Translate

Monday, October 17, 2011

[ South Korea : Part 1 ]

안녕하세요... ^^V

[hapdet dekat opis. nanti malam aku taruk lebih gambau. sila bersabar ye]

alhamdulillah..aku dah selamat sampai..balik ke pangkuan negara najib yang tercinta jumaat lepas. kasik lepak-lepak hilang remuk badan baru sedap nak menghapdet..ye dok?
trip ni..bertiga dengan koq dan fatt.   yo lah..kena la bawak sifu. kalau harap aku ngan koq ni..mana nak banyak sangat pengalaman macam dia. kami ni konsep rembat dan redah. lagi pun ni 1st time gi negara yang jauh dari negara najip. ewah! lepas tu tak agak-agak..gi negara yang memang communication hancor..haaaa hambekkkk! padan muka aku. nak sangat.

6 October 2011, Rabu

Kuala Lumpur to Incheon

Flight kitaorang pukul 2:20 p.m. sepatutnya hari tu jugak aku kena ke Mahkamah Industri dekat KL sinun. ada kes. mula tu dah cuak jugak. maunye tak sempat.. nanges la aku balik rumah layan Winter Sonata sorang-sorang.sendu betul! tapi alhamdulillah..kes postponed ke bulan December. [deng! bulan tu pn ade trip gak.. wuwuwu jadi hanya mampu menadah tangan berdoa agar tarikh tak kena dengan tarikh trip. amin!]

sebabkan Fatt kabor dia lambat sikit..jadi aku dengan Koq gerak ke LCCT dulu. masa tu aku memang meradang dengan aku punya backpack. ape jadah berat macam galas batu lesung? padahal isi tak seberapa. tu pun ade yang aku keluarkan balik. kata travel light kan..tapi dah serupa ada peti ais bertenggek kat belakang guane? bila setelkan bab lagej..tengok berat beg.. 5.8kg je???. alahaii.. ape mende yang rasa berat sangat? dah..jangan cakap ade mende lain tumpang nak balik korea. aku geletek korang sampai pengsan!

sebabkan aku dengan koq tak pernah jumpa lagi dengan si fatt ni..kira macam blind date la jugak kekdahnya. hahaha tercangak-cangak cari sampai dalam perut kapal terbang. tak nampak jugak bayang. last-last aku call.. alahaiii..tak jauh jek jarak. selang 1-2 seat jek. seat kami memang bersepah-sepah sebab memang tak booking seat. pasrah and redha jek dapat kat celah mana. jimat katanya.

kami sampai Incheon International Airport lebih kurang dalam pukul 9.30 malam. lepas setel hal lagej semua, terus ke kaunter Sroaming untuk ambik phone yang aku sewa. aku sewa phone ni bukan apa, senang nak contact member2 aku kat sana dan IN CASE  ade ape2 hal berlaku.. [which is memang terjadi la kan.. yang tu kendian aku cerita]

kalau korang nak sewa phone, aku rekemenkan korang booking online dekat website ni.. SRoaming sebab selain harga dia lebih murah, korang akan dapat 50% diskaun dari total usage kalau booking online.cuma lecehnya, masa nak ambik henpon tu..kena present passport dan kad kredit. just untuk secure. katanyalah. aku yakin rata-rata korang ada kad kredit kan. aku jek takde. sebab kalau ada, 100% sampai pencen tak abes bayar utang. kejenye nk gores dan menang jek hahaha.

untuk kemudahan korang berpeleseran di Seoul, adalah lebih baik korang guna T-money. kad ni digunakan untuk public transport dekat Seoul macam bas dan subways.

 lagi info buleh baca dekat sini

konsep kad ni sama macam TouchNGo yang kita guna jugak lah. dan T-money ni boleh di beli dekat mana-mana mini mart yang ada logo T-Money. jangan risau..dekat sini memang bersepah mini mart macam Family Mart, E-Mart dan segala mart2 yang lain. dan T-money jugak boleh digunakan untuk beli barang-barang dekat mini mart tu. senang kan..? agak2 tak cukup sen..tenyeh jek T-money..

di sebabkan masih awal, dari buang masa goyang kaki dekat airport, kami sepakat nak ke Namdaemun Market. Bukak almost 24hours katanya. Mana la tau, buleh cuci mata kan. Sebab kalau ikutkan itin., kami akan ke sini pada hari ke 5 nanti. Jadi kami terus ke tempat menunggu bas. Rupanya ini bukan bas biasa ye. Nama dia Airport Limousine Bus. Kira bus ni direct dari Incheon Airport ke tempat-tempat di Seoul. Boleh rujuk sini. harga single journey adala 10,000won. umakaii.. mahai gilo. tengok nama la kan. mampu naik limo? sah2 la kami tak mampu kan..hahaha jadi ambik keputusan untuk naik subway. lebih murah dan jimat.

