Translate

Thursday, July 28, 2011

Saturday, July 23, 2011

[ rekues kawan² yang kita suka ]



Jenn Jenab


yang nih mesti la wa. kahkahkah! barai punya perangai.

deme² ni buleh di jumpai di pesbuk.

p/s: kak tasekkkkkkkk..ai pi bace buku sekarang jugak kak. hehe

Wednesday, July 20, 2011

[ patutnya wa bace buku..tapi...]

-kawan-kawan yang kita suka-

-jibekzoners-

-rekues by Milk-

err..kadang2 wa romantik juge orangnye [muahahaha!!!]

hehehe..pis yo!


bahan ramuan:
seekor mouse
sekeping aplikasi Paint
secubit imaginasi
:P

Monday, July 18, 2011

[ rindu ke tidak? ]


kalau rindu..ketik iklan nuff wa namblas kali..hahahaha acah mak enon
wa yang rindu kat kome sebenarnye... hehe
cuma perkadaran menghapdet belog mungkin slow mcm siput khinzir
sebabnye..wa kena study untuk exam.
T______T
p/s: hiatus konon..tak sampai seminggu dah hapdet..puiii

Tuesday, July 12, 2011

[ monolog bisu hati dan jiwa III ]



gugel punya


macam mana?
apa benda

dia?
siapa?

alahh..dia..
oh..dia..kenapa?

suka?
gila!

haha. penipu!
biarlah! sibuk kenapa?

masih menyimpan hati sendiri?
-diam-

hey..move on lah. sampai bila?
mencuba la ni.. setan!

kamu memang sukar di fahami!
kerana aku cuba menjadi seperti warna hitam

hitam? kamu gila ya?
hey..hitam itu bersifat misterius. unlucky. kelam. tapi kamu lihat..betapa ramai yang menggilai warna itu [ketawa]

kamu ini memang sukar di duga
kerana..hati aku ini sudah rabak, koyak. yang elok hanya tinggal sejengkal. menipu, ditipu, dilukai atau melukai. nah.. sama saja rasa. cuma yang beza..kau pemangsa atau menjadi mangsa.

suka hati lah...[tak faham sebenarnya]
heyyyyy!



monolog I
monolog II

Monday, July 11, 2011

Jon Cracker 0003: WonderJon

Kilat sabung menyabung dengan berserta dentuman guruh malam ini. Angin usah dicerita kencangnya. Seorang lelaki bernama Jon Cracker sedang menyedut nikotin dengan rakus. Berlumba-lumba asap beracun masuk menerobos ke rengkung sampai ke paru-paru dan keluar semula melalui lubang hidung. Macam naga. Tak, Jon Cracker bukan perokok tegar tapi dia nak halau nyamuk saja. Ubat nyamuk cap gajah dah habis.

Telefon bimbit Jon Cracker tergolek sepi. Jangan kata pesanan ringkas, panggilan rindu (baca:misscall) pun tak ada. Cicak-cicak rumah kemain lagi mengejek. “Henpon canggih-canggih, tapi takde makwe nak ber sms..tak guna juga baiii”. Luluh sungguh hati Jon Cracker mendengar ejekan itu. Segera dia mencari getah..dan pap! seekor cicak terkapar atas lantai. Jon Cracker puas.......[bersambung disini]

hah..nak bace cerita penuh..pandai2 la kome ketik link kat atas nun..kehkehkeh
projek baru Soltura. Solturinda: 1001 Jon Cracker



p/s: spirit menghapdet ke laut. o.0"

Saturday, July 09, 2011

[ love is mystery ]


expect the unexpected
love is mystery



p/s: selagi tak submit esaimen..rasa macam pikul peti ais dekat belakang. dah submit..legaaaaaaaa!! ^^

Friday, July 08, 2011

[ buah hati pengarang jantung ]


kamu..
yang sering membuatkan aku mabuk kepayang, tergoda dan iseng


Maryamah Karpov
bersabar ye
lepas ni  giliran kamu pulak..
heh

Thursday, July 07, 2011

[ terrible horrible thursday ]

 beberapa minggu yang lepas..
pada kadar kenormalan masih tinggi


hari ni..
the picture say it all


 kesimpulannya:

i need my beauty sleep!!!
deng punya esaimen!!
T___T





mode panda: comel kan saya. sape nak peluk?

eh?

Tuesday, July 05, 2011

[ mimpi-mimpi hidup ]



" aku ingin hidup. aku ingin merasai sari pati kehidupan"

Andrea Hirata.

kamu bukan saja membuatkan aku mabuk kepayang, tergoda dan iseng tapi kamu juga bagaikan dadah yang menjalar di segenap liang saraf yang ada. yang memulihkan jiwa yang hampir lansung mati dek keterbiasaan hidup.

dari kamu aku menemui paradoks ku yang pertama: mimpi itu gila. dan kita perlu menjadi gila untuk mencapai mimpi-mimpi itu.

kamu menjadikan aku seorang pemimpi yang sudah tidak takut untuk mengejar mimpi-mimpinya. dan Arai..kamu menjadikan mimpi-mimpi aku semakin indah..kerana seperti kata mu "bermimpilah..dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu"

aku akan terus mencari kepingan mosaic hidup yang masih hilang..seperti mana kamu menemui kepingan mosaic terbesar hidup mu di tanah Rusia.

pasti.

Saturday, July 02, 2011

[ ulat resdung katanya ]

semalam wa ikut member wa dua orang.. pergi Meru. deme nak buat rawatan resdung.
pehh..wa tengok sendiri ulat/cacing tu menggelitik [betul ke penggunaan ayat wa nih? belasah sajaaaa] keluar dari muka diaorg. eeyek!
bayangkan dekat dalam kulit muka ada cacing..tu yang buat sapa ada resdung rasa gatal tak menahan gamaknye...ulat tu tengah berenang2 dalam kulit muka.
peh..kembang tekak jugak bila membayang nye
tu pun nasib baik juge belum lagi tengok pesen yang keluar lendir/hingus tu
mau wa jadi kurus sebab hilang selera makan.. haihh





p/s: ingatkan semalam nak pi tempat berubat tu jek. wa malas nak bersiap sangat. malam kot. ape jadah nak melawa. ye dak. wa hentam pakai t-shirt sama suar tido cotton.. tp ujung2..balik dari Meru..lepas ke KL jugak gi meronggeng. ahk..peduli lah. selamber udah... bukan bogel pun :P

Friday, July 01, 2011

[ memeluk hati ]

bertanya kasih pada hati
"tak inginkah kamu memeluk aku?"
jawap hati
"aku ingin mendakap sepenuhnya kamu..tapi
aku ini dilubangi bekas-bekas derita..
menjadikan aku gagal walau beratus kali mencuba"