Translate

Thursday, September 15, 2011

[ ibadah memblog ]

wa baca blog Lim Bun Tat tadi.. terus wa teringat ibadah membelog wa. kalau ikut surat beranak..blog wa ni lahir bulan February, 2008. eceh.. bulan kasih sayang remaja bangfes kabor. pungpang²..kira² sudah 3 tahun 7 bulan usia beliau. lagi 2 tahun dah buleh register masuk pra sekolah. dah besor rupenya blog wa ni.

kalau ikutkan..wa mula² buat blog, tahun 2007. tapi masa tu macam pesen malu² sikit nak hapdet. hapdet pun serupa gampit bila wa baca balik. jadi wa ambik keputusan..delete itu blog! alah..dalam blog ni pun..entry² awal banyak yang wa delete.. jadi jangan harap la wa nak publish entry² lagha tu ha ha ha!

dari blog ni..kendian wa ada cawangan lagi dua. wa diberi peluang jadi rangers dekat SOLTURA. pakatan penulis² blog yang bebas berkarya dan bermain dengan abjad. tapi..kebebasan masih ada had nya. mana buleh main hentam keromo saja. ewah. macam buku teks pulak.

kendian di sebabkan wa ni agak gila mengetik gambor..wa buat satu lagi blog. GAMBARAJAH. yang ni wa kongsi dengan beberapa blogger lain. tapi tu lah dia..macam tak ada gambar baru saja. kepada yang berkenaan..sila ambik perhatian. ha ha ha.. wa ni pengguna kamera LOMO. jadi ada 3 film wa belum cuci. tak ada masa nak pi antor kat setapak tu.. nanti dah siap cuci..wa kasik hapdet sana.

yang bagusnya ibadah membelog ni..wa dapat jumpa ramai kawan². yang dah bertentang mata pun ramai..yang belom apetah lagi.. tapi dah lama membelog ni..cabaran dia satu saja lah..CERITA. ye lah..wa kan cerita perihal kejadian² dalam kehidupan wa..kadang² terbabas masuk ke lane jiwang. hehehe *gelak pekup mulut* kadang² wa ni pesen rajin tak tentu hala hapdet sehari 1 entry. kadang² malas dia tahap..masyaAllah! seminggu dua jugakla nak siap entry. guane nak siap..asal taip..delete. asal delete..taip semula.

eh. panjang pulak jadinya. :P nanti wa sambung lagi. kalau rajinlah.

p/s: malam ni wa balik kampung!

Monday, September 12, 2011

[ misteri kehilangan henpon ]

semalam wa hilang henpon.

cari dalam beg.. tak ada.
cari dalam bilik. tak ada jugak.
cari dekat port main internet.. pun tak ada.

ahk sudah.

habis satu rumah wa punggah. tak de jugak.

mana laaa wa letak natam tu??!! mintak manap miskol pun tak dengor bunyi ada kat mana. cissssss!

tetiba teringat satu tempat. tapi rasa mustahil pulak.
tapi tak cuba tak tau... ye dak.
cari punya cari.. hah jumpe!!
alhamdulillah..

tak pernah di buat orang henpon bungkus sekali dengan sayur..
simpan dalam PETI AIS!

haih!

henpon wa. antik kan? kakakaka

Saturday, September 03, 2011

[ untuk abah ]

abah,
harini genap 9 hari abah pergi. pergi meninggalkan kami adik beradik..dan emak. tapi kehadiran abah masih terasa. masih terdengar-dengar suara gurauan abah. masih tercium bau abah. kadang-kadang acu masih terbayang abah duduk di kerusi tepi meja. hisap rokok daun sambil minum kopi. macam petang-petang yang biasa. kadang-kadang kita bergurau mengusik..sambil abah tepuk bahu acu.  abah, bukan acu tak redha pemergian abah.. acu terima ketentuanNya dengan hati terbuka. tapi masih banyak yang acu nak buat untuk abah, nak membahagiakan abah dengan mak. masih banyak cerita yang acu simpan untuk kongsi dengan abah.

abah,
pagi 26 Ramadhan, acu dah tak sabar nak balik rumah. acu nak berbuka puasa dengan abah. tahun ni acu cuti panjang. acu nak balik kampung lama-lama. acu rindu dengan abah. dengan mak. acu saja tak nak call abah malam tu, sebab acu nak buat kejutan untuk abah. acu dah beli baju raya abah. baju kemeja lengan panjang. jalur-jalur biru. acu tahu, abah lebih suka pakai kemeja dari baju melayu. acu tak sabar nak cium tangan abah, nak bermanja dengan abah, seperti selalu-selalu. tapi abah, acu yang terkejut. 9.30 pagi achik call suruh acu balik cepat. achik cakap, abah pengsan. acu dah mula risau. bukan sekali ini abah pengsan. tapi acu masih boleh kawal perasaan. acu fikir, mesti sakit abah menyerang balik.. sampai Aye call acu..aye cakap.. abah dah tak de.

