Translate

Wednesday, December 07, 2011

[ Pulau Kapas: Edisi Mencandat Sotong / Squid Jigging ]

Masjid dekat Marang. tumpang solat subuh dan tido. bas campak kami tepi jalan pukul 5.30 pagi kot dan dekat masjid ni la aku terbabas dekat  tempat wudu'. rabak kaki..
tips: kalau mengalami luka-luka berdarah yang agak kecik tu..
sila sapu air lior korang dekat tempat luka.
insyaAllah.. luka tu rapat balik.
alah..  air lior sendiri takkan geli pulak. bukan suruh orang lain ludah.
kalau luka besor..bawak pergi hospital lah.
dekat sini..masa nak lelap-lelap ayam, kami pakat-pakat sorok beg duit dalam baju dan tido terlangkup.
ni tips tido tempat-tempat awam yang tahap keselamatan barang adalah di ragui.
sekian pesanan khidmat masyarakat.

time nih semangat memang menuju puncak. kalau tak sebab sabar dah lama buat terjun tiruk!
biru gila air dia.


ok..dah dekat dah..dah dekat dah dengan jetty. eh..pakwe kacak! phewittt..

resort kami. tepi kubur. dengan tema "berlangkah-langkah ke alam ketakutan".
rate untuk standard room dalam RM130++.

rasa sini belah area Makcik Gemuk Resort. belah timur laut pulau kapas ni. ok tipu.
taktau belah mana. tapi dalam pulau tu jugak lah.
time nih dalam pukul 5. lepas snorkeling 2-3jam..terus gerak ke tengah laut.
squid jigging yawww!

masa ni tengah seronok-seronok layan sunset. tapi lepas tu... hazab!! padan muka masing-masing.
bajet tough macam superman sebab tak makan ubat mabuk laut.

sekali lagi masing-masing jadi sakai sebab dah nak sampai tempat mengorat sotong.
masa ni belum nampak bulan bintang lagi. jaga,..jaga.. 

Pokcik ni memang terer gila. bawak bot pakai kaki. kami semua yang macam nak mati. mabuk laut daaa.. 1 trip / pakej mencandat sotong, roughly dalam RM500 termasuk sewa bot. kami pergi dalam group dekat 8-10 orang. jadi jimat banyak. kalau nak pergi, bulan April / May adalah terbaik.

antara sotong-sotong yang tertipu dengan umpan yang glow dalam laut. bodo jugak sotong nih. tapi di nasihatkan kalau tangan selembut bayi..pakai lah glove. di jamin jari melecet masa buat jigging!
yang sebenarnya.. masa ni masing-masing dah pakat senyap dan muntah. mabuk! ada juga yang histeria sebab ular laut dah macam nak lompat masuk ke dalam bot. skeri doww..

Kebar nampak duyung naik ke pantai! kahkahkah.. untuk kesihatan perut-perut yang kebulur..
jejak je pantai..terus berlumba-lumba cuci sotong 1 peti.
siap budak Lyd nyanyi lagu Hujan pesen cd rosak. repeat dekat part sama jek. LOL!
dan sebab kami ni bijak..sekor pun tak ingat nak bawak lampu camping.
bakor sotong suluh pakai henpon. ahh.. sakai betul.

sotong fresh. manis bukan main. semua tahap kebulur.
kalau ada pakwe/makwe kacak cun gila babas bogel depan mata pun mesti tak ada yang peduli.

balik dari pulau, sewa van 1 bijik..rate dalam RM50 kot sehari. tak ingat.
1 bijik van lagi free, bapak member yang punya.masa ni pusing 1 kuala terengganu.
 siap menyanyi lagu Maal Hijrah. eh motip?
bajet muka cool memasing.
padahal dalam kepala otak masing-masing dah terbayang sata dengan keropok leko.

trip nih masa tahun 2008. pehhh.. seronok tak terkata. rasa nak repeat lagi trip nih!! sapa nak ikut? hehehe

p/s: wa rindu korang woi!

17 pengkomeng:

fatt said... Best Blogger Tips

bakar sotong pakai batt henpon??? HAHAHAHA....aku dok bygkan korang dok ketik2 hp kasik ada lampu..

beb, takyah la gi phuket, semak. bek pi krabi. aku rasa klu nak pi balik nti kita plan semula. tu pun klu mau la

Janggel said... Best Blogger Tips

Amboi suluh pakai beteri enpon eh...nasib bek tak tebako henpon2 skali hhahahaha.

hanie said... Best Blogger Tips

@fatt

kahkahkahkah!! henpon kami ada torchlight lah! nasib lah ada..kl dak..menggagau hahahaha

hoh..guane trip lu? dengau2..ujan sokmo..

krabi?? nakkkkkkkkkk...

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

demi sotong...kami rela!! hahahaha sedey tau.. kat pantai tu ade 1 ke 2 jek lampu letrik. kidikut..

alien said... Best Blogger Tips

seronot!!

gadisBunga said... Best Blogger Tips

mati terkangkang sume sotong2 tuh! hahaha!!!

aku nak carik geng gak ah. agak2 rate sama lagi ke? satu bot 500?

kemang~ said... Best Blogger Tips

oi, aku tau mesjid tu.. haha


gigih hang cari sotong !

bdk2 @ John said... Best Blogger Tips

makkkk aihh!!! besar gilos sotong tu. sedapp pulak makan panas2 nih! tetiba lapo.

k.e.r.i. said... Best Blogger Tips

gua dak kampung depan pulau kapas tu tak pernah jejak pulau kapas.
apatah lagi gi mencandat sotong.

lain kali, kalau pergi lagi, singgah lah kampung gua.
kampung aje lah, bukan rumah gua.

kah kah kah!

by.ya @ Traveller's Anatomy said... Best Blogger Tips

wah, dr dulu teringin nak pi candat sotong ni tp tetiba mcm agak risau pulak kalau dok asik mabuk laut je. i penah mancing kat kelong tp tu xdela mabuk sgt pon. bila nak pi lagi??

Faten said... Best Blogger Tips

teringat masa pi candat sotong dekat Pulau perhentian.sotong tak dapat,tapi mabuk yang boleh.tapi mmg exciting.

Nur said... Best Blogger Tips

Seronoknya bercuti di sini... Kalau makan ramai2 tentu meriah..

Aimi Rosli said... Best Blogger Tips

awesome nya dapat pergi trip-trip macam ni. lagi-lagi pergi pulau pula.

(:

Aimi Rosli said... Best Blogger Tips

awesome nya dapat pergi trip-trip macam ni. lagi-lagi pergi pulau pula.

(:

blog-tips-kurus said... Best Blogger Tips

makan sotong itu macam kunyah cinggam. i LIKE!! (>.<)

*nak jalan tu, ajak le..

enassempoi said... Best Blogger Tips

siyus mmg aku nk repeat.. siyus sila buat trip lagi dak hanie.. kali ni kl menjadi trip aku sujud depan bulan mintak restu pun sanggup rasanya.. hahahahhahaa..

wenduuuuu weiiiiii

Thristhan said... Best Blogger Tips

The water is so blue and the sotong looks delicious :)