Wednesday, June 30, 2010
[ entry khas: selamat ulang tahun..xoxo ]
hepi besday untuk my darling friend... CD!!
(beliau yang depan tu... dan sila abaikan kitaorg [me & ezam] yang cuba menjadi dua makluk Tuhan paling gojes kat belakang)
harini besday beliau yang ke.....tettttt!
biarlah tuan badan yang jawab sendrik
yang penting menten forever 21 katanya.. :P
semalam dah tune suara kiut² dah nak nyanyi live..call tak jawab la kan..
almaklum..orang glemer ni memang line bz jek
hahahahah :P
di doakan agar di panjangkan usia, diberi kesihatan yang sebaiknya dan sentiasa diberkati Allah s.w.t..harap² tahun ni tak demam lah ye..demam peralihan umur katanya..hahaha
p/s: make sure 3hb ni available ye! =P
Tuesday, June 29, 2010
[ tazkirah pagi selasa ]
ni adelah sedikit nasihat [dari kisah benar] untuk sesape yang baru join keje kat tempat baru..masuk kandang kambing, mengembek..masuk kandang kerbau..menguak...masuk kandang boye? alamat wasalam lah..
1. be nice to people...insyaAllah..orang pun akan baik dengan kau.
2. kalau tak ingat nama orang, jangan panggil "hey", "oit" dan yang sama waktu dengan nya. itu menempah heels size 7 tepat ke muka ye. panggillah dengan cara yang betul. takkan nak kena ajar kot?
3. rajin2 lah senyum. senyum tu kan sedekah. lagipun itu tanda korang ni warm and friendly. kalo manjang nak tunjuk muka ketat, kekwat..hellooo..kau bajet kau artis??! kalo ko level hajwan hali..boleh la ko nak diva².
4. mulut tu jaga ye...jangan bisa sangat. sebab kau tak kenal lagi orang2 di sekeliling kau. kalau kau kena lahar balik? mesti besok dah tak nampak muka kau lagi. bagi notis resign 24 jam.
5. jangan selongkar barang kepunyaan orang lain ikut suka hati. ingat kau ada share ke kat barang² dia tu?
6. baru kenal 2-3 hari, dah nak pinjam kereta? tanpa kata boleh atau tak, terus ambik kunci? wahhh...melampau lah tu!
7. kalau kau bajet kau lah paling lawa dalam dunia...membanding²kan diri dengan orang lain [sambil mengkondem] dan bermegah dengan pakwe [yang tak pernah nampak di alam nyata] yang di katakan hensem macam si pontianak edward...dipersilakan terjun gaung. kurang satu umat kat dunia ni pun tak pe kalau perangai macam kau nih.
7 dulu..kalau ade lagi..nanti aku tambah ye... =) untuk orang tu...awas!!

Sunday, June 27, 2010
[ terperap ]
Friday, June 25, 2010
[ wonderpet ]
antara sebab kenapa aku tak suka parking kat dalam kawasan apartmen adelah.. pintu pagar jahat yang dah meragut banyak pintu kereta² kat situ. jahat betul kan. tapi sebab semalam hujan...terpaksa lah jugak parking dalam.
maka..pagi tadi..seluas alam aku bukak pintu pagar tu.
"hoii..setakat lu punya kereta tu..bukak sebelah pintu pagar saja sudah lah!" member aku jerit dari parking luar. dengki!
" sayang woh wonderpet..nanti calar...hahahahaha"
aku buat tanda peace!
=P
cakap sajalah takut nak layan corner lipat kat pintu pagar tu... =_="
p/s: kaki lebam. kena batu time kuak lentang kat kolam air panas selayang semalam. padan muka aku. T_T

Wednesday, June 23, 2010
[ review: 10 HARI KUBAH BIRU ]
Ini bukan cerita tentang pakwe nakal rambut berpintal macam mop cuba mengurat makwe cantik macam lisa surihani atau kisah makhluk mainan yang hidup dalam dunia 3-dimensi.
Bukan juga kisah cinta agung dalam romansa warna merah jambu dengan berlatar lagu memuja kekasih macam tak ada hari besok. tapi ini kisah yang bikin hati rabak, jiwa pecah, dan air mata bukan lagi yang paling mahal. Harapan, impian bersatu dalam susun baris kata yang diguna sebagai senjata dalam perjuangan. Dibidik tepat ke jantung.
Ianya seperti doa, di baca oleh seseorang, di amin kan oleh seseorang yang lain dan seseorang yang lain itu menyampaikan pula kepada mereka yang lain. Berterusan. Begitu hendaknya mesej yang ingin disampaikan.
Inilah dia hasil 10 HARI KUBAH BIRU.
Dicipta khas untuk semarak semangat Palestine. Dinukil dengan gaya SOLTURANGERS yang tersendiri. Menentang petualang bangsa rejim zionis dengan bunga bahasa yang tak susah untuk dicerna. Sudah dua episod. Dan tak mustahil akan ada episod yang seterusnya kerana ini bukan perjuangan bermusim.
klik sini dan baca. kalau kau ada hati, kau akan rasa.
SOLTURA – kami hanyalah golongan marhaen yang suka berkarya dan berseronok dengan abjad. kami suka berkawan. sebab tu kami ada di fesbuk juga. barulah hip! =P

