Translate

Saturday, October 29, 2011

[ South Korea : Part 3 ]

sambungan dari sini

Amaran dari penulis: entry ni super panjang! sebab penulis malas nak buat banyak siri. lagipun sekarang ni di syaki dia di rasuk spirit membelog!! skeri kan?

bas bergerak tepat pukul 8. ye..itu adalah bukan sesuatu yang menghairankan.. sebab korean ni dikenali dengan punctuality diaorang. perjalanan lebih kurang dalam 4 jam. dah naik bas ape lagi kan.. qada tido yang semalam lah.. barulah sedap nak mimpi-mimpi. tido atas kerusi empuk. tapi tido tak tido sangatlah. kejap-kejap terjaga. layan view sepanjang jalan. cantik bukan main. yang kuning-kuning..padi gamaknya. entah..main teka saja..tapi rupa ada iras-iras lah. di sebabkan belum peak season untuk autumn.. jadi daun-daun masih banyak yang hijau. tapi  tak kisah lah..view dia memang breathtaking.

view sepanjang jalan ke Gyeongju.

seingat aku ada 2 pit stop untuk penumpang turun..dan kami memilih untuk turun dekat pit stop yang terakhir. dekat Concorde Hotel. dari hotel ni, pada sesiapa yang nak terus ke Bulguksa Temple, boleh terus ke bus stand dan tunggu bas no. 10, 11, 101 atau 102. bas ni memang akan bawa direct ke sana dan berhenti betul-betul dekat kaki bukit [?] yang menghala ke Bulguksa Temple. tambang bas cuma 1,500won.

Kami memilih untuk terus ke terminal  bas. untuk setelkan hal tiket ke Busan. sebabnya kami hanya singgah je dekat Gyeongju dan plan bermalam dekat Busan. oh ye..dimana sesuatu yang sangattttt menarik menanti kami dekat sana. hehehe

jadi kami melintas jalan dan menuju ke bus stand yang di sebelah jalan. kebetulan ada public toilet. mula-mula rasa macam skeri jugak nak masuk..ok..korang tahu kan macam mana public toilet dekat malaysia ni? buleh jadi mimpi ngeri jugak kadang-kadang tu. tapi bila masuk je..oh my.. biar betul ni?? bersih! ni satu sikap yang aku kagum..walaupun toilet diaorang tak de air *ehem*..tapi kebersihan memang nombor 1! lantai berkilat kot. dah freshen up semua..kami ke bus stand. ok..sekarang bas mana yang menghala ke sana??

tengah tercangak-cangak dekat bus stand tu..aku cuba tanya pada sorang makcik ni..bas mana nak ke terminas bas tu. tapi dia tak reti nak speaking la pulak..jadi dia tak buleh nak explain. haishh! kendian ada sorang pakcik teksi ni offer kami 6000won untuk hantar ke bas terminal. eh..mahai bonar? tak mau lah kami. kami rela tunggu bas la pakcik! kendian bas sampai dan makcik yang aku tanya tadi cuit aku..sambil cakap "bas ni ke terminal!". ape lagi..cargas la kan.. bayar tambang 1500won dan duduk diam-diam layan view.

dalam 15minit, kami sampai ke destinasi. misi pertama, beli tiket ke Busan dulu. senang nak bajet masa. kami bersetuju beli tiket pukul 6.35 p.m.. harga sehala 4500won. hal tiket dah setel, lepas ni nak simpan beg pulak. cari punya cari..tak de rupa paras locker pun!aku siap tanya dengan sorang makwe kat situ.. tapi dia kata tak de locker kat situ. keciwa dah masa tu.  ye la..takkan nak heret beg yg berat tu pulakkan? rupanya locker tu ada.. betul-betul kat tepi pintu masuk..cuma keadaan yang agak uzur nak menyembah bumi..sedey!

tengah kami menggodek,meraba [?], membelek locker tu, datang sorang ahjussi..siap berkot.. cakap korean sambil goyang tangan hala ke locker. lepas tu dia blah. eh? ko cakap ape ni pakcik?locker rosak ke? boleh jadi..sebab ade yg kena seal dengan selotep. ke nak kabor locker tu dah occupied ? buleh jadi jugak. tapi malas nak teka²..jd assume dia nk kabor locker tu rosak je lah. loghat untuk setiap region adalah berbeza ye. sama macam kita kat sini..ada loghat kelantan, terengganu, perak etc..