dunia acu jadi gelap bah..fikiran acu kosong. masa seakan  terhenti berdetik. acu tak percaya! sedaya upaya acu tahan air mata. tak.. tak mungkin. abah mesti sihat-sihat saja. abah acu tak apa-apa. acu call kak bib. acu nak kepastian. acu tak percaya bah. abah mesti sihat. abah mesti tengah tunggu acu balik kan. tahun ni kan kita dah plan..satu family nak raya dekat penang. nak raya rumah aye. abah kan tak sabar nak balik sana. nak balik jenguk saudara mara kita. tak..abah tak apa-apa. acu tahu..abah kuat. ni kan abah acu. super hero acu. abah juara dunia no. 1.

tapi bah..kenyataan tetap kenyataan. kak bib pun bagitau acu..abah tak de. abah dah pergi tinggalkan acu. tipu!! acu tak percaya! pagi Jumaat..abah pergi tinggalkan kami pada pagi 26 Ramadhan. Ramadhan terakhir. acu dah tak leh kawal air mata. acu kemas meja opis, acu terus keluar, drive balik kampung. acu dah tak peduli apa pun bah. yang acu tahu, acu nak cepat sampai kat rumah. acu nak jumpa abah. abah kena tunggu acu balik. acu nak tengok abah, acu nak kucup dahi abah. sebab acu tahu, acu takkan ada peluang lagi. jadi, abah kena tunggu acu balik tau.

2 jam 30min bah..acu dah sampai kampung. tak pernah-pernah acu drive macam tu. acu dah tak peduli apa pun. semaksimum mungkin acu drive kereta. dalam kepala cuma ada satu, acu nak sampai kat rumah. nak jumpa abah. air mata tak berhenti mengalir. tapi acu tak peduli. abah tetap kena tunggu acu balik. acu masuk rumah, acu jumpa mak. acu peluk mak kuat-kuat. mak cakap..abah dah takde. abah dah tinggalkan kita. acu jalan ke depan. acu nampak abah. abah baring di tengah rumah. ade orang buka penutup kain bahagian muka abah. acu nampak abah. wajah abah tenang sangat. macam tido. susah untuk acu percaya abah yang acu sayang dah tak de. acu duduk di tepi abah, baca Yassin untuk abah. antara percaya dengan tidak bah..abah yang ada di depan acu sekarang dah tak bernyawa. hanya jasad yang menyambut acu balik. bukan dengan pelukan seperti selalu-selalu.

acu pandang mak, macam mana keadaan mak nanti. insan tersayang yang hidup bersama selama 47tahun telah pergi menyambut seruan Ilahi. mak mesti lagi sedih. acu tak boleh sedih-sedih depan mak, tapi acu tak mampu bah. hati acu pedih. lagi pedih bila mengenangkan gurauan abah. abah selalu cakap abah dah nak mati. tapi kami adik beradik sikit pun tak ambik pusing. kami dah biasa sangat dengan gurauan abah macam tu. abah suka sangat cakap yang bukan-bukan. tapi rupanya kali ni abah dah tak bergurau lagi.

mak cakap, pagi tu abah keluar. cari buluh lemang. untuk anak-anak. untuk raya nanti. balik dari cari buluh, mak tanya abah, dapat tak? abah cakap ade..ade abah pacak dekat parit. nanti boleh ambik. lepas tu abah masuk rumah. mak ingat abah nak basuh tangan, tapi tiba-tiba mak dengar bunyi benda jatuh. mak tengok abah dah terbaring tepi sinki. mak tanya abah..kenapa abah tido dekat situ. abah bangun lah, jangan buat mak macam ni. mak takut tengok abah macam tu. mak basahkan muka abah dengan air. mak panggil abah.. abah buka mata. abah pandang mak. lepas tu abah diam. diam untuk selamanya. doktor sah kan abah meninggal kerana serangan jantung.

dalam pukul 4 petang, semua urusan selesai. semua anak-anak abah dah sampai. alam mula kelam, dan langit mula menangis. mengiringi pemergian abah. kami mengiringi abah ke tanah perkuburan. inilah kali terakhir kami akan melihat abah. tapi bah, kenangan tu tetap akan terus segar dalam ingatan. kami anak-anak abah akan tetap melaksanakan tanggungjawab kami sebagai anak-anak abah. mendoakan kesejahteraan abah di sana. moga abah tenang di sana. dan di tempatkan di kalangan para kekasihNya. semoga kita bertemu lagi nanti bah.

untuk kawan-kawan yang sama-sama mendoakan, ribuan terima kasih di ucapkan. hanya Allah swt yang dapat membalasnya. =)


Allahyarham Sa'ad bin Husin
26 Ramadhan 1432H / 26 August 2011

p/s: hati ini terlalu sarat dengan kerinduan.