Translate

Tuesday, June 28, 2011

[ google map ]

perbualan telefon kakak yang kebosanan kursus dan adik yang tengah kerja [kononlah]

kakak: weh..bukak gugel map!

adik: pasai pa??

kakak: kami tengah lambai hangpa ni..nampak tak..nampak tak?kahkahkah

adik: [dalam hati #%$$#@%@!!] sat..sat..kami view satellite nih..tu diaa..kami dh nampak hangpaaa..

kakak: yang pakai baju oren tu kami laaaa..hahahaha

adik: cer angkat tangan tinggi sikit..haaaa tu diaa...baru nampak clear...hahaha gila!!



untuk kami adik beradik..merepek cara macam ni adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang. takkan dengan adik beradik pun tak buleh bawak bergurau..ye dok.. tak caye..cer kome try. :P

Sunday, June 26, 2011

Thursday, June 23, 2011

[ di bawah paras normal ]

sebelah tangan pegang bekas sambal
sebelah lagi pegang gelas
bukak peti ais.
simpan gelas dalam peti ais
tuang air atas bekas sambal.

Allahuakbar...

nasib baik bekas bertutup.

haih!

Wednesday, June 22, 2011

[ semut² roti sorga ]

musim mengejar tarikh akhir submit esaimen ni..jangan haraplah nak ada megi kari,
nasik goreng kampung extra pedas, bihun tomyam menjelma depan mata. wa jadi auto malas masak.
kalau ada yang pesen sorga sikit pun..roti fudgeez perisa mocha.

wa beli dua. satu untuk dinner. satu untuk makan tengah malam karang.
sambil menaip esaimen, cari bahan..sambil gigit roti sorga..memang sedap weh.
tapi disebabkan kerja-kerja menaip ni perlu fokus..wa letak tepi dulu roti sorga yang dah di makan separuh.

lepas taip 3-4 muka surat..tangan mula gagau roti atas meja.. terus ngap masuk mulut.

ptuihptuihptuihhh!!

wa rasa nak karate meja!

pilu jugak rasa sebenarnya bila makan roti berinti semut nih. nasib baik ada lagi satu. haih.. pantang lepa semut² nih. terus nak attack. yelah..makan lah. rezeki lu..wa belanje. rezeki wa jugak merasa makan semut perisa mocha.

cis!!

Tuesday, June 21, 2011

[ derita insomnia ]

pusing kiri kanan. terlentang. kira biri-biri.
tengok jam 1:30 pagi
tak boleh tido.

pusing kiri kanan. terlentang. terlungkup.
tengok jam 2:42 pagi
tak boleh tido.

pusing kiri kanan. terlentang. terlungkup. gigit kaki beruang.
tengok jam 4:44 pagi
tak boleh tido.

bangun. pergi dapur,
minum sirap. tanpa gula.
heh.

celik mata.tengok jam.
7:20 pagi.

cilake~

minuman pojaan malaya.
[lebai gugel punya]

Sunday, June 19, 2011

[ hari minggu saya ]

hasil yang wa cekup dari KLAB 2011, Annexe Central Market


review: takdan panas punggung..dah setel baca. catatan harian seorang lelaki, suami dan pekerja dalam ayat paling ringkas dan padat..tapi kan.. wa syak beliau dengan lipas ada kemistri.

takde review. tak baca lagi. hehe

pun sama. tak baca lagi. ahk..wa peduli apa. janji wa dapat jeles kan korang yang tak da Rokes lagi. kahkahkah!

owh. ni wa cekup dekat times square. seekor mp3 berskala 4G. wa bagi nama dia Neng Yatimah. pasal apa wa letak nama tu jangan tanya. wa main petik saja.

yang ni pun wa tak cekup kat CM. wa dapat hari selasa lepas kalau tak silap.

review: ni bukan buku biologi atau mari mengkaji anatomi manusia.. jangan salah faham. ni rangkuman cerita-ceriti komedi dan tragis penulis bernama Linglung yang pernah hilang rambut sebelah di baham api. hah..jangan main-main. *sumpah wa tak buleh imejin keadaan beliau ketika tu.. hahahaha!*

Friday, June 17, 2011

[ takoyaki ]


sedap dan menggiurkan....kan..kan..*lap air lior*

tapi..kat sini takde mende alah ni.
haihhh...suke tau merepek nak makan mende² yang tak ade kat atas gunung ni..