Tuesday, June 22, 2010
[ selamat ulang tahun bro! ]
arini besday adik aku yang ke 25 tahun..beliau yang tengah tu..
walaupun beliau ganas, layan metal, pernah join skinhead, tapi beliau juga mampu bergayut di henpon dengan makwe sehingga berjam-jam lamanya dan hati buleh jadi lembut macam agar-agar bila makwe mula merajuk..
[ko tak tau blog aku kan..sebab tu aku kutuk ko kat sini..hahahaha!]
cuma satu...
nama beliau dekat fesbuk...nak mengaku adik pun aku segan.. =_=" ...tukar lain la woii!
p/s: wa tetap sayang lu =) dan tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.amin.
Monday, June 21, 2010
[ rumah di tingkat satu ]
rumah aku kat tingkat satu.
cuma perlu naik tangga sekali pusing saja.
tapi semenjak dua ni..ada banyak benda dalam kepala otak. rasa padat. mampat. kadang-kadang terus jammed. ada jugaklah sikit-sikit rasa macam nak sekah pecah dua macam sekah kulit manggis. biar keluar apa yang ada. rasa saja lah..tu kalau pecah tempurung kepala tu..nak ganti dengan apa..tempurung buah nyoq?
fikir punya fikir..tau-tau dah kerabat sampai tingkat 4.
Hoh?
rumah aku kat tingkat satu.
cuma perlu naik tangga sekali pusing saja. T_T

Saturday, June 19, 2010
[ bizi macam obor² ]
maaflah ye..kalau 2-3 hari ni tak dapat nak blogwalking kat korang punye blog. bizi macam obor². nak siapkan keje sekolah. [acara gosip gegurl hari ni pun terpaksa kensel T_T] dan terima kasih banyak² sebab sudi jawap survey kat bawah tu..lebuolls lebih okeh! hahahaha.. =}
semalam..tengah sibuk bergaduh dengan buku dan lappy, tetiba...
"macam best pulak kalo ade pakwe. buleh jugak mesej² time² gini......"
*bunyi cengkerik*
apa punya hareyyyyy setan dalam kepala otak ni..buleh pulak sampai ke situ???
deng!
sikiiittttt lagi...nak jadi macam ni.. =_="
pic acik gugel punya
semalam..tengah sibuk bergaduh dengan buku dan lappy, tetiba...
"macam best pulak kalo ade pakwe. buleh jugak mesej² time² gini......"
*bunyi cengkerik*
apa punya hareyyyyy setan dalam kepala otak ni..buleh pulak sampai ke situ???
deng!
pic acik gugel punya
Thursday, June 17, 2010
[ nak mintak tolong ni...harap² bulehlah ye ]
.
kawan-kawan sekalian yg super meletop, cun, hensem, baik hati...
nak mintak tolong sikit boleh tak....? *sambil kedip² mata*
boleh tak tolong completekan survey ni?
plissssssss...[ini adelah keje sekolah wa T__T hukhukhuk]
ailebuolls so much!!
million thanks!! =)
xoxo [gedik sungguh la haihh]
update: mintak mahappp...tadi lupe nak open! silly me =_="..

Wednesday, June 16, 2010
[ gambar kawen paling terbaik kot.. ]
.
musim² membina masjid nih...
pengantin lelaki sila jangan buat perangai macam ni ye..
ade jugak kena karate dengan bini nih karang
[itu kalo wa yang jadi pengantin tu lah..hahahaha!]
sumber sini

