okey. sebelum tu.. sorry beribu-ribu lemon sebab lambat update. biasa lah..dah cuti lama.. keje pun menimbun, esaimen lagi. memang tak terkejor [alah..dalam bahasa mudahnye.. MALAS ;p ]
dah..sambungan dari part 1
dah capai kata sepakat, jadi kami pun kononnya nak pergilah ke Namdaemun Market tu. [dalam siri seterusnya aku bagi guide macam mana paling senang nak ke Namdaemun Market tu]
tapi nak sampai ke subway station tu menggagau lah jugak kan. pelik satu macam jugak signboardnya.. kemudian kebetulan ada sorang ahjumma, rasanya officer kat situ jadi kami pun tanyalah direction ke subway station. jauh jugak nak berjalan rupanya. nama pun subway. harus lah underground sana. =_="
dari Incheon International Airport - transfer at Seoul Station - Hoehyeon Station lebih kurang dalam 67 minit, harga 3,700 won.
tapi entah macam mana, kira-kira 4 stesen lagi nak sampai, train dah berhenti dekat Aeogae. [pandai2 lah kome nak nyebut rupe mana :P]..kami tengok semua orang keluar dari stesen. eh? tetiba datang sorang ahjussi sebut "finish! finish!". eeehhh?? aku tengok fatt, fatt tengok koq. ah sudah. bergurau gamaknya pakcik ni. biar betul stop kat sini?? bukan selalunya kalau train tamat perkhidmatan akan berhenti dekat stesen last ke? tak buleh terima kenyataan betul lah! perkhidmatan subway ni selalu berakhir pada midnight. dan masa tu memang dah tengah malam pun. dah 12 lebih.
tanpa buang masa kami terus keluar dari stesen tu. kami dah tergelak-gelak teringat hal ni. fatt punya kesimpulan, agaknya rumah pakcik tu dekat dengan stesen tu kot. jadi dia berhenti je kat situ senang nak balik. hehehe tak aci betul kan. paling tidak bagi la kami sampai ke destinasi dulu. haishh..tgh gelak-gelak.. rasa semacam..rupanya belakang kami ada sorang lelaki mabuk. ah sudah. orang mabuk ni jangan buat pasal. fikiran bukan nya lurus. sambil jalan nak lari dari lelaki tu, fatt suruh buat sharp u-turn ke kiri. menyorok belakang vending machine. time ni perasaan campur-campur. debor ade. kelakar pun ade. tunggu sekejap sambil tinjau-tinjau lelaki mabuk tu. ok. dah takde. ape lagi..cabutttt!!
fatt bagi cadangan, lepak dekat subway jek. sebab ye lah..dah tengah malam kan, and kitaorg pun in the middle of no where. mana nak pergi? tapi aku rasa tak yakin nak lepak situ..buatnya orang mabuk tu ade lagi kat situ? dah jenuh nak bersilat pulut pulak karang.
so ok..alang-alang lagi 4 stesen nak sampai..apa kata teruskan saja? jadi..marilah mengkaji peta. atas peta nampak macam.. buleh ni..buleh... tapi hakikat sebenar?? huwaaaaa...
up the boohai!! yeay! =_="
tambang teksi dari midnight sampai pukul 4pagi akan increase sebanyak 20%. ada banyak jenis teksi.. yang biasanya akan nampak adalah "regular dan brand taxi".. sama saje cuma model kereta je yang beza. rate akan dikira bermula dari 2,400won. satu lagi adalah "deluxe/ limosine taxi". haaa yang ni jenis mahal dan selalu nya warna hitam. jadi kalau nak jimat..sila elakkan teksi berwarna hitam ye. selain dari warna itam ni,,,korang naik lah. jangan takut kalau tengok model-model kereta dia hebat bukan main. setakat Sonata tu..jadi teksi je uolls.. [Hyundai dan Kia tu ibarat Proton dan Perodua jek kat sana]. sebabnya, charge mulanya sama jek 2,400won jugak. lagipun diaorang pakai meter. dan teksi diaorang ni lengkap dengan GPS. tapi dari info yang aku dapat, kalau tengah malam..adalah lebih selamat naik limo teksi untuk mengelakkan hal-hal yang tak sepatutnya. well.. paham-paham la kan ape mende hal tak sepatutnya tu.