naik subway memang seronok. tapi apa yang menanti kami lepas tu..lagiiiii seronok!! pengalaman yang tak terduga, di follow oleh orang mabuk, lost in communication, naik turun bukit selama 2 jam, join orang homeless tido dekat subway station.. semuanya memang gila! time nak taip ni pun aku dah tergelak-gelak macam orang gila. jadi sebelum boss saspek yang bukan-bukan.. kendian nanti aku sambung ye.

to be continued...

26 pengkomeng:

Fatt said... Best Blogger Tips

aku rasa jurnal ko abih dulu. jurnal aku berjela2...hahaha :P

kemang~ said... Best Blogger Tips

bravo bravo !!

Ren said... Best Blogger Tips

hahaha aku pon rasa macam tu fatt, jernel si hanie ni aku rasa cam berdesuppppp! kalah Petir..tapi best sebab dapat dengor citer dari dua belah pihak hehehe,

Aleen Aiden said... Best Blogger Tips

woahh..

Ako Retna said... Best Blogger Tips

halo hanie,

ni mai singgah dari blog fatt ni..
saja nak baca hasil tulisan cik hanie plak selain tulisan si fatt tu..

ye la kan lain orang lain cara bercerita nyaa..

so, hip hip horaayy!!
tak sabar nak sambung pembacaan lagi ni..

Aleen Aiden said... Best Blogger Tips

erk,gambar kat atas skali kaki kau kah?keh3

tasekM said... Best Blogger Tips

tak sabor nk tgk gambor beb..


.

hanie said... Best Blogger Tips

@fatt

blog aku bkn travelog mcm blog ko weh... hahaha main hapdet ikut mn yg igt saja. hahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@kemang~

bravo tu bravo jugak kemang..badan remuk mcm kena gelek steamroll ape cer? ha ha ha ha

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

sabar la pakcik..ade byk lg ni nk hapdet hahaha tp tak sedetail fatt punya entry lah. biasalah.. pemalas. hahahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@aleen aiden

hew hew hew ;p

hanie said... Best Blogger Tips

@AKO @ retna


sila oi sila.. meh masuk meh.. hahaha tp citer kat blog ni x sehebat citer blog fatt lah.. blog ni ala kadar jek. hahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@aleen aiden

bukan. ni kaki koq. masa ni aku pakai selipar. segan nak tayang. hahahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@tasekM

baiklaaahhhh..sila sabar yek kakak ku sayam!

Selamber Rock said... Best Blogger Tips

wow..dah hapdet..hahaha..

spirit memblog wa dah ke laut weh..

just.HY said... Best Blogger Tips

hi hanie!!! dah balik dah ye....baru nk update. ape kes lmbt ni? hihi

teruskan hupdate ye...aku lmbt skit komen sbb busyyy...slalu je terlepas ketapi. sob sob sob....

Esah said... Best Blogger Tips

ko memang dasar malas!! *petir!!!

sitinaminah02 said... Best Blogger Tips

cepat la letak gambaq woiii..

Firol said... Best Blogger Tips

NOBADIBATYU gua!!!!!!!!!!

Darab Dua said... Best Blogger Tips

peh! aminahsayur! sakan jalan. teringin pula gua nak ke sinun. mahal dok duitnya?

GREENJADE said... Best Blogger Tips

ala ko ni buat aku 'gila' menunggu lah.....sepat sket hapdet

x sabo nk tggu kes ko tdo kt subway stesen tuh

Esah said... Best Blogger Tips

Weiii!!! mana hapdet ni.. aku dok berulang alik nak baca hapdet.. cepat la weii!!!

Liliyuli said... Best Blogger Tips

nanti jangan lupa kabo total percutian lu kat sinun. gua nak kompol duit neh.

fnd said... Best Blogger Tips

Power..power...

poyotito said... Best Blogger Tips

this is PEH!

Unknown said... Best Blogger Tips

sorry la baru nak singgah ni hah...amboi, hebat nye berat beg 5kg je. Dulu i pegi time check in kat Msia je dh exceed limit hehe...stock makanan byk sgt time tu :p