Translate

Saturday, September 03, 2011

[ untuk abah ]

abah,
harini genap 9 hari abah pergi. pergi meninggalkan kami adik beradik..dan emak. tapi kehadiran abah masih terasa. masih terdengar-dengar suara gurauan abah. masih tercium bau abah. kadang-kadang acu masih terbayang abah duduk di kerusi tepi meja. hisap rokok daun sambil minum kopi. macam petang-petang yang biasa. kadang-kadang kita bergurau mengusik..sambil abah tepuk bahu acu.  abah, bukan acu tak redha pemergian abah.. acu terima ketentuanNya dengan hati terbuka. tapi masih banyak yang acu nak buat untuk abah, nak membahagiakan abah dengan mak. masih banyak cerita yang acu simpan untuk kongsi dengan abah.

abah,
pagi 26 Ramadhan, acu dah tak sabar nak balik rumah. acu nak berbuka puasa dengan abah. tahun ni acu cuti panjang. acu nak balik kampung lama-lama. acu rindu dengan abah. dengan mak. acu saja tak nak call abah malam tu, sebab acu nak buat kejutan untuk abah. acu dah beli baju raya abah. baju kemeja lengan panjang. jalur-jalur biru. acu tahu, abah lebih suka pakai kemeja dari baju melayu. acu tak sabar nak cium tangan abah, nak bermanja dengan abah, seperti selalu-selalu. tapi abah, acu yang terkejut. 9.30 pagi achik call suruh acu balik cepat. achik cakap, abah pengsan. acu dah mula risau. bukan sekali ini abah pengsan. tapi acu masih boleh kawal perasaan. acu fikir, mesti sakit abah menyerang balik.. sampai Aye call acu..aye cakap.. abah dah tak de.

dunia acu jadi gelap bah..fikiran acu kosong. masa seakan  terhenti berdetik. acu tak percaya! sedaya upaya acu tahan air mata. tak.. tak mungkin. abah mesti sihat-sihat saja. abah acu tak apa-apa. acu call kak bib. acu nak kepastian. acu tak percaya bah. abah mesti sihat. abah mesti tengah tunggu acu balik kan. tahun ni kan kita dah plan..satu family nak raya dekat penang. nak raya rumah aye. abah kan tak sabar nak balik sana. nak balik jenguk saudara mara kita. tak..abah tak apa-apa. acu tahu..abah kuat. ni kan abah acu. super hero acu. abah juara dunia no. 1.

tapi bah..kenyataan tetap kenyataan. kak bib pun bagitau acu..abah tak de. abah dah pergi tinggalkan acu. tipu!! acu tak percaya! pagi Jumaat..abah pergi tinggalkan kami pada pagi 26 Ramadhan. Ramadhan terakhir. acu dah tak leh kawal air mata. acu kemas meja opis, acu terus keluar, drive balik kampung. acu dah tak peduli apa pun bah. yang acu tahu, acu nak cepat sampai kat rumah. acu nak jumpa abah. abah kena tunggu acu balik. acu nak tengok abah, acu nak kucup dahi abah. sebab acu tahu, acu takkan ada peluang lagi. jadi, abah kena tunggu acu balik tau.

2 jam 30min bah..acu dah sampai kampung. tak pernah-pernah acu drive macam tu. acu dah tak peduli apa pun. semaksimum mungkin acu drive kereta. dalam kepala cuma ada satu, acu nak sampai kat rumah. nak jumpa abah. air mata tak berhenti mengalir. tapi acu tak peduli. abah tetap kena tunggu acu balik. acu masuk rumah, acu jumpa mak. acu peluk mak kuat-kuat. mak cakap..abah dah takde. abah dah tinggalkan kita. acu jalan ke depan. acu nampak abah. abah baring di tengah rumah. ade orang buka penutup kain bahagian muka abah. acu nampak abah. wajah abah tenang sangat. macam tido. susah untuk acu percaya abah yang acu sayang dah tak de. acu duduk di tepi abah, baca Yassin untuk abah. antara percaya dengan tidak bah..abah yang ada di depan acu sekarang dah tak bernyawa. hanya jasad yang menyambut acu balik. bukan dengan pelukan seperti selalu-selalu.

acu pandang mak, macam mana keadaan mak nanti. insan tersayang yang hidup bersama selama 47tahun telah pergi menyambut seruan Ilahi. mak mesti lagi sedih. acu tak boleh sedih-sedih depan mak, tapi acu tak mampu bah. hati acu pedih. lagi pedih bila mengenangkan gurauan abah. abah selalu cakap abah dah nak mati. tapi kami adik beradik sikit pun tak ambik pusing. kami dah biasa sangat dengan gurauan abah macam tu. abah suka sangat cakap yang bukan-bukan. tapi rupanya kali ni abah dah tak bergurau lagi.

mak cakap, pagi tu abah keluar. cari buluh lemang. untuk anak-anak. untuk raya nanti. balik dari cari buluh, mak tanya abah, dapat tak? abah cakap ade..ade abah pacak dekat parit. nanti boleh ambik. lepas tu abah masuk rumah. mak ingat abah nak basuh tangan, tapi tiba-tiba mak dengar bunyi benda jatuh. mak tengok abah dah terbaring tepi sinki. mak tanya abah..kenapa abah tido dekat situ. abah bangun lah, jangan buat mak macam ni. mak takut tengok abah macam tu. mak basahkan muka abah dengan air. mak panggil abah.. abah buka mata. abah pandang mak. lepas tu abah diam. diam untuk selamanya. doktor sah kan abah meninggal kerana serangan jantung.

