Translate

Friday, December 09, 2011

[ 2 cara senang ke Namdaemun Market, Seoul ]

hehehe setelah menabur janji manis mu di pinggiran batu caves.. baiklah..kali ni aku up entry. mahap ler lama benor baru nak hapdet sambungan trip ke South Korea nih. spirit membelog tak ada. --;

Namdaemun Market ni memang femes dan syorga bagi kaki soping. [kalau tak..takkan aku dengan KOq repeat market nih sampai 2 kali hahaha] sebut saja nak cari apa..insyaAllah.. ada punya. kalau nak pergi ke market ni..di nasihatkan dalam pukul 4 petang ke atas. masa ni banyak gerai dah bukak. konsep macam petaling street la lebih kurang. makin malam makin meriah dan market ni buka sampai pukul 3 pagi.


cara pertama:

tapi mula-mula sekali aku nak bagitau..jalan yang ni agak jauh sikit. walaupun direction bunyi macam dekat.. tapi campur tolak tambah cari jalan.. ehem.. berpeluh jugak ketiak nak sampai. jadi.. jalan ni tak sesuai untuk orang yang malas nak jalan jauh-jauh. especially yang datang dengan family dan kanak-kanak ribena.

ok..nak ke sini..korang boleh turun dekat Myeongdong Station, exit 2. jalan terus sampai jumpa underground pedestrian crossing untuk lintas jalan ke seberang sana.

bila dah lintas jalan..akan nampak situasi ni. ewah..situasi.
teruskan berjalan menghala ke arah City Hall.
nampak bangunan yang macam istana kat hujung sana nun?
itu lah destinasi anda!
perlu jalan kaki sampai nampak bangunan Shinsegae Shopping Complex

pastikan keadaan selamat baru melintas jalan ye adik-adik.
nampak bangunan kaler kelabu tu..? yang tu lah Shinsegae Shopping Complex.
logo dia macam logo INTI College sikit2. yang bentuk star kaler merah tu



bila dah lintas jalan..pastikan korang nampak tanda jalan ni.
kalau nampak.. maknanya.. dah betul lah tu jalan korang
kalau tak nampak..maknanya..sesat!

okeh..kalau tak nampak tanda jalan tu.. jangan risau..
sebab confirm korang akan nampak tanda ni.
sebeso-beso alam terpacak kat situ.
tapi kalau tak nampak juga..sila tukar nama jadi Kasim Selamat haha
so dah nampak landmark nih kan ..tahniah! selamat dah sampai ke destinasi!
selamat membeli belah sampai pengsan!


cara kedua:

cara nih yang paling senang, mudah, ringkas, padat dan di jamin tak sesat. Namdaemun Market ni luas. keluarlah dekat exit berapa pun..mesti jumpa punya. market ni banyak gate. tapi pada aku..ni lah yang paling senang.

sila turun di Hoehyeon Station, Line 4, exit no. 6.

tak jauh pun dari exit no. 6 tu.. ta-daaa! dah jumpa gate no. 4
senang kan? jarak dalam 50m je kot.

jalan ke depan lagi..korang akan jumpa kedai kebab ni
owner dia orang Romania [kalau tak silap]
dah bisnes dekat 3 tahun
eh..motip makan kebab sambil menjoyah sport..kan

kebab ayam
mengenyangkan
makan time lapor memang layan
punya feel sampai nak meleleh air hidung
sebab gatai mintak extra pedas T.T

antara barang-barang yang ada di jual dekat Namdaemun market nih..
macam-macam barang ada.. dari pakaian bawak le ke to-to, selimut bagai
periuk belanga juga di lupa tidak
aku hampir nak beli periuk kecik kaler gold tu.. buat masak megi
tapi sebab tak nak kena gelak dengan imigresen... tak jadi beli!

haaa..liplap liplap habaq kat hang!! benda wajib la bagi kaum pompuan..ye dak
dekat sini memang ada banyak barang-barang aksesori
jangan malu-malu untuk rambang mata
tapi mesti lah nak harga murah kan..
haa... meh ceq nak suggest satu kedai
harga memang murah..dan jangan taktau..
kak rosemah mansoq pun beli kat kedai ni hangpa nak tauuu..