jalan punya jalan, naik turun bukit..Namdaemun Market masih jauh dari mata. haiyooo. sampai bila nak jalan ni? lutut sudah longgar. terjumpa sorang mamat tengah hisap rokok dekat luar kedai, jadi tanya la direction. dah macam ayam cakap dengan itik. dia suruh terus jek. terus? ye lah..terus pun terus lah. janji sampai. tapi masalahnya tak sampai-sampai jugak camno ni bang?? akhirnya kami sampai ke convenience store.
fatt suruh aku tanya. err....aku masuk dalam kedai..greetings lebih kurang and tanya direction. [time ni aku menyesal sebab tak study betul2 korean language. T.T cukup-cukup makan tu sebenarnya tak cukup lansung bila ada kat sana!]. yang lawaknya bila pakcik ni tahu kami nak jalan ke sana..dia siap buat tangan sambil cakap "Monday!" dan gelak-gelak. mula tu aku tak dapat tangkap lagi..lepas tu.. kurang hajauuuu.. nak gambarkan jauhnye jarak tu takkan la ari isnin depan baru nak sampai kot. agak2 la pakcik. siku kang! ai penat nih...
pung pang pung pang lebih kurang..siap dia lukihkan peta untuk kitaorang..tp sebelum tu kena main teka-teka jugak la. ada zebra crossing. ada jambatan.. [jambatan???] ..lepas ucap terima kasih, kami pun sambung lagi berjalan. nasib baik lah sejuk, tak berpeluh. kalau tak, tak tahu lah ape bau yang timbul. jalan punya jalan, lintas jalan, teka bangungan, teka simpang..akhirnya kami sampai jugak ke Namdaemun! woohooooo!!! mak berjaya noks! lihat lah doniaaa...
masa tu dah dekat pukul 3 pagi. Namdaemun Market ni dibuka petang sampai ke pukul 4 pagi. tapi tengok gaya macam banyak yang dah bungkus. perut pun dah berkeroncong, jadi kami singgah dekat satu restoran. tengok dia punya display..pehh menggiurkannnn.. air liur terasa menitik-nitik.
amecam? menggiurkan bukan. hidangan yang berharga 6000 won. bestnya makan-makan dekat korea ni, main dish selalunya akan datang sekali dengan "banchan", iaitu side dish yang selalunya ada kimchi, lobak etc. dan air kosong adelah free. tak payah sibuk-sibuk nak fikir nak order air apa. aku dan fatt order dolsot bibimbap. nasik yang di serve dengan sayur2, telur, gochujang [korean hot paste] dalam mangkuk tanah liat panas. koq order nasik dengan sambal sotong ["nakji baekban - octopus dish" tak silap].. tapi sebelum tu aku pesan awal-awal kat tokey kedai yang super duper ramah tamah, "ahjussi...gogirel nohji maseyo - please dont put any meat"..pakcik ni ade cakap..makan sayur-sayur bagus. makan daging tak best. dan etc etc etc. mintak mahap la pakcik..saya paham sikit-sikit jek ape yang pakcik cakap..tapi nak reply tak reti. saya balas dengan senyuman sajalah. lagipun saya lapar! ha ha ha!
oh ye.. 1 tips pasal makan.. dekat sana..sila elakkan makan Ramyeon (ramen) / Ramyeon tteokbokki dan segala family ramyeon. ramyeon ni rupanya macam megi dan salunya memang tak de unsur daging dalam masakan. tapi yang meragukan adalah kuahnya. selalunya kuah dia ada serbuk tulang babi. bagi rasa lagi kick..katanya! *muntah!*
lepas lepak dalam sejam lebih kurang, masing-masing angkat bungkus. [nak duduk lama-lama..macam bersalah pulak ehehehe]. ahjussi tu dengan baik hatinya tolong Koq galas beg. "kesian..badan kecik tapi beg besau" - begitulah lebih kurang dia cakap. hahaha [hai Koq!]