*keciwa*

Thursday, June 16, 2011

[ i like you..saya les ketchup ]

wa tengah study togeder² dengan sorang member tempat keje
dia ajar wa japanese, wa ajar dia korean
tengah buat latihan..dia tetiba belek² tangan wa
dalam hati "kau kenapeeee..nak makan backhand??"
ok..wa ketuk dia dengan pen suruh dia sambung buat latihan
cewah..gaya macam cikgu rose

jadi..sambung buat latihan macam biasa
walaupun mata wa sebenornya banyak ke tengok t.v
tapi..yang jadi luar biasanya..bila dia tiba² cakap

"i like you...saya les.."

what???!!!

babi betul!

wa terus tutup buku..wa halau dia balik
risau jugak kot tetiba karang wa kena rogol.. kan..
tapi masalahnya..beliau adalah seorang yang tak paham bahasa!!
halau macam mana gaya pun tak reti jugak nak balik!
tensen gila!!

sudahnya wa berym sama bermesej² dekat henpon.
gi mati la sama dia.
wa dah berkira²..kalau dia ulang lagi sekali..
memang malam semalam dia kenyang makan tapak kaki.
wa ade blue belt karate. heh.

Wednesday, June 15, 2011

[ you've got mail ]


ye..sindrom filem ni dah berjangkit ke aku
ni macam mana nak kira?
dapat sekor email setiap hari..bulih bawak ke senyum sampai telinga
peh. kronik.


p/s: tipu la kalau korang kata tak tau cerita ni..hahahah
KOQ..ko diam! :P

Tuesday, June 14, 2011

Monday, June 13, 2011

[ selamat hari isnin ]



layannn.. part eskrem tu comel jek.. haha :P


p/s: huwarghhhh.. semalam dapat hosmet. bosan gile. tak best ade hosmet.wa benci hosmet! =_____="

Thursday, June 09, 2011

[ ni nak salahkan kejuruteraan atau gua yang bangang? ]

punya la bersungguh wa..

  • tarik
  • pusing
  • saya putar halimmmm
  • honggeh
  • cungkil

sampai wa give up..


ni mana punya kejuruteraan cipta mende alah ni?? sampai ke sudah wa tak buleh nak ekjas bangku dalam bas. dah la duduk statik..orang depan pulak kemain la turunkan bangku sampai tahap nak jadi katil. melampau tau!

nasib baik dari Skyway ke KL jek. kalau KL ke Penang? hazab nokss..




p/s: sebenarnye...kalau pesen ni..nak ekjas macam mana? tee hee hee

Tuesday, June 07, 2011

[ kerana JAMBU ]

disebabkan aku sampai penang lewat malam..jadi adik aku ambik. naik motor.sambil merempit..sambil berborak. *sebenornye aku takut naik motor dengan dia. laju macam setan!*

"bukan hang kata nak pi tengok maharaja lawak ka..kat PISA?"

"memang la nak pi. masalahnya aku dah pusing 3x..tak buleh nak masuk. ramai gila manusia. tengok..aku sampai langgar prinsip. sanggup aku pakai baju pink!"

KAHKAHKAHKAHKAH!!

aku gelak tak hengat. sanggup tu pakai baju kaler pink. jambuuuuu giler.
dan harap pengguna jalan raya yang lain tak ada yang sakit jantung ingat langsuyor mengilai belakang motor.




best ke diaorg ni?
apsal aku tak gelak pun tengok diaorang buat lawak.
macam makye ade la. tau makye ape? tak tau? pi gugel!

Monday, June 06, 2011

[ saya dan seekor Persona transmisi automatik ]

"nih dah parking ni..nak bubuh N ke P??"




soalan pesen mintak hentak ke dashboard jek..ye dak..
aku dah kabo..
aku dengan kereta pesen auto ni bukanlah kawan baik sangat.

Thursday, June 02, 2011

[ esok ]


malam esok nak balik Penang [lagi]
naik keretapi
peh..mesti sakai gila sebab last naik keretapi malam adalah masa zaman jahiliah yang kalau tak pakai baju pun steady lagi main kejar-kejar anak ayam.