kami mintak koq tolong jagakan beg sementara kami cari alternatif lain nk simpan beg. lagi pun plan asal nak sewa beskal. jadi..adalah lebih afdal cari kedai beskal sambil cari tempat lain untuk simpan beg. kami sampai ke satu kedai ni. sambil tanya berapa rate sewa, boleh tak kami tumpang simpan bag dekat situ? ahjussi ni cakap boleh.

ok..untuk siapa-siapa yang nak menyewa basikal, luar dari kawasan terminal bas tu..ada beberapa tempat sewa basikal. rate dari 6000-7000won untuk sehari. ada banyak jenis, ikut suka korang la nak pilih reka bentuk macam mana. and harga mengikut model basikal ye. laluan berbasikal ada di sediakan tapi sila lebih berhati-hati..sebab gaya pemanduan orang korea ni buleh tahan extream.

kami balik semula ke terminal, sambung lagi bincang. pungpang²... plan nak berbasikal kami kensel. sebab cuma ada lebih kurang 4 jam saja nak pusing. plus minus sesat ke ape pulak karang? [lagipun kami seriau nak naik basikal kat tepi jalan hahahaha]

kami nampak ada 1 mesin information. godek-godek..alahaii..sume bahasa korea! walaupun lengkap..tp kalau dah nak bace pun kena mengeja, tgk kamus dulu..guane.. dalam hati macam-macam ayat keluar. fatt belek LP dia..sambil bisik ke aku.. ada sorang mamat tengah pandang-pandang kami. eh?? rupa macam melayu.. tapi setakat pandang saja tak membantu..tak gune jugak..ye dok.

fatt ajak aku keluar...cari tourist information centre. kalau ikut dalam LP dia..ade kat luar terminal tu. jadi kami pun keluar, tapi yang ada,.. booth kosong jek. hoh?? kami pusing ke kanan..mana la tau..booth tu dah pindah kan.. tengah tercangak-cangak..fatt cuit aku lagi.. mamat tu ada kat situ tengah hisap rokok!! yikesss!! tapi still tengok kami semacam. kami pandang balik dengan 2 macam. ko pehal? tak nak tolong sudah lah! masa nak masuk balik ke terminal..fatt keluarkan ayat keramat beliau: Jomla kita blah, aku tak sedap hati ni. Dahla pandang kita macam gaya nak cari pasal. Takat belanja tengok watpe, nak tolong, tolong jela. Pehal pandang kerek? Pffttt!! [dialog dari blogg fatt]

baru jek kami nak gerak..tiba-tiba mamat tu bersuara

'maaf ya..kalian dari indonesia?"

guruh! petir! gempa bumi! tsunami!!!

masa tu aku harapkan aku ada kuasa mejik dan buleh bertukar jadi basikal!! tak pun jalan tu terbelah dua jadi macam batu belah batu bertangkup. aku nak terjun! tapi kalau tengok reaksi fatt lagi lawak. jenuh jugak aku nak tahan gelak. haaa sebab tu la orang tua² pesan...cakap siang pandang². maka kantoilah kami berdua dengan jayanya. perfect skor orang kabor..

sembang-sembang dengan mamat tu..rupanya dia dah setahun kat situ. kerja. kami hanya mampu 'oooooo'... speechless dan ditambah dengan malu yang tak sudah tadi.

sampai dekat area locker, ada 3 orang Cina tengah keluarkan beg. lah.. boleh guna rupanya. tetiba salah sorang dari diaorang tegur kami. 'dari malaysia ke?". kami buat muka o.0".. laaaaa dari Malaysia jugak rupanya. ku pikirkan orang korea!!

tanpa buang masa, kami terus tanya dekat Ah Kong ke  Chong..mana2 lah.. kat mana tourist information center. dia keluarkan peta dan tunjuk pada kami direction. tapi agaknya dekat muka kami still ada o.0" , dia pun ajak kami keluar. haaa..baru la terang lagi bersuluh.bila masuk balik ke dalam.. mamat indon tu dah tak ada. lah..tak sempat nak ucap terima kasih. fatt menampor pipi sendirik..sebab kantoi dengan mamat tu. "aku rasa kan fatt..dia paham la ape  yang ko cakap tadi"

fatt: agaknya dia keluar hisap rokok tu sebab nak cari pick up line nak tegur kita tak
aku: tu lah..aku pun rasa macam tu

