la bukan gambar ai! comey sgt tuu.hahaha ai is shrek ok. hahaha

sgt2 best...sb mcm2 pengalaman dapat. ^^

NEKCIK said... Best Blogger Tips

hanie: Nekcik suka sungguh area masjid ni..sebab senang makan...macam macam makanan halal ada

hanie said... Best Blogger Tips

@NEKCIK

betul tu nekcik...sb ni b oleh kata kawasanan muslim kan.. mmg senang nk cr makan.. hehehe

Saffa said... Best Blogger Tips

Hey, Pak Cik tu la my relative! Pergi jalan-jalan kat sana memang selalu dengan anak perempuan dia most of the time. Sebab tu tak ada masalah sangat kitaorang travel sendiri kat sana etc. Huhu.

But after Ramadhan ni dia dah nak balik duduk kat Thailand balik. :/