Tuesday, June 15, 2010
[ eh..dah kurus?]
.
pegang henpon atas sikit dari aras mata
jeling dengan penuh menggoda
tahan senyum sambil feeling² ratu chantek nigeria..
*snap*
bibir macam baru lepas makan mee goreng tapi tak lap..
nah..hambik..
terus kurus 20kg..tang muka sajalah..
walaupun muka sebenar adelah sebeso talam ye puan-puan
dan pipi kembang macam kuih pau~
:P
p/s: lepas ni nak cuba buat mulut muncung² sambil buat peace la pulak..awww..
kompem kena lempang!
pegang henpon atas sikit dari aras mata
jeling dengan penuh menggoda
tahan senyum sambil feeling² ratu chantek nigeria..
*snap*
nah..hambik..
terus kurus 20kg..tang muka sajalah..
walaupun muka sebenar adelah sebeso talam ye puan-puan
dan pipi kembang macam kuih pau~
:P
p/s: lepas ni nak cuba buat mulut muncung² sambil buat peace la pulak..awww..
kompem kena lempang!
Monday, June 14, 2010
[ bola punya hal ]
.
semalam y.m dengan member. alahh..mentang² la musimmengawan world cup. semua sibuk nak bercerita pasal bola. takde yang nak cerita pasal arnab dengan kura² ke? palestin/gaza/israel bangsat?? elehhh..hangat² taik ayam. dulu kemain pung pang sana pung pang sini. masuk demam bola..semua lupa..
dia: hang sokong team mana?
aku: LAOS
aku taip rilek² sambil makan jagung rebus dengan nyaman dan bahagia.
dulu aku pernah sokong team ni..
sb ade alan shearer
[ye..aku kipas-susah-mati alan shearer from the magpies ye..]
lepas alan shearer bersara...
ehemm..kasih berubah :P
team faveret korang?
semalam y.m dengan member. alahh..mentang² la musim
dia: hang sokong team mana?
aku: LAOS
aku taip rilek² sambil makan jagung rebus dengan nyaman dan bahagia.
sb ade alan shearer
[ye..aku kipas-susah-mati alan shearer from the magpies ye..]
ehemm..kasih berubah :P
team faveret korang?
Saturday, June 12, 2010
[ dah ade buah hati baru ]
Thursday, June 10, 2010
[ gone ]
Wednesday, June 09, 2010
[ halluuuu...anakanda abdul wahub?? ]
.
telefon ofis bunyik. aku jawab. biasalah. polisi opis..jangan biarkan telefon bunyik lebih dari 3x. tapi dia tak tau...sini baru 2 ringing, caller dah dengor 4x. ok. abaikan. tak masuk dalam soklan exam JPJ pun.
aku
dia
"hello.. good morning ******"
"yah..morning².. what fax no. hoo"
"our fax no.?"
"haa..fax no.."
"03....."
"09"
"03"
"09!"
aihhh...lain macam sangat gaya makcik nih...
"excuse me ma'am, do you mean our fax number or yours..?
"just now haa...one lady call me. want to fax sample letter maa. so haaa..i want to give my fax no. lorr "
hoh?? bukan tadi dia kata nak kitaorg punya no. fax ke??
ni yang aku nak suruh hantu kumkum yang salu tunggu mimie balik keje dekat belakang pintu tu gi sakat dia malam ni... aci tak??

Tuesday, June 08, 2010
[ lain macam sangat kondisi mata harini ]
.
waktu keje pukul 8.15 a.m.
waktu keje pukul 8.15 a.m.
celik mata pukul 8.13 a.m.
gile gampit champion punya perasaan!
ehem...boss takde pagi nih.. buleh la siap sambil rilek². :P
dan satu lagi...
semalam..aku dikejutkan dengan berita ni. aku baca dekat blog tedi. nama budak perempuan yang terlibat dalam kemalangan ni..remind me to someone. yang aku kenal. bila check balik..sah! she's my ex student!! [ehem..aku bukan cikgu =P tau!]. seorang yang sangat sweet and cute.
alfatihah di ucapkan untuk arwah Aztika Azrin dan abang² arwah, Azwadi Aznil Nithia & Azwari Aznal Nithia yang terlibat dalam kemalangan ni.
aku baru teringat..ayat faveret dia,,sb aku suka mengusik dia dulu.. "aaaaa...misssssssss...".
kenangan yang manis.. =)
sumber berita dari sini
Monday, June 07, 2010
[ tak de tajuk ]
.
mungkin. akan wujud blog aku yang ke dua. yang khas untuk aku bermain kata..untuk aku bermetafora. mungkin lah. kalau aku rajin. sebab sekarang kadar kerajinan aku adalah zero. telur ayam.
untuk boss..mahaplah.. entry untuk 10 hari kubah biru..err..theeheehee..dah ade..tapi...takdak syok la boss..nak post pun segan.
dua tiga hari ni..sungguh..aku menyampah baca entry sendiri. bila dah siap taip..tak tahu apa yang kurang. Macam tak cukup rasa. Tak ada manis-manis gula kapas, ataupun semasam cuka epal.
Tawaq hebiaq orang utara kata. Kalau orang perak deme kata tawor lesior.
Sambung-sambung ayat rasa macam tak ada umph. pesen budak tadika punya ayat. tapi itulah, berlagak macam Bahasa Melayu superb sangat tapi sebenarnya habuk pun tak ada. bukan dapat A pun.
Kosong. Bolong. kadang-kadang rasa kecewa jugak, tapi tak apalah. per-iblis-kan je semua. tapi itu lah..tu baru aku baca dah rasa menyampah...orang yang baca? kalau ada gangguan perasaan ataupun gangguan makhluk halus..jangan cari aku ye.. =P
ape pun..terima kasih pada semua yang sudi membaca dan mengkomen blog ni. blog sampah macam gini pun ade orang bace kan..kihkihkih
selamat hari isnin!

