Translate

Saturday, January 30, 2010

[ orang kata laa.... ]

kalau letak nuffnang..hujung tahun nun buleh romen-romen dengan bimmer. pehh...macam menarik kan..? *mata bersinar-sinar dengan RM* uuu..materialistik nye. tak pun...cepat sikit la pergi haji kot.. :P

tapi traffic aku tak macam budak macha. traffic dia ratus-ratus. mana aci. dia guna elemen soft porn. siap maria ozawa jadi duta. cencurut betul budak macha tu. [hahahaha...cha..nanti ko bayar akak royalti..kalo tak...akak bakar sideburn ko]

nak register nuffnang jugaklah....

hikhikhik... [sumpah aku rasa nak lempang diri sendiri kalau buat pesen gelak cenggini..]


nih aku syak mesti ramai terpesong bila aku sebut romen-romen nih..haihh..ape nak jadi ngan korang nih....*sambil lari jauh-jauh... *

Thursday, January 28, 2010

[ bukan kisah putus cinta ]

semalam ku terima satu berita
kau sedang nazak. menderita.
kau mahu tahu apa yang ku kata?
padan muka!

sama ada kau derita bahana dosa
ataupun karma
aku tak peduli dan tak mahu peduli
tak terkesan lansung dalam jiwa
malah aku masih boleh ketawa
puas hati..ya..aku gembira.

dan kamu..
bicaralah apa saja
buatlah andaian sesedap rasa
tak mengapa
aku mengerti dan aku memahami
memang..
aku tak punya hati
jiwa ini penuh dengan benci
menjadikan seluruhnya mati

walau sedalam mana ku tanam
walau sejauh mana aku lemparkan
sebuah kisah semalam yang kelam
tapi hakikat
masih berdarah di dalam
memburuk dan membusuk
menjadikan hati semakin hitam

kemaafan?
jangan kau pinta
jangan kau harapkan
kerna..
telah lama hilang dari kamus kehidupan

perit putus cinta masih boleh ku telan
perit jiwa yang jahanam
sampai mati aku berdendam

kau boleh pergi mampus la setan!

Wednesday, January 27, 2010

[ sepasang sepatu merah ]

.




cinta pandang pertama dan akan terus jatuh cinta.

terasa macam sangat hensem bila dipakai.

ade sape² murah hati nak belikan aku sepasang? yang ori. bukan china mari. bukan apa...orang kata pakai kaler merah nanti banyak ong. tak tau la ong bak ke, ong tai kim ke, ong tee keat ke...tak pasti pulak.

nih yang aku rasa malam ni nak buat projek photostat duit ni. ada sapa² nak ambik sub-con untuk colouring part ke?