ni lah kedai tu!
dan cari tokey dia..nama Benny [lelaki bercermin mata, agak muda]
cari benda tersembunyi...di manakah Benny? hehehe
hint: jaket jeans
memang harga dia lagi murah dari kedai lain

sebenarnya aku jumpa kedai Benny ni pun secara tak sengaja..
merayau-rayau dalam market tu..sambil cuci mata
Benny nih memang pesen peramah and mesra pelanggan. speaks good English too
kalau korang jumpe lelaki yang ramah tamah melayan korang kat sini
confirm..tu Benny.
so masa tu.. i just try my luck..tanya dia "Benny??". cuak jugak la takut salah kan.. rupanya....
bingo! jackpot! 100 markah untuk aku!
of course lah he was shocked kan.. tetibe jek aku tegur dia
dan aku pun terkejut..tak sangka instinct aku betul.. hehe
then aku pun cakap lah dekat dia..aku dari Malaysia..
and tau pasal kedai dia dari blog Fizzy.. masa aku cari info nak ke Namdaemun market nih..
lepas tu..without asking.. hellooooo...discount bebeh!
sebelum tu memang dah dapat diskaun..ni dapat lagi.. mana aku tak memborong..
so untuk sape-sape yang nak memborong aksesori, jewelries..
kedai si Benny ni adelah highly recommended!

kedai dia berhadapan dengan kedai nih...

dan di bangunan nih.
sila cari... confirm! mesti jumpa punya lah.

sekiranya korang terlebih rajin atau ada tenaga yang berlebihan
boleh la jalan-jalan cuci mata...
dari gate no. 4 / kedai kebab tadi..just jalan straight jek..
sebab akan menghala ke station City Hall
jumpe tempat nih.. maknanya station tu kat depan tu saja

orait.. selamat bersoping pada siapa yang berkenaan! ;p

17 pengkomeng:

wak gelas said... Best Blogger Tips

wak pon X penah pegi korea tuuu.... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

tasekM said... Best Blogger Tips

ko ada rasa nk kawen tak dgn benny tu..?




:p



.

Janggel said... Best Blogger Tips

Wahhhh nampak cam best je nam demon ni.... Aku sempoat pi dongdemon je...

fatt said... Best Blogger Tips

cheapskate jugak acik rosemah mansorrr ni...hahahaha....oit kome pun kaki bling2 ke? *tangan ke bahu mata ke atas* :P

Outbound Malang said... Best Blogger Tips

mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

zulfadzly said... Best Blogger Tips

kalo x tulis nama hanie kt header tu mesti aku ingat ni blog #sakainess. kan milk kan??

oii milk!! hahaha..


psstt, this is shameful!

-cD- said... Best Blogger Tips

periuk belanga tu kalah kat padang besaq nun... hahhaha

by.ya @ Traveller's Anatomy said... Best Blogger Tips

dulu i punye guesthouse betul2 depan one of the gate kat Namdeamun ni hehe...one of the day malas nak gi Mt Sorak kitorang membazir masa dan duit kat sini. Bile dh masuk dlm, smpai sesat2 gak la sbb dh terlalu rambang mata tak ingat jalan. Tempat ni mmg murah, highly recommend!

hanie said... Best Blogger Tips

@wak gelas

haa..ape lg wak..sila lah pergi. haha

hanie said... Best Blogger Tips

@tasekM

ade lah jugak sikit2. buleh la ai pakai brg kemas sampai ke lengan. hahahaha..

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

dongdaemun pun kitaorg pergi jgk..smp satu tahap nak gugur lutut dan tercabut tapak kaki.. hahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@fatt

kann..lepas tu claim pakai barang kemas juta2..hahahaha


oi..oi..aku punya rantai tu jek.. yg keronsang bagai..tu sume mak aku punya. hahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@Outbound Malang

makasih atas kunjungannya... ^^

hanie said... Best Blogger Tips

@zulfadzly

hey you!
why so bajang?!
hahahahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@-cD-

konsep macam-macam ada okeh.. hahahaha kalah padang besaq

hanie said... Best Blogger Tips

@by.ya @ Traveller's Anatomy

kannnn..pusing sana sini..tetibe dah.. eh..mana ni? hahahaha

ai rambang mata masuk dalam ni..nasib baik g hari last..cash dah kurang. hahahaha

FarhanaLicious said... Best Blogger Tips

macam mana nak tau makanan tu guna ayam halal ke tak? halal dlm bahasa korea apa? hahha