Friday, June 04, 2010
[ kecewa okeh..kecewa! ]
.
lepas punch card..balik rumah laju²..jengah tempat mesin basuh. kosong. cun!
buleh basuh baju cepat sikit arini.
malas nak main air..sebab selsema.
sumbat baju nak basuh sume dalam baldi. bawak turun ke ground floor.
tempat mesin basuh.
karang lambat..kena tunggu pulak. leceh.
dah siap bawak skali softlan. botol pink. baru la gadis². kan..
berapa langkah lagi nak sampai.. kaki auto stop. tak bergerak walau setapak pun.
secara auto jugak, hati ada rasa sikit sakit.
macam sakit putus cinta lebih kurang.
kecewa jangan kata..serupa dah order lamb chop tapi yang mari mee goreng mamak.
aku renung jek mende alah empat segi tu. mata kasik kecik sikit.
baru la serius.
dekat situ ade notis
"out of order"
ingat aku tak kecik hati ke melawak pesen gitu???

Thursday, June 03, 2010
[ tahniah untuk virus jahanam ]
.
Virus - 1
Aku - 0
Baiklah..aku kibar bendera putih. Menyerah kalah. Hendak melawan nanti di kata pengganas. Virus charge “kami hanya mempertahankan diri”..sapa nak jawap? Walaupun antibody diri cuma menjalankan tugas melindungi tuan punya badan dari serangan yang dilancarkan awal-awal oleh virus. Bertahan cuma.. bukan guna senjata pun. Faham-fahamlah kalau dah virus. Memang jahanam!
sama-sama menyokong 10 hari kubah biru [da' second attempt] ^^
p/s: maaflah kalau ada kurang rasa. antibodi zero. virus bermaharajalela. deria..kosong! hachooo!!

Wednesday, June 02, 2010
[ sebelum ia LESAP, baik korang beli satu..lebih pun takpe ]
.
kedai dah buka
tak payah nak beratur ambik nombor
klik jek KOMIX untuk lebih details
sape takdek...dia tak hip!
hehehehehe
kulit aje dah menggiurkan...kan..
hasil kolaborasi FIROL & IJAT
p/s: virus² viral fever sedang meratah antibodi dengan rakus. bagai rasa di awangan. dalam khayalan milidon 500. mencetus kegagalan jari memecah kod idea dalam minda menjadi prosa. dalam kata lain..wa demam tapi malas nak gi klinik..theeheehee XD
kedai dah buka
tak payah nak beratur ambik nombor
klik jek KOMIX untuk lebih details
sape takdek...dia tak hip!
hehehehehe
kulit aje dah menggiurkan...kan..
hasil kolaborasi FIROL & IJAT
SUPPORT OUR LOCAL ART!
p/s: virus² viral fever sedang meratah antibodi dengan rakus. bagai rasa di awangan. dalam khayalan milidon 500. mencetus kegagalan jari memecah kod idea dalam minda menjadi prosa. dalam kata lain..wa demam tapi malas nak gi klinik..theeheehee XD
Tuesday, June 01, 2010
[ umur cuma satu angka..mungkin dua ]
.
bila kaum keluarga kumpul ramai² fun dia memang lebih.
rasa seronok lain macam.
tapi nak dapat feel gini cuma masa hari raya.. apekes..kan?
tapi..
"lagi dua tahun acu dah umur 30 lah kan...?" - anak sedara
aku balas.."dah tu..?"
dia jawab.. "eeee...dah tua!"
aku kata "celaka!"
dalam hati~
aku dulik hape dengan umur..
sb tu cuma angka yang bertambah setiap tahun [kalo umur panjang lah]
lagipun..tak kisah umur aku berapa
aku tetap si manis 17..
kihkihkih sila muntah XD

Subscribe to:
Posts (Atom)