dalam pukul 4 petang, semua urusan selesai. semua anak-anak abah dah sampai. alam mula kelam, dan langit mula menangis. mengiringi pemergian abah. kami mengiringi abah ke tanah perkuburan. inilah kali terakhir kami akan melihat abah. tapi bah, kenangan tu tetap akan terus segar dalam ingatan. kami anak-anak abah akan tetap melaksanakan tanggungjawab kami sebagai anak-anak abah. mendoakan kesejahteraan abah di sana. moga abah tenang di sana. dan di tempatkan di kalangan para kekasihNya. semoga kita bertemu lagi nanti bah.

untuk kawan-kawan yang sama-sama mendoakan, ribuan terima kasih di ucapkan. hanya Allah swt yang dapat membalasnya. =)


Allahyarham Sa'ad bin Husin
26 Ramadhan 1432H / 26 August 2011

p/s: hati ini terlalu sarat dengan kerinduan.

21 pengkomeng:

Fatt said... Best Blogger Tips

takziah Hanie.

aku takle h tahan nak nangis baca entry ni.aku dpt tau berita ni pas bebudak ni post kat wall ko..aku terkejut sgt.

hanie,
wlpun pemergian arwah secara mengejut tp aku hrp ko kuatkan semangat utk mak ko, ok. korg sume kena kuat semangat utk dia.

aku doakan semoga arwah abah ko ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

al-fatihah

Selamber Rock said... Best Blogger Tips

al-fatihah...

moga abah tenang di sana... InsyaAllah..

Mimie.Candy Cane said... Best Blogger Tips

wa turut rasa kesedihan lu beb..hari wa tahu abah lu dah takde,aku yang sebak..lu kena byk2 sabar and banyakkan baca yassin utk arwah..semoga dia tenang di sana..

makwe joni said... Best Blogger Tips

kak

Firol said... Best Blogger Tips

sabar....tak boleh baca habis...semacam rasa kat dada

kemang~ said... Best Blogger Tips

hanie. nak menitik air mate bace entry ni...

sabo yer

sy dah rase ape awak rase

sy hilang mak. lagi perit

takpe, ade hikmah nye..byk kan bersabor ye

mirachantek said... Best Blogger Tips

sedihnya aku baca ni.
sabar k. be strong.
cakap mmg senang but you have to.

alfatihah utk arwah.

farwalis said... Best Blogger Tips

semoga kamu sekeluarga kuat....

setiap yang bernyawa......


alfatihah....

Unknown said... Best Blogger Tips

Hanie,
Salam takziah di atas pemergian abah. Semoga sentiasa tabah dan redha menghadapi ketentuan Nya. Utk abah, Al Fatihah dan semoga dia berada di kalangan org2 yg beriman. Amin...

❀aRaBeLLa❀ said... Best Blogger Tips

takziah dari aku.. semoga arwah ditempatkan org yg beriman..aminn

cDeeAbdulRazak said... Best Blogger Tips

Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

tasekM said... Best Blogger Tips

alfatihah.

tabah ye hanie...




.

Ren said... Best Blogger Tips

Makcik
Takziah di atas pemergian ayahnda tercinta. Aku tau perkara ni dari fatt sebelum raya haritu . Mesti ko terasa sangt kehilangannya, semoga ko tabah dan sentiasa tenang. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Ingatlah masih ramai yg sayang pada ko. Doakan roh ayahnda ko dicucuri rahmat dan tenang di sana.

Amin...

Coffee Girl said... Best Blogger Tips

Takziah Hani. Sebak saya baca entry ni. Harap Hani dah ok sikit sekarang.

Nerzhul said... Best Blogger Tips

takziah.

Cik Jannah said... Best Blogger Tips

takziah sis.
kite pon mcm sis jugak. baru kehilangan adik. dia pergi tanpa kita minta. tp janji tuhan, yg hidup pasti akan mati. ajal dia sampai dulu sebelum kita. redha la pemergian dia. yang penting kita yang hidup tak lepas doakan kesejahteraan arwah di alam sana. Insyallah. semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman. Ameen ameen ya rabb..al-fatihah

THE SUN said... Best Blogger Tips

Takziah. Sedih membaca entry ni. Terigt arwah ayah (2003) n abg sy (1998) yang dah pergi meninggalkan kami.

-AL-FATIHAH-

Anonymous said... Best Blogger Tips

takziah ye Hanie...

sedih bila org di sayang tlh pergi mengadap Illahi. Teringat jua pada arwah abah dan arwah mak...semoga semuanya berada disisi org2 yg beriman hendaknya.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam,

saya tak kenal kamu,tapi saya baca blog kamu. kita ada kisah yang sama, bila ayah kita pergi tanpa bagi warning. sabar dan tabah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. kirimkan doa untuk dia di sana. :)

Al-Fatihah

alien said... Best Blogger Tips

Moga Arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..
Amin~
Kamu kan kuat kak!
Tabahlah.

Ely Hasrul said... Best Blogger Tips

as-salam

first time sampai sini. takziah buat hanie & keluarga. be strong ya.

al-fatihah

ely