Translate

Thursday, March 22, 2012

[ info untuk trip pekanbaru-bukittinggi ]

sebenarnya..kalau nak ke Bukittinggi..adalah lebih dekat kalau melalui Padang. lebih kurang dalam 2 jam je perjalanan. tapi kalau korang tetiba teringin rasa nak jadi gila,sewel dan suka duduk lama-lama dalam van macam aku dengan koq.. boleh la ikut route Pekanbaru - Bukittinggi. hahaha

untuk ke Bukittinggi:

dari airport boleh terus ke

Indah Travel
Jln. Pangeran Hidayat
No. 2 Pekanbaru
Tel: +6276145881
Tiket: IDR130,000 (+- RM43.00)

atau dari Terminal AKAP

C.V PO Harmoni
Tiket: IDR150,000 (+- RM50.00)

atauuuu.. untuk harga yang lebih murah.. boleh contact brader ni. kalau korang dah sampai ke Bukittinggi tapi nak jenjalan ke kawasan² berhampiran.. boleh juga contact dia. pandai2 la nego harga.


Ajoi Travel
Tel: 081267414412
       085271874512

kitaorang pergi dan balik ke Bukittinggi..dengan brader ni la. orang dia baik dan boleh kata jujur. dia yang banyak tolong kitaorang..contohnya masa dekat Pekanbaru..sebabkan kami takde tempat tujuan hotel nak ke mana..brader ni yang tolong carikan hotel sampai jumpa. murah pulak tu.

konsep dia adelah hantar sampai ke depan pintu rumah/hotel. jadi kalau tatau kat mana tempat yang nak pergi tu..jangan risau..brader ni akan cari sampai jumpa jugak..dan make sure korang selamat kat situ..baru dia pergi.

pembelian poskad di Bukittinggi
ada satu kedai sebelah dengan Hotel Yani, old skul gila kedai dia.. poskad pun pesen zaman tok kadok.. tp bulehla dari takda. sekepim IDR4000

untuk ke pejabat pos
naik angkot no 03, harga IDR2000

Cafe internet
adelah bersepah ye.. rate dalam IDR2,500-3000/jam

Money changer
kot kome soping sampai bankrup..nak tukar duit.. boleh tukar dekat toko-toko mas atau travel agencies
ada banyak kat area situ. cuma tak tau la rate nye berapa.

Sewa Motor
kot la kan..rasa nak merempit.. ada satu kedai sebelah dengan RaunSumatra.. hala ke Hotel Yani.. rate tatau.. sebab tak tanya pun

Pekanbaru

Kami stay dekat satu hotel murah.. nama KOST INDAH. sebelah dengan IBIS Hotel [I.B.I.S tau.. bukan IBLIS..].. dari luar nampak macam crappy, scary hotel.. tp sebenarnya..agak selesa. murah pun ye.. IDR110,000 jek semalam (+-RM36.00) untuk standard room. cuma kena tinggalkan passport korang dekat kaunter reception. nak pastikan korang bukan perompak, perogol bersiri gamaknye.. tapi aku bab² tinggal passport ni memang tak senang duduk sket. jadi malam tu bila keluar.. aku mintak balik dengan alasan "takut ape-ape jadi nanti.. sebab tak de pengenalan diri" ;p
rupa paras standard room Indah Kost

6 pengkomeng:

Janggel said... Best Blogger Tips

teringin nak pegi Bukit Tinggi....... ntah kapankah masanya....

Zilla said... Best Blogger Tips

lor udah balik ke?ingat p bulan 5 ne hehehe..

sebut pasal poskad, dah genap setahun poskad yg dipos dari pjbt pos bkt tinggi tak sampai2 ke sini hahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@Janggel

skrg tgh promo. sila beli tiket cepat! hahahahaha

hanie said... Best Blogger Tips

@Zilla

gi awal bulan 3 aritu..hahaha.. peh.. posmen sesat tak jumpe kot.. kekekeke

Irfa said... Best Blogger Tips

tggl paspot kat kaunter hotel?
kalau saya pun x berani//itu penting tu .mana tahu dia buat apa2 kat ppt tu nanti :)bg ic je lah kat dia..hehe

aziman omar said... Best Blogger Tips

Perlukan pakej bajet ke Preanbaru,Bukittinggi Padang atau mana2 destinasi ke Indonesia?
Hubungi saya di 0126665436 utk maklumat lanjut.Full pakej disediakan.Insyaallah harga berbaloi untuk anda.
Boleh lihat di blog saya:
http://freelancetour.blogspot.com
Banyak maklumat untuk anda.