HAHAHAHA!! padan muka kami. tak pasal-pasal kantoi di situuuu

sedang kami godek-godek locker tu..pakcik berbaju kot datang lagi. seolah-olah bagitau kami..tukar syiling dulu. baru buleh guna. lepas tukar syiling..kami pun sumbat beg dalam locker. ahjussi tu cuit aku.. sambil buat isyarat tangan dekat hati, dan tunjuk thumbs up. tandanya,,dia hati baik..dan cuma nak tolong. eeeeehhhh pakcik..pakcik paham ke apa kami kutuk pakcik tadi?? sekali lagi aku rasa nak meraung. maluuuuuu!

aku cuma mampu cakap 'gomapsubnida ahjusii - thank you uncle" sambil tundukkan kepala. saya malu semalu malunyaaaa

pengajaran yang kami dapat:

jangan cepat bersangka buruk dengan orang. kalau betul orang tu berniat baik, kan dah kantoi dan malu sendiri!! lagi satu.. jaga percakapan walau di mana anda berada! nanti siapa yang malu.. anda jugak!!

lepas dapat info dari tourist information center tu, kami pun tunggu teksi untuk ke Anapji Pond. perjalanan cuma dalam 5-8 minit dengan rate 4,300won. [ikut meter ye]. sebenarnya jauh jugak la kalau ikut jalan yang teksi tu bawak..cuba bayangkan kalau kami naik basikal? rasanya maghrib nanti baru sampai kotttt... cara lain ke sini adalah dengan naik bas no. 11, dengan tambang 1,500won.

 entrance fee sebanyak 1,000won. tempat ni berstatus Historical Relic No.18. sayangnya kami sampai daun-daun baru mula kuning. rasanya peak season mesti lagi cantik sebab banyak pokok maple dekat sini. dekat sejam jugak kami jalan-jalan, snap-snap gambar.


jalan dia agak berdebu..dan sebab aku hanya pakai selipar..haaa hambek kau! 
kaki macam orang balik bendang!

bayangkan time ni daun semua dah merah..pehh..sure cantik..

lagi view di sekitar Anapji Pond

lengang kan jalan? 

tapi jalan yang lengang jangan di sangka tiada kenderaan ye. sini enjin kenderaan semua pesen senyap. jadi silalah lebih berhati-hati.

lepas berjaya tawaf Anapji Pond tu..kami pun lintas jalan untuk menunggu bas no. 11 untuk ke Bulguksa Temple. bus stand dia memang pesen koboi jek. dekat pulak tu dengan jalan. jadi jangan cuba-cuba nak hulur kaki ke..kepala ke tak tentu arah... ada yang jadi logo kepala bas nanti. hehehe!


ok. bersambung... ^^V juling ek mata korang? hahaha

14 pengkomeng:

poyotito said... Best Blogger Tips

gua nak kabor satu menda je, pergi bungy jumping tak ajok gua memang gua mengamuk.

Faaein Talip Roy said... Best Blogger Tips

adoi panjangnya.. tercungap nak baca.. tapi baca perenggan pertama je.. selebihnya terus cari gambar.. cantik gambar2 yang ada pokok tu.. nice lah... lain kali wa datang lagi.. wa baca perenggan lain pulak.. haraplah kan.. hehehe..

kemang~ said... Best Blogger Tips

berpinar mata gua..tapi layannn ! hihi

tasekM said... Best Blogger Tips

dipertemukan dgn org yg baik2.
tu nama dia rezeki beb...

:)



.

Ren said... Best Blogger Tips

Rasa macam naik bullet train. :)

Mimie.Candy Cane said... Best Blogger Tips

sikit lg nk tersembur nasik ikan patin aku bace part brader indonesia..hahaha..aku dh bleh bayang situasi tu..hwshahahaha

13may said... Best Blogger Tips

cantiknya gambar....

hanie said... Best Blogger Tips

@poyotito's

lu nih..sebagai pakwe sambilan wa..mesti la wa ajak lu pi sekali.. hahaha!!

hanie said... Best Blogger Tips

@Faaein Talip Roy

kahkahkah! suke ati mung la weii

hanie said... Best Blogger Tips

@kemang~

rasa mcm byk gila lagi ni nk hapdet.. hahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@tasekM

tu lah..kan kak..rasa bersyukur sangat!

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

ade rasa pening tak? hahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@Mimie.Candy Cane

woihhh lauk patin!!!! sedap gilooo.. nt wa p kuantan..lu x belanje lauk patin lu jagaaa!

hanie said... Best Blogger Tips

@13may

brader 13may!!! hehe mekaseyyyy