Translate

Monday, March 12, 2012

[ Sinetron Ep. 2: Bukittinggi, West Sumatra ]

dah selamat sampai ke Bukittinggi, kami terus cari hotel. sesuai dengan konsep redah dan terjah ikut suka hati perut, sebarang urusan booking hotel ape pun kami tak buat. main gamble saja. lagipun kami yakin..kami bukan pergi masa hujung minggu..sure hotel tak penuh punya..lagipun banyak hotel-hotel dekat area sini.. ok..gila punya hypothesis. sila jangan ikut perangai kami ye.. sila plan perjalanan anda dengan baik.

kami pilih untuk menginap dekat hotel dahlia. aku tau pasal hotel ni dari Zilla hehe thanks Zilla ;p
Hotel Dahlia ni terletak dekat Jalan Ahmad Yani 106. lokasi dia memang dekat dengan Jam Gadang..jalan kaki dalam 10 minit saja. selain ni..ada banyak budget dekat area ni.. tak jauh dari sini..ada jugak Hotel Yani.

Hotel Dahlia..nanti wa nak buat Hotel Kekwa pulak..

siyes..terasa seperti di rumah.

ruang hall dekat luar bilik. 
buleh lepak sesedap rasa layan perasaan

mungkin nak jadikan rezeki..kami mintak bilik deluxe..tapi dah penuh...disebabkan tu..owner offer bilik superior dengan harga deluxe. syukur alhamdulillah!! sapa nak bagi kan? kira dalam 60hengget seorang untuk 2 malam. kami tak peduli lagi dah pasal harga..janji dapat betulkan balik tulang belulang yang remuk-remuk ni..lagipun owner dia suwit and ramah. ade iras macam orang jepun sikit-sikit.

direction ke Pasar Atas/Jam Gadang dari Hotel Dahlia:
keluar dari hotel terus ke kiri. jalan terus sampai jumpa ada satu roundabout kecik. kalau perasan..ada 1 tangga menghala ke atas..arah ke Kebun Binatang (Zoo)..kalau rasa nak tengok hewan..buleh la memanjat tangga kaler hijau tu. kalau tak nak..terus lagi berjalan..sampai jumpa tangga ke  dua. naik tangga..terus ke arah Pasar Atas.

sebelah ni kalau..belah atas sana..ada Fort De Kock

view dari tingkat 3. depan bilik.

Parabola di mana-mana
kalau yang risau bab makan...dekat area hotel ni..bila malam..dia auto tukar jadi macam pasar malam. ada banyak menu buleh pilih. dan kalau dah mari ke sini..wajib cuba Nasi Kapau. tapi kami tak cuba pun..sebabnya dengan jadual makan pesen berterabur..takut nak makan nasik² gaya gini. risau perut terkejut dengan heavy meals. tapi malam last tu..kami sempat makan nasi ayam penyet. yo la..rugi kan kalau tak rasa yang original punya. pehh..sedap betei! kena pulak dengan teh botol.. memang tak heran dah kalau mak mentua duduk sebelah pun.

kesedapan  terlampau. bercucuran peluh makan sambal dia..

masa ni tersilap jalan.
 patut ke kiri untuk ke Jam Gadang.
depan tu hotel The Hills..kot

Jam Gadang!!
sekitar kawasan ni banyak maskot-maskot berkeliaran..
sekali bergambar bayaran dia Rp5000


Mount Merapi, the legend.

rasa macam pemandangan dengan Dato' Keramat,KL pulak

lagi-lagi Jam Gadang.

inilah dia sorga membeli belah untuk kaum hawa 
kawasan dia sama sejibik macam Pasar Payang, takpun Pasar Siti Khadijah 
banyak gila kain pasang, telekung dekat sini.. 
kain pasang semeter harga dalam Rp40,000 keatas..ikut kualiti 
kalau kain batik sarung pulak..harga dari RP45,000-Rp75,000 sehelai ikut kualiti jugak 
kain sutera sulam kalau..sepasang paling cikai Rp345,000 *pensan*

kudaaaaaa! nak pergi ambik gambau dekat2 takut.. 
 takut kena charge..kakaka

ada satu mall agak besar lah jugak. 
 nama dia Ramayana kalau tak silap

ni lah dia kejuruteraan Minang oram kabor..

gerai-gerai jual souvenir segala macam..
rimau pesen jinak. tak makan orang.

tak jauh beza pun dengan tempat kita..kan...

Masjid Raya Bukittinggi
..bersambung lah pulak

9 pengkomeng:

Aku Seorang Pengembara said... Best Blogger Tips

Salam ziarah

Terjah tu yg best. Yg penting sampai. a thrilling experience.

zulfadzly. said... Best Blogger Tips

awakkk..jom pegi lagi skali. kite nak jumpa "kembar" kite tu!! hahahahahhahaa

gadisBunga said... Best Blogger Tips

aku nak terjah gaya ko jugak nanti. nak tido kat hotel dahlia tu jugak! hehehe!

hanie said... Best Blogger Tips

@Aku Seorang Pengembara

salam kembali..

terima kasih kak!

kannn...dia punya debar tu tak boleh nak ungkap dengan kata-kata..hehehe

hanie said... Best Blogger Tips

@zulfadzly.

kahkahkah..tpi kembar adelah lebih hemsem dari awak.. kekeke

hanie said... Best Blogger Tips

@gadisBunga

hahahaha..sila2!! nanti aku bagi contact info orang sana eh..

achik ezam said... Best Blogger Tips

kita selalu pegi bukit tinggi....takde pon view macam ni!!!!

awak pentipu!!!!!!!

tapi kita pegi Bukit Tinggi Klng la.



p.s:kita adelah cemburu tengok awak2 jenjalang.kbai

achik ezam said... Best Blogger Tips

alahhhhhh baru nak buat ID samaran....

kuajag

Irfa said... Best Blogger Tips

menarik blog ni..cara penceritaan yg santai tapi ada info ;)