kami ambik keputusan patah balik ke stesen City Hall. subway yang terdekat. dekat tepi-tepi jalan memang ada homeless yang tido dalam sleeping beg. peh..kebal betul. bila masuk dalam stesen..nah kau! lagi ramai. satu pemandangan yang agak luar biasa jugak lah. tinjau-tinjau...kami jumpe satu port baek punya. koq seblah kiri, fatt belah kanan, aku tengah-tengah. tak sampai seminit..semua hanyut. penat kot mengukur jalan. tapi aku tak buleh tido sangat, sebab cuaca sejuk menyucuk..jadi tido-tido ayam saja. dalam pukul 5 pagi, aku dengar ade orang greet, "Annyeonghaseyo [hello], Joh-eun achim [good morning] " oh..ada 2 officer masuk, agaknya subway punya officer. bagus betul manners diaorang ni..tak de la halau ke apa. sebabkan subway bukak pukul 5, jadi masing-masing angkat bungkus, kemas port masing-masing. termasuklah kami.
ha..jadi haritu kami dapat pengalaman baru. pengalaman menjadi homeless. macam mana la diaorg ni bertahan ye. especially kalau winter. bukannya ada heater kat dalam tu. aku tak tau la orang lain, sanggup ke tidak nak merasa pengalaman macam ni..tapi pada aku..bagus. sebab mengajar kita jadi bersyukur nikmat Tuhan. takde la asyik nak komplen jek. ye..orang negara najip kan suka komplen.
Seoul waktu pagi..hari kedua, Jumaat, 7 October 2011
sambil tunggu bas, kami layan hot choc dengan honey tea. harga secawan minuman express tu dalam 1200won je. peh..sedap bukan main pekena minuman panas time sejuk-sejuk.
ni la rupe bas free tu. walaupun free..tahap executive ok! selesa sungguh! sesuai la untuk perjalanan 4 jam. peh..kematu! kami ambik route Seoul - Gyeongju.
ni lah tempat tujuan kami kat Gyeongju. selanjutnya.....
to be continued... kalau lambat..jangan marah haaaa... ;p
25 pengkomeng:
hanie!!! ko pandai cakap korea? aku sukaaa!!!! dan kagum jugakkk!
homeless is the best part.. siyes..hahahaha
Hahahah aku pon rasa rumah pakcik tu dekat ngan stesen tu la. Sebab tu dia benti kat situ!
Wah sekali panjang pulak entry ni... bagus2....aku nak baca penghabisan cite korang ni, nak tunggu citer fatt banyak iklan pulak hehehe.
perghh.. best gilak!.. teringin nak pergi korea.. korang memang slalu travel sesama ke?
wah sronoknya,,,
pandei cakap korea dh mike ye..?
.
demmit.seronok gila.
waa kagum gile part homeless tu..experiece tu weh yg mahal!
pehhhhh ,mabeles ko ! aku x berani la homeless gaya gini kat india nanti..karang ade pulak air kenc*ng bertakung atas badan..haha
salam ziarah,
aku rase homeless is the best part la hanie!
heheee memang sedap kan makanan korea. smpai skang aku teringat side dishes dia yang banyak tuh..huhuhu
sis!!!
gue memang jeles sama lu!
haha
@bdk2 @ John
haha tak pandai sangat. belajor tak habeh. hahaha
@KoQ
tau xpe. gile berharga pengalaman kita ni. hahaha
@Janggel
ye la..lame tak hapdet kan..hahaha
buleh2..tp ni gaya mcm spirit ke laut balik ni..guane?
@Faaein Talip Roy
aku dgn koq..dgn Fatt..baru pes time.. hehehe
@jedi
seronok tak terkataaa.. haha
@tasekM
idak le pandei benor..lancor lagi teman speking perak kak oi.. hahaha
@❀aRaBeLLa❀
tu lah mek..rugi ko tak nak ikut aku.. hahaha
@kemang~
kat india jgn buat pasal la kemang!! hahahaha... nt ade yg bangun pagi..bolen jek.. hahaha
@MasZuber
salam...
kan..kan..kl korean food kat sini..tak rasa mcm kat sana..pehh.. sedapnye.. hahaha
part homeless tu..priceless.. hehe
@cIk JanNah
owh..dont be.. hahahaha ;p
salam kenal.. jalan2 carik info. tak sabar nak baca abis pengalaman di korea. boleh wat panduan nanti.
nape cho tak hambek gambo sendirik? mau gak tgk
saya juga menyukai bibimbap!
Eh tapi korang terperasan tak bau bila subway kat Korea mcm semacam. Dulu I buat kesimpulan sbb diorang ni tak mandi so bila masuk subway ade bau tu huhu...